Pages

Monday, April 16, 2012

Informasi dan Multimedia





kita mula menghargai sebuah pertemuan, kerana
mengetahui perpisahan itu semakin dekat...
insyaAllah , ukhuwah fillah sentiasa berpanjangan..=)

Monday, April 2, 2012

Cik Siti....

Selamat dan terus selamat, insyaAllah..=)

31 March merupakan tarikh yang tidak pernah aku lupakan dalam diar hidupku.

Ulang tahun kelahiran buat satu-satunya adik perempuanku yang kini sudah mencecah usia 16 tahun . Sekejap dan pantas sungguh masa itu berlalu.

Anak perempuan seorang dikelilingi oleh 7 orang adik beradik lelaki. Kadang-kadang dek kemarahan yang sedikit memuncak, keluar daripada mulut ibuku, jaga anak lelaki 10 orang tidak la sesukar menjaga anak perempuan seorang. Biarpun kesalahan itu tidaklah sebesar mana, namun ungkapan itu bagiku sangat perlu untuk si adik tidak menganngap dirinya terlebih istemewa daripada adik beradik yang lain.

Sebagai abang, kadang-kadang terasa juga teguran aku itu kasar dan berniat bukan menegur tetapi melepaskan geram amarah. Sehinggakan pernah sekali hampir-hampir sahaja tangan ini singgah di muka si adik birpun tangisannya sudah teresak-esak. Termenung panjang diri ini bila memikirkan semula. Mula menyedari perasaan tidak boleh aku samakan dengan adik-adikku yang lelaki. Dan cara untuk menegur sedikit berbeza.

Tiba masa untuk bercerita, si adik pasti menceritakan pengalaman yang kini dialaminya di sekolah ataupun di rumah. Kekadang rimas juga diri dibuatnya. Mana tidaknya diceritakan rakannya merajuk disebabkan benda yang boleh dikatakan remeh temeh. Hehe. Mungkin inilah perempuan. Mendengar dan memberikan respon yang sepatutnya. Namun, apabila diceitakan rakan sekelasnya, sudah pandai keluar bersama-sama berdua ataupun ‘dating’ aku mula menjadi serius. Mungkin mahu melihat si adik tidak sesekali terlibat dengan pengaruh yang menjurus ke arah kemaksiatan kepada Allah. Dan selebihnya aku ingatkan janganlah terus menghukum rakan-rakannya itu, kerana mungkin hari ini mereka yang diuji dan siapa tahu suatu hari nanti dia pula yang diuji. Jadi, tegurlah setakat yang termampu dan lebihkan berdoa supaya Allah tidak menguji kita dengan ujian seperti itu jua.

Itulah adik perempuanku. Semakin meningkat dewasa dan doa untuk melihat yang terbaik untuknya sentiasa tidak kudilupakan. Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran dan semoga terus success...=)

Tuesday, March 27, 2012

Terus mengkaji bukan menghukum

A Famosa 2012

Maeps

Istana Seri Menanti ~4/2/2012



Cikgu Didiey tidak mempunyai kelas pada hari ini memungkinkan dirinya untuk berada dalam kondisi yang cukup tenang. Minggu ini telah memasuki minggu kelapan berada di SK Cochrane, Kuala Lumpur. Hampir separuh buku RPH telah dgunakan untuk menulis buku RPH seharian. Teringat dulu ketika mula berpraktikum nak disiapkan satu RPH ambil masa tak kurang daripada 5 ,6 jam..Cukup menyukarkan..Selangkah demi selangkah, insyaAllah pertolongan Allah sentiasa ada yang memungkinkan aku untuk terus berRPH dengan lebih mudah dek kerana kebiasaan. Tapi kawalan kelas dan memang mencabar kesabaran saya. =)

Pagi ini aku teringat suatu peristiwa yang berlaku kepada diri saya ketika cuti 2 yang lalu. Dalam waktu yang tidak sampai 15 minit tetapi cukup untuk memberi peringatan kepadaku.Sedang aku menonton video yang berkaitan dengan pergolakan Syria dan ketaksuban golongan Syiah membalun saudaraku Sunni di Syria, berdasarkan huraian seorang ulama' muda, si ayah balik dengan membawa bekalan untuk tambahan kepada sarapan pagi( kuih muih). Ayahku juga telah turut sama mendengar video tersebut. Habis sahaja video tersebut, ayahku mula bertanya pendapatku apa sebenarnya yang berlaku di sana. Sekadar secubit pengetahuanku berkaitan perkembangan di sana, aku menjelaskan kepadanya. Lantas, beliau pula menyatakan pandangannya apa sebenar yang perlu kita mengambil kira dalam menghukum individu dan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

Dalam zaman yang penuh penipuan ini dan zaman serba canggih, beliau menyatakan banyak perkara 'sebalik tabir' yang kita tidak mengetahui bagaimana ia disusun oleh pihak yang ingin melihat kehancuran sebenar agama kita. Menurutnya, Iran dicemuh hebat oleh orang Sunni kerana fahaman Syiahnya dan apda masa sama membekalkan bantuan kepada Syria yakni rejim Al-Assad untuk menghapuskan Sunni. Pelbagai cerita keburukan Iran dizahirkan seolah-olah tiada suatu perkara baikpun berlaku di sana. Iran diiktiraf sebagai satu-satunya negara yang memegang agama ISlam yang masih disegani oleh kuasa-kuasa besar dunia. Di sini agendanya.Mereka tidak mampu untuk menghancurkan Iran dan apa yang boleh dilakukan timbulkan dahulu persengketaan antara Iran atau yang lebih khusus Syiah dengan golongan Sunni yang akan menyebabkan penganut Islam terbahagi kepada dua belah pihak yang dendamnya bukan biasa sebaliknya menghalalkan darah di antara satu sama lain. Akhir sekali, pasti ada golongan pembelot yang akan menangguk di air keruh dengan memberikan maklumat-maklumat rahsia kepada kuasa besar yang ingin menghancurkan Iran dengan berbalas wang ratusan juta ringgit. Lihat, kemungkinan Iran juga bakal tumbang.

Itu kisahnya. Ada betulnya kata-kata ayahku itu. Kalau dengan orang kafir, kita boleh berusaha untuk mencari titik persamaan untuk menarik mereka kepad Islam, kenapa dengan golongan yang sudah satu agama ini kita menghunus perang persengketaan. Aku yakin dengan agamu yang satu ini.=)

Sunday, March 4, 2012

KIta penuh kekurangan

Dengan nama Allah yang Maha Pemuah Lagi maha mengasihini....

Segala puji bagi Allah yang memberikan segala yang terbaik buat diri ini.
Tanpa kita sedari, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Melihat keluarga yang berada dalam kondisi yang begitu mebahagiakan,
melihat adik-beradik berusaha meniti kejayaan biarpun perjalanan masih jauh,
dan melihat sahabat-sahabat kita yang gembira dengan seribu satu alasan..
(espeseli yg yang sudah menemui bakal teman hidup mereka').InsyaAllah semoga terus dapat mendirikan masjid sekiranya lengkap segala tuntutan.

Tugas sebagai seorang yang dilatih secara rasmi bakal melabuhkan tirainya pada hujung tahun ini. Pelbagai persoalan kian bermain dalam benak fikiran mampu diri menghadapi laluan hidup sebagai seorang guru untuk 30 tahun berikutnya. Bagiku, aku masih belum bersedia untuk memasuki secara langsung dalam bidang pendidikan kerana menyedari masih banyak pengetahuan dan pengalaman yang yang belum terpahat di dada. Bersedia atau tidak, mahu tidak mahu, sekiranya diizinkan Allah , diri ini mesti memasuki bidang itu pada tahun depan. InsyaAllah aku akan mengambil tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin. Dan bagiku, peranan kita untuk belajar tidak habis di situ sahaja. Walaupun bukan lagi secara rasmi, sebenarnya kita masih perlu terus belajar dengan sesiapa sahaja sama ada di sekolah ataupun dengan masyarakat sekitar.

Allah itu terlampau baik susunannya dalam sesuatu sama ada takdir itu baik dan menggembirakan ataupun mendukacitakan. Kurangkan kritikan dan meletakkan kesalahan kepada orang lain, sebaliknya perbaiki diri kita terlebih dahulu kerana yakinlah Rasulullah s.a.w bersabda: Allah tidak akan mematikan seseorang hambaNya yang berniat mengaibkan manusia lain selagi dia juga turut melakukan keaiban yang sama.

~Mujahid_didiey~



Tuesday, February 28, 2012

Jangan Tudinng Jari

Salam kebahagiaan buat semua pembaca.

Alhamdulillah insyaAllah malam ini akan diadakan suatu forum di surau Asy-Syakirin berkaitan apa sebenarnya yang telah berlaku di Syria. Hasil usaha yang telah dirancangkan dengan zizin Allah, aku mendoakan semoga perjalanan majlis itu dapat berjalan dengan lancar.

Dan isu yang ingin aku lontarkan sementara memasuki kelas relief sebenatar lagi ialah kenapa kita tidka mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Syria. Sebagai seorang yang masih jauh dalam usaha untuk mencapai orang yang fakihh fiddin, kekadang diri terasa sungguh keliru dengan apa yang sebenarnya yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini.

Nabi Muhammad meninggalkan dua perkara yang sekiranya kita beramal dengannya, pasti Allah menjaga kita daripada kesesatan yang membawa kepada penderitaan di akhirat kelak. Memang tidak dinafikan ada banyak pihak yang meletakkan kedua-dua sumber tersebut dan tepi dan itu bukannya menjadi persoalan kepada seorang hamba Allah ini. Sebaliknya, apa yang lebih membimbangkan apabila orang yang arif dalam bidang agama cuba bersikap menyalahkan di antara satu sama lain menyebabkan orang yang baru ingin mendalaminya memutuskan niat untuk terus menggali logam ilmu agama itu sendiri.

Bagiku perbezaan pendapat itu adalah lumrah biasa bagi orang yang memang arif dalam bidang agama. Bahkan imam Syafii dan Imam Malik juga mengalami perbezaan pendapat biarpun Imam Malik adalah gurunya. Tapi tiada sesuatu pun dalil yang menunjukkan imam Syafii mencerca dan menolak Imam Malik. Kedua-duanya adalah imam mujtahid di mana tahap imam mujtahid ini sekiranya mahu dibandingkan dengan seribu orang ulama, pendapatnya adalah lebih baik dan sekiranya mereka di pihak yang betul , mereka mendapat dua kebaikan apabila memutuskan sesuatu hukum dan kemuliaan yang Allah berikan kepada mereka apabila mereka memutuskan sesuatu hukum dan SALAH, mereka masih mendapat satu kebaikan. Begitu jugalah orang yang mengikuti pendapat imam tersebut.

Mungkin disebabkan itu jugalah aku masih mencari-cari sesuatu organisasi yang kurang menuding jari ke arah orang lain dan menganggap organisasi mereka sahaja yang betul. Islam itu mudah dan sempurna, dan semua benda boleh dilakukan dalam Islam melainkan ada dalil yang sah ataupun qias yang mengharamkannya. Tambahan lagi, dalam hadis berkaitan niat apabila nabi mengatakan' Sesungguhnya sesuatu amalan itu dinilai berdasarkan niat' itupun ada 70 lebih kitab karangan imam-imam muktabar yang meghuraikannya.Jadi agak tidak rasional apabila kita mempertahankan apa yang kita pelajari tanpa mahu menerima apa yang masih belum kita pelajari dan lagi membahayakan apabila menganngap pendapat orang lain sudah terpesong ..Apa yang penting, sama-sama kita tingkatkan ilmu dalam diri, kerana kita sudah tiada masa lagi.Sega yang ditulis tidak lain dan tidak bukan hanyalah peringatan untuk diri yang dhaif ini.....Wallahualam.....





Monday, February 27, 2012

semasa

Guru-guru lelaki yang sentiasa mengerti kekalutan guru praktikum

Kem bestari solat


Amali mandi jenazah, sk cochrane


Segala puji bagi Allah yang terus mengurniakan Hampir sebulan lebih rasanya tidak mencatatkan sesuatu di ruangan blog ini. Dan dalam tempoh itu jualah Allah mengurniakan rezeki yang tidak putus. Namun, terasa rasa kesyukuran kepada Allah itu tetap juga tidak bertambah.

Allah menetapkan yang terbaik untuk hambaNya dan sebagai hamba letakkan segala rasa redha pada setiap ketentuan Allah s.w.t. di saat kita diuji itulah, terasa kerdilnya kita di sisi Allah s.w.t dan pada masa itulah kita lunturkan segala keegoaan kita selama ini.

Berada di SK Cochrane untuk praktikum selama 3 bulan rasanya cukup menggembirakan. Sudah melepasi bulan kedua. Ditambah pihak pentadbiran yang memahami dan guru-guru yang sangat supportive. Selaku bakal guru, kita tidak dapat lari daripada dimomokkan dengan penyesalan apabila bergelar sebagai seorang guru. Namun, aku yakin pekerjaan ini suatu anugerah yang cukup beharga kepadaku.

Dan sabdaan nabi muhammad, "umatku ini sekiranya diberikan satu gaung emas, pasti dia mengimpikan yang lain lagi' menunjukkan kita tidak pernah merasa puas dan bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan....=)moga Allah berikan segala kekuatan kepadaku dan kedua ibu bapaku.....

Wednesday, February 8, 2012

Akuilah aku sebagai umatmu.

Salam Maulidur Rasul buat kekasih Allah dan penghulu segala nabi dan manusia, Nabi Muhammad S.A.W. Suatu perkongsian bersama, apabila ada sahabat bertanya adakah baginda s.a.w mengetahui bila berlakunya kiamat, lantas baginda membuat perbandingan di antara jari telunjuk dengan jari tengah itulah perbandingan bila berlakunya kiamat.

Sunday, January 15, 2012

Kebencian keranaMu

Setelah hampir dua bulan tidak berjoging di Tasik Permaisuri berhampiran tempat pengajianku, semalam aku meluangkan masa bersama tiga orang lagi sahabatku untuk berjoging dan melihat pelbagai ragam manusia di kala hari hamper melabuhkan tirainya.

Semangat dan iltizam yang begitu tinggi untuk mengecilkan diri yang sedia besar(gemuk) ini tanpa pernah menafikan niat utamanya adalah kerana Dia yang menganjurkan menjaga kesihatan. Namun, rasanya kegembiraanku hanya bertahan sekejap sahaja. Ada sesuatu yang agak luar biasa diperhatikan di tempat rekreasi itu semalam. Luar biasa?!Maksudku perkara yang jarang sekali aku lihat sebelum ini dilakukan secara terbuka tanpa ada segan silu.

Hati terus memberontak memarahi dengan semarah-marahnya. Bukan sebab lain, tapi kerana aku mengetahui dia juga adalah Islam dan memberikan suatu impak yang cukup besar kepada agama yang sering dilemparkan dengan tuduhan palsu sebelum ini. Tapi, ada sedikit ruang dalam hatiku apabila melihat kepada luarannya dengan rambut merah mengatakan dia dalam keadaan yang cukup jahil. Sedikit luahan’ tidak mengapalah’ terbit di hati kecilku ini. Walaupun dosanya tetap dilakukan. Meneruskan larian perlahanku menghabiskan riadahku pada petang kelmarin dengan titisan peluh yang agak hiperbola mungkin kerana sudah lama tidak beriadah ataupun masih terlalu marah dengan kelakuan dua manusia jahil itu tadi.

Dalam perjalanku pulang ke maktabku, Allah tunjukkan lagi dua orang yang memang aku kenali , agaknya baru pulang beriada bersama dan berjalan berdua-duaan dengan gurauan yang agak merisaukan dan sedihnya bertambah bila mengetahui itu jugalah orang-orang yang melaksanakan dakwah di tempat pengajianku. Persoalan utama yang timbul di fikiranku, apakah mereka tidak mengerti tindakan mereka itu memberikan suatu parut yang begitu sukar untuk dihilangkan memandangkan orang bukan melihat kepada kesilapan yang mereka lakukan bahkan orang menilai murahnya institusi sebuah gerakan dakwah....!

Diriku adalah insan yang paling lemah dan rendah imannya.Tidak mampu menyampaiakan teguran untuk menjaga sesebuah institusi dakwah ...Terus kebencianku kepada perkara-perkara yang melibatkan permainan hati dan perasaan SEBELUM KHAWIN kembali membuak. Bagaimana mungkin kita menasihati orang tetapi kita sendiri yang melakukannya...amat besar kemarahan dan laknat Allah untuk orang-orang yang sebegini( ditujukan khas buat diriku). Kebencianku keranaMu, Ya Allah, dan tetapkanlah hatiku, ahli keluargaku serta sahabat-sahabatku di atas jalan yang mengizinkan kami merasai manisnya nikmat syurgaMu...

=(

Ujian semakin mendekatkan kepadaNya

Sesi pengajian 2012 sudah bermula sudah hampir dua minggu. Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya dan hati berasa begitu bersyukur berjaya berada di tahun akhir dan mengharapkan redha Ilahi serta doa yang sememangnya daripada ayah dan ibuku untuk menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang ‘muallim’ ini.

Seperti juga tahun lalu, tahun ini kegusaran hati terbit di hati dek ujian menimpa di awal tahun. Cuma bezanya tahun ini bukan terjadi kepadaku. Bersangka baik pada Allah tanpa kita mempersoalkan apa natijahnya kita yang dipilih. Kalau direnungkan, ujian yang yang dikurniakan kepada kita tidak lain dan tidak bukan kerana dipilih olehNya untuk menghadapinya dan belajar bagaimana melaluinya dengan hati yang sentiasa berharap pada rahmat Allah. Kadang-kadang perkataan sabar mudah kita zahirkan kepada insan sekeliling tanpa kita ada kekuatan untuk menghadapinya pada hakikkatnya. Lantas, Allah tarbiah kita dengan mentaqdirkan kita sendiri yang berada dalam sakitnya ujian tersebut.

Ya’ Allah, permudahkannya dalam setiap urusannya, jauhkan perasaan resah dalam dirinya dan letakkanlah keyakinan terhadap segala keputusan yang diambil....amin.....

Thursday, December 29, 2011

2011 Siri 3

Jika siapa yang meminta cintamu, katakanlah ia untuk Allah,
Jika sesiapa yang meminta rindumu,katakalan ia hanya untuk rasululullah, jika sesiapa yang meinta ketaatanmu katakanlah ia untuk ayah dan bondamu,
dan siapa yang meminta keikhlasanmu, berilah pada yang tahu menghargainya...

Suatu ungkapan yang begitu terkesan di hati seorang hamba kepada Allah,seorang umat kepada kekasih Allah, nabi Muhammad s.a.w, seorang anak kepada kedua ibu bapanya dan seorang insan dan saudara kepada insan yang lain. Tajuk yang dirasakan agak menjengkelkan untuk ditulis tetapi rasanya perlu untuk dicatatkan dalam diarku ini.

Tahun 2011 rasanya tahun yang agak menguji keikhlasanku dalam menjadikan seseorang itu seorang sahabat atau lebih daripada itu. Sekadar peringatan buat diri sebenarnya, sekiranya belum benar-benar bersedia, jangan diduga ombak yang ganas , bimbang kita ditelan ombak dan tidak tahu di mana tempat kita akan terdampar dan apa yang lebih menakutkan seandainya terus hilang (mati) ditelan ombak.

TEMAN HIDUP

Soalan demi soalan ada kalanya diajukan secara peribadi baik dalam ahli keluarga sendiri ataupun sahabat-sahabat bila masa untuk diriku mencari calon untuk dijadikan teman dan membina sebuah masjid yang diharapkan penuh kebahagiaan. Lantas difikirkan ayat yang boleh dijadikan alasan untuk mengelak daripada menjawab persoalan-persoalan tersebut. Belum tiba masanya , kelayakan belum cukup dan tiada rezeki lagi serta banyak lagi jawapan yang sudah tersedia dalam ‘kocek seluar’ , dan akan digunakan sekiranya ada persoalan-persoalan demikian yang diajukan.

Terlalu mencari yang sempurna? Jangan disebabkan mengharapkan yang terlalu sempurna menyebabkan terlepas yang sedikit kurang sempurna. Tajam persoalan yang diberikan. Pendapatku ringkas. Tiada manusia biasa sempurna dan sekiranya kita mengharapkan yang sempurna kita hanyalah bermimpi sesuatu yang tidak akan berlaku. Sebaliknya, untuk mendapatakan seseorang yang diimpikan iaitu baik, cantik yang begitu subjektif ,diri ini terlebih dahulu perlu mengubah satu persatu kelemahan diri ke arah yang lebih baik sebagai suatu persediaan. Dan insyaAllah dengan doa yang tidak pernah putus, kita akan dapat kebaikan dan sedikit kesempurnaan yang kita impikan. InsyaAllah....

Dan bagiku, aku juga sering membayangkan orang yang sudah mendirikan rumah tangga perlu meninggalkan rumah kedua ibu bapanya, adik –beradiknya dan membina suatu hidup baru yang agak jauh mungkin daripada keluarganya. Itu suatu perkara yang aku sangat tidak menginginkannya walaupun ia pasti akan berlaku dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Dan mungkin faktor ini jualah yang menyebabkan aku sering berdalih seandainya diajukan persoalan-persoalan berkaitan topic teman hidup . Hakikatnya aku perlu menerima bahawa perkhawinan itu akan menyerikan lagi sesebuah keluarga yang sedia ada dan terbina.

Allah itu sentiasa ada dan pemurah untuk memakbulkan doa-doa kita. Topik yang sebenarnya kurang sesuai untuk ditulis tetapi biarkan sahaja aku mencatatnya . Mungkin menjadi suatu kenangan yang manis bila aku sudah mendirikan masjid kelak. Bila tiba masanya, moga-moga Allah memberikan petunjuk sebagai rahmat kepada hamba yang penuh kedhaifan dan kejahilan dalam membuat keputusannya yang penting ini.


Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(3:31)

Sunday, December 25, 2011

2011 Siri 2

2011 bakal tiba ke penghujungnya 5 hari sahaja lagi. Pengalaman melalui 360 hari setakat ini dalam tahun 2011 banyak yang menggembirakan dan tidak kurang pula yang kurang diminati dan disukai olehku. Yang menggembirakan aku harap akan terus berulang selagi tidak melanggar syara’ dan yang kurang menggembirakan juga dirasakan perlu kerana ia cara untukNya untuk letakkan kembalik aku di jalan yang sepaptutnya.InsyaAllah....

Semakin kita meningkat dewasa, banyak keputusan yang perlu kita buat dan kadangkala orang meminta kita untuk membantu mereka membuat keputusan. Perkataan yang sering kita dengar ketika sesuatu keputusan ingin dibuat kebiasaannya seperti matang, rasional dan professional dalam membuat keputusan. Kekhuatiran kadang-kadang terbit apabila banyak individu yang meminta supaya bertindak matang tanpa berlandaskan sesuatu yang hak di sisi agama kita, Quran dan Sunnah( Hadis) , serta ijtima’ ulama. Lantas timbullah beberapa isu seperti mempersendakan hukum Allah( khususnya Hudud) yang mengatakan banyak manusia akan cacat sekiranya dilaksanakan dan tidak adil kerana hanya dibuat untuk orang Islam sahaja. Itu sebagai contoh apabila individu mengambil atau membuat keputusan ikut logik akal. Bukan sengaja membangkitkan isu lama.

Sering kali juga aku menghadapi perbezaan pendapat tidak kira dalam apa jua faktor yang dibincangkan. Kadang-kadang dalam isu yang jelas berpihak kepada kita. Sebenarnya, bagiku untuk memastikan suatu keputusan dicapai, tidak boleh kita memaksa seseorang individu tersebut untuk menerima pendapat kita. Teruskan perbincangan demi perbincangan biarpun mengambil masa yang lama, tanpa lari daripada ‘bekalan makanan’ Allah kepada kita, Quran dan Sunnah, insyaAllah Allah mempermudahkan keputusan dicapai.

Ekstrim? Satu lagi perkataan yang sering juga kita dengari. Salahkah ekstrim? Salah!sambil membekalkan hadis Rasulullah hendaklah kamu bersederhana dalam membuat sesuatu pekerjaan. Tapi bagiku tiada salahnya selagi apa yang dinyatakan itu adalah berlandaskan apa yang ditetapkan Allah. Analoginya mudah, seorang berkata , menutup aurat itu sebenarnya tidak wajib( tidak kira lelaki ataupun perempuan) ( Diingatkan di sini mengatakan menutup aurat tidak wajib tidak sama hukumnya dengan seorang yang tidak mahu menutup aurat) lantas dibalas oleh seorang individu barangkali ustaz terkeluar daripada agama Islam orang yang mengatakan sedemikian. Timbullah tohmahan mengatakan ustaz itu terlalu ekstrim dan tidak patut mengucapkan sedemikian. Situasi kedua, apabila seorang murid menyatakan kehadiran ke sekolah itu tidak wajib, sebab di rumah pun mereka boleh belajar. Bayangkan bagaimana sekiranya seorang guru membiarkan dan tidak bersuara dan mengambil sebarang tindakan kepada murid tersebut . Bukan sahaja kegagalan yang dihadapi murid tersebut, bahkan apa yang paling menakutkan apabila ‘barah merebak ‘ apabila ada pula murid lain yang turut sama bersetuju dengan murid yang pertama tadi tanpa menyedari kegagalan yang akan menemui mereka. Begitulah perbandingannya dengan situasi yang pertma tadi. Sekiranya seorang ustaz tidak serius dan mengatakan apa yang hak, tunggulah tibanya saat umat yang dikatakan ibarat buih di lautan( lemah).

Seharusnya, perbezaan pendapat sangat perlu dalam diri kita. Apa yang penting, jangan kita letakkan keegooan diri untuk mencapai kata sepakat sebaliknya buatlah berdasarkan saranan agama dan dapatkan panduan orang yang lebih berpengalaman. Termenung apabila teringatkan suatu hadis dalam kuliah Ustaz Kazim Elias apabila Rasulullah s.a.w ‘Apabila terjadi perperangan di antara dua pihak dan kedua-duanya adalah Islam, gantungkan pedangmu di dinding rumahmu( simpan) dan duduklah dalam rumah ‘ menunjukkan Rasulullah sudah dapat mebayangkan banyaknya perbalahan yang akan timbul di akhir zaman umat baginda dan melarang sebarang perperangan berlaku di anatara umat Islam. WE LOVE NABI MUHAMMAD. Wallahua’lam