Pages

Saturday, March 26, 2011

praktikum 1

Praktikum sudah bermula buat kali yang pertama.....
Diri ini bersama sahabat seperjuangan, Rizwan akan berkampung
di sekolah ini selama sebulan....InsyaAllah, betulkan niat pergi praktikum
adalah suatu persediaan awal buat diriku sebelum bergelar sebagai seorang guru.!
Selama seminggu berada di sekolah, aku berasa serba tak kena...
Maklumlah, dah terbiasa dengan duk blaja kat bilik darjah maktab
bersama clasmates yang lain...Tapi, insyaAllah , perlahan-lahan
akan cuba menyesuaikan diri.....=)


Sejarah telah tercipta. Buat kali pertama diobserve oleh pensyarah ialah
pada hari Khamis ( 25 Mac 2011) yang lalu.....Walaupun markahnya sederhana sahaja,
namun aku sangat bersukur kerana sempat menyiapkan RPH dan BBM
sebelum mengajar pada hari tersebut......Sekadar itu sahaja memandangkan badan
sudah dalam kepenatan. ...=)

Saturday, March 19, 2011

Allah, lindungi dia....


19 Mac 2011....Ulang tahun kelahiran adik bongsuku,
Muhammad Hafizuddin Amin bin Ahmad Fikri pada hari ini....
Baru berusia lapan tahun pada tahun ini....
Aku mendoakan moga-moga Allah sentiasa menjaga dirinya,
menjadi anak yang baik, dan diberikan kejayaan
di dunia ataupun di akhirat nanti......

Kebiasaannya, ibuku akan menyediakan hidangan 'nasi ayam special'
yang tiada tandingannya kelazatnnya apabila tiba sahaja
ulang tahun kelahiran ahli keluargaku.
Makan secara beramai-ramai bersama adik-beradik serta ayah dan ibuku,
menyebabkan selera makan bertambah dengan rancak...

Sebelum mengakhiri post ini, tiba di fikiranku banyaknya
nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepadaku...
Moga-moga Allah terus menjagaku daripada ujian-ujian
yang tidak tertanggung olehku......;D

Thursday, March 17, 2011

Hanya Pinjaman....

Sekadar petikan daripada blog Ustaz Zaharuddin yang sangat aku kagumi penulisannya, utk perkongsian bersama ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, seluruh umat Islam dan yang lebih penting untuk diri sendiri-Didiey-Mujahid

Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita : Suatu

Hak Kebebasan Peribadi ?

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.

Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.

Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-

فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا

Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?

Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)

Hak kedua ; adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendengar nama baginda disebut.

Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja.

Hak ketiga ; adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW :

لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف

Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)

Hak keempat dan yang ke seterusnya ; adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.

Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian.

Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian, mengikut citarasa masing-masing, canggih, tidak kiralah sama ada ia jarang memperlihatkan susuk tubuh dan warna kulit di bawah pakaian, bertudung jarang sehingga kelihatan rambut, telinga dan terbuka dada, berseluar ketat, bertshirt pendek dan sepertinya. Adakah apa sahaja yang cantik menurut selera, walaupun seksi dibenarkan atas dasar ia hak peribadi? Hak kebebasan yang dijamin perlembagaan? Tidak boleh campuri urusan orang lain?

"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.

Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.

Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, seketul jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati.

Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.

Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-

1) Cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.

Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.

Sabda nabi SAW :

إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah mewajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

2) Cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.

"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.

"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"

"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"

Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain.

Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.

Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.

"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, 'think big', 'ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.

Sudah tentu bukan kerana pakaian seksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.

"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.

Bila ditanya mengapa, ia kata "Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je, berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.

Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.

Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.

Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal manusiawi mereka yang lemah.

Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Anak adalah amanah

Suasana pagi yang begitu menenangkan dan pagi ini
aku akan menghadiri majlis bercukur jambul di rumah
sepupuku, Mat Ju, bertempat Kg. Tok Burong......
Sudah lama rasanya tidak menghadiri majlis bercukur
jambul. Petang semalam, sepupuku datang menjemput dan jelas kelihatan
di wajahnya wajah kegembiraan menimang cahaya mata yang pertama.
Terus aku bergurau dengannya....
Aku merasakan baru semalam sama-sama berlari, sama-sama
makan aiskrim, sama-sama ke sungai, bersembang bersama2 ketika
berjalan kaki pulang daripada rumah Pok Long(Guru mengajar Al-Quran kepadaku)...
Rupanya hampir 12 tahun ianya berlalu)

Anak ini adalah suatu anugerah daripada Allah dan amanah
yang akan dipersoalkan kelak....
Jangan terlalu dikasari, jangan terlalu dimanjai dan jangan terlalu dituruti
kehendaknya....Berpada-padalah dalam mendidik anak-anak..=)

Monday, March 14, 2011

Maafkan kedhaifan diri ini....


Kejohanan Olahraga Tahunan (Jubli Perak)


Sambutan Maulidul Rasul...=)

Alhamdulillah, berada di kampungku tercinta, jauh daripada kekalutan metropolitan Kuala Lumpur, dan hati ini terasa terlalu tenang berada diteratakku ini...... Setelah kekalutan yang tidak dapat aku jangkakan 2 minggu yang lalu, kini aku sangat bersyukur kerana masih dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengenggam dan meneguk ketenangan yang sudah lama aku inginkan.....
Dalam hati ini, aku kekadang sudah tidak mahu mengambil tanggungjawab lagi selepas ini.....cukuplah dengan pengalaman yang sebelum ini aku melaluinya....
Diriku ini hanyalah insan biasa yang tidak dapat lari daripada perasaan marah, kecewa , terkilan, sedih dan sebagainya.....Dan terus terang aku ingin menzahirkan kekecewaan terhadap guru-guruku(pensyarah) di tempat pengajianku sekarang ini....Biarpun hanya segelinir, tetapi rasa hormat itu tidak dapat aku nafikan sudah mula berkurang dengan tindakan-tindakan mereka..... Teringat pengalaman berada di bangku persekolahan, aku rasa lebih dihormati oleh guru-guruku...

Cara mereka memarahiku, cara mereka menegurku ats kedhaifan diri ini,
membuatkan teguran dan leteran mereka aku ingat sehingga sekarang dan sangat menghormatinya..... Kenapa ini tidak ada lagi di tempat pengajianku sekarang? Sekadar ingin menampakkan kerja mereka sempurna, semudah itu mereka menyemburkan kata-kata sinis dan terkadang kesat kepada aku dan sahabat-sahabatku.... Setinggi manapun kedudukanku pada hari ini, aku tidak akan dan tidak mampu untuk menandingi guru-guru serta pensayarahku......
aku sentiasa ingat pesanan ibuku itu....tanpa mereka
siapalah aku pada hari ini....

Perselisihan pendapat di antara pensyarah dan rasa marahnya dalam kalangan mereka, mereka ingin
salurkan kepada kami selaku pelajar-pelajar mereka.... Tugas yang sepatutnya tiada kaitan langsung dengan tugas seorang guru pelatih terus dibebankan kepada guru pelatih....TIDAK MENGAPA! ..apalah salahnya menolong guru kita yang infiniti jasa mereka terhadap kita. Tetapi mengapa kerja yang tidak wajib kepada kita diwajibkan ke atas kita dan boleh complaint serta memarahi kita di atas ketidaksempurnaan yang kita lakukan..... ENCIK DAN PUAN yang sangat saya hormati....jangan semudah itu menjatuhkan maruah diri ini kerana saya juga ada tahap kesabarannya.....saya tidak mampu berbuat apa-apa tetapi rasa hormat diri kini kian tecalar dek tingkah laku kalian....Bagaimana seorang yang arif agama boleh merumitkan kerja-kerja agama yang sepatutnya kalianlah yang menjadi individu barisan hadapan utk merobohkan tembok karenah birokrasi ini?

Kini, aku tersangat yakin ramai hamba-hamba Allah kurang bersetuju dengan penulisanku
pada kali ini.Siapa aku untuk menyatakan rasa tidak puas hati kepada insan yang bertindak sebagai guru(pensyarah) kita....

Tidak mengapa...sudah aku katakan aku sangat menghormati teguran-teguran guru-guruku ketika di waktu persekolahan kerana berhemahnya cara teguran mereka...Dan aku yakin teguran mereka bukan atas desakan pihak atasan sebaliknya ikhlas daripada hati mereka sebagai seorang guru....


Dan ingin sekali aku jelaskan, aku bukan seorang yang ingin/mabuk kepada memegang jawatan....Sebaliknya, apabila terpaksa memegangnya, aku akan menjaga amanah itu sebaik mungkin kerana aku tahu itu adalah amanah Allah dan seseorang yang mempermainkan amanah akan menerima pembalasan buruk oleh Allah....Pada masa yang sama, aku adalah seorang pelajar dan tidak mungkin aku membelakangkan tanggungjawab utamaku itu. Kenapa sesuatu tanggungjawab yang bukan di bawah tugasku perlu diletakkan di atas bahu ini?Dan boleh menghentamku sekiranya berlaku ketidaksempurnaan semata-mata ingin melihat diri mereka sempurna di pihak atasan?Aku mengulangi lagi bahawa tahap kesabaranku ada batasnya.....
Sebelum mengakhiri post ini, aku berharap dan berdoa senantiasa moga-moga Allah menjaga diri ini daripada setiap kecelaruan hati dan aku yakin aku adalah insan paling penakut di muka bumi kerana saidina Ali pernah berkata 'orang yang paling berani adalah orang yang dapat menahan kemarahannya(sabar) biarpun dia mampu membalasnya semula'.......

Firman Allah : Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar daripada kesusahan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka(Surah al-Talaq2:3)