Pages

Showing posts with label FamilY. Show all posts
Showing posts with label FamilY. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Allah dan Mereka Sentiasa Ada....

Assalamualaikum w.b.r. Harapnya iman saya, dan kalian semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sudah memasuki fasa ketiga ramadhan dan Ramadhan kali ini sudah hampir melabuhkan tirainya.
Ayuh manfaatkannya . Jam menunjukkan 0251 di Bandar Sibu, Sarawak . Dan terasa sangat jelas keinginan untuk pulang ke kampung halaman dan menunggu waktu penerbangan malam ini...He3

Tahun 2013 dengan penuh coretan yang yang penuh tanda tanya terutamanya dalam bidang pekerjaan yang aku ceburi , GURU. Pada Oktober 2013, aku diberitahu oleh pihak SPP yang guru pelatih ambilan Januari 2009 akan melalui suatu fasa baru dalam pelantikan sebagai seorang guru dan proses penempatan tidak akan dijalankan seperti biasa. Hatiku mula berdegup kencang apabila ada yang mengatakan posting kemungkinan akan tertangguh sehingga Mac 2013. Takdir Allah menjadi suatu ketetapan yang tidak ada sesiapa yang boleh mengubahnya mentakdirkan bukan sehingga Mac bahkan aku untuk terus menganggur sehingga Julai 2013.

Cuma ada sesuatu yang aku perolehi sepanjang hampir 7 bulan berada di rumah tanpa sebarang pekerjaan. Ibu bapaku tidak pernah mengecewakan, seriously. Dan secara jujurnya aku tidak pernah merasa 7 bulan di rumah itu suatu tempoh yang begitu lama. Mungkin sikap neutral yang ditunjukkan oleh kedua ibu bapaku supaya aku tidak terlalu stres dengan kelewatan posting pada kali ini.Mereka sentiasa positif. Apabila diberitahu sahaja kepada ayahku yang aku mempunyai simpanan duit sedikit dan mahu dibeli seekor lembu sebagai binatang peliharaan, terus ayahku membawa pulang seekor lembu hitam putih yang dinamakan 'Tapong'.  Aku berfikiran sedemikian supaya sedikit simpanan duit itu tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dan mungkin menjadi bekalan yang berguna apabila dipostingkan kelak. Setiap petang aku tidak lagi terasa kosong kerana hampir sejam diperlukan untuk menyediakan juadah rumput untuk  Tapong dan lembu ayahku juga.

Ya, mereka tidak sesekali mengecewakan. Ada sahaja harapan dan tanggungjawab baru yang diajarkan dan diharapkan kepadaku. Pembayaran bil online, membantu adik Apih menyiapkan kerja sekolah, menguruskan barang-barang keperluan rumah, membantu ayahku menguruskan lembu-lembunya, hantar dan ambik adik daripada sekolah, tuisyen dan ke Chiku untuk bersama-sama menguruskan kebun kelapa sawitnya. Sejujurnya , aku berasa lebih matang dengan tempoh latihan selama 7 bulan yang culup bermakna ini. Walaupun budaya tidur petang lebih 2 jam tidak dapat diperbaiki..;)

Alhamdulillah, selain itu, sempat juga berbakti selama 6 minggu di SMK Kubang Kerian 1 sebagai guru ganti. Banyak juga pengalaman baru yang diperolehi apabila banyak perbezaan mengajar di SK dan SMK. Aku juga pernah berkhidmat bersama 2 pusat tuisyen iaitu Dinamis dan Al Amin. Pengalaman ke sana ke sini dengan motor kesayangan DBL 9681 mencari seringgit dua dan pekerjaan akan sentiasa tersemat dalam hati . Teringat pengalaman mencari pekerjaan di Jakel dan kantin sekolah.=)

Kini, 4 Ogos 2013. Sudah lebih sebulan aku meninggalkan kampung halaman kerana sudah diberikan penempatan di sekolah sebagai seorang guru pada 1 Julai 2013. Betul, yakinlah bahawa Allah itu sangat adil. Aku ditempatkan oleh KPM di SK Nanga Meluan, Kapit, Sarawak.Bukan ingin berlebihan menunjukkan kesusahan tetapi ia sememangnya suatu sekolah yang boleh dikatakan sangat jauh di pedalaman Kapit yang terdiri daripada 12 orang guru dan hanya 27 orang murid. Berkhidmat sebagai guru baru dan dibebankan dengan banyak tugas seperti S/U Peperiksaan, Guru SPBT, Ketua Panitia Math, Ketua Panitia Seni, Ketua Guru Penasihat Persatuan Matematik, Ketua Penasihat Pengakap dan guru kelas Tahun 5 membuatkan kekadang aku terfikir adakah fasa pembulian guru baru sudah bermula?!Namun, setelah sebulan berada di sekolah ini, ternyata ia bukan sebegitu. InsyaAllah, biarpun pada kali ini tiada lagi ibu dan ayahku yang sentiasa memberi sokongan daripada belakang, aku sudah mampu menghadapinya hasil latihan yang dilalui selama 7 bulan di rumah=)

Doakan saya terus gembira , dapat mengajar dengan baik dan menimba sebanyak mana ilmu pun di sekolah ini. =) Terima Kasih, Terima Kasih dan Terima Kasih untuk kedua ibu dan ayahku yang membuatkan tempoh menunggu posting ini adalah suatu tempoh yang cukup bermakna dalam proses memasuki alam pekerjaan yang sebenar. =)        

Monday, April 2, 2012

Cik Siti....

Selamat dan terus selamat, insyaAllah..=)

31 March merupakan tarikh yang tidak pernah aku lupakan dalam diar hidupku.

Ulang tahun kelahiran buat satu-satunya adik perempuanku yang kini sudah mencecah usia 16 tahun . Sekejap dan pantas sungguh masa itu berlalu.

Anak perempuan seorang dikelilingi oleh 7 orang adik beradik lelaki. Kadang-kadang dek kemarahan yang sedikit memuncak, keluar daripada mulut ibuku, jaga anak lelaki 10 orang tidak la sesukar menjaga anak perempuan seorang. Biarpun kesalahan itu tidaklah sebesar mana, namun ungkapan itu bagiku sangat perlu untuk si adik tidak menganngap dirinya terlebih istemewa daripada adik beradik yang lain.

Sebagai abang, kadang-kadang terasa juga teguran aku itu kasar dan berniat bukan menegur tetapi melepaskan geram amarah. Sehinggakan pernah sekali hampir-hampir sahaja tangan ini singgah di muka si adik birpun tangisannya sudah teresak-esak. Termenung panjang diri ini bila memikirkan semula. Mula menyedari perasaan tidak boleh aku samakan dengan adik-adikku yang lelaki. Dan cara untuk menegur sedikit berbeza.

Tiba masa untuk bercerita, si adik pasti menceritakan pengalaman yang kini dialaminya di sekolah ataupun di rumah. Kekadang rimas juga diri dibuatnya. Mana tidaknya diceritakan rakannya merajuk disebabkan benda yang boleh dikatakan remeh temeh. Hehe. Mungkin inilah perempuan. Mendengar dan memberikan respon yang sepatutnya. Namun, apabila diceitakan rakan sekelasnya, sudah pandai keluar bersama-sama berdua ataupun ‘dating’ aku mula menjadi serius. Mungkin mahu melihat si adik tidak sesekali terlibat dengan pengaruh yang menjurus ke arah kemaksiatan kepada Allah. Dan selebihnya aku ingatkan janganlah terus menghukum rakan-rakannya itu, kerana mungkin hari ini mereka yang diuji dan siapa tahu suatu hari nanti dia pula yang diuji. Jadi, tegurlah setakat yang termampu dan lebihkan berdoa supaya Allah tidak menguji kita dengan ujian seperti itu jua.

Itulah adik perempuanku. Semakin meningkat dewasa dan doa untuk melihat yang terbaik untuknya sentiasa tidak kudilupakan. Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran dan semoga terus success...=)

Saturday, January 24, 2009

SeMoga terus Success

25 Januari every year nih ak mesti ingat....!!xde sebab lain cz today is angoh's birthday...

walaupun jauh di mata namun dekat di hati..hik3..sudah mencecah 21 tahun di muka bumi
Allah ni..
semoga terus success...

Harapan~

moga2 dikurniakan kejayaan dunia n wat is more important kat akhirat kelak...
dipanjangkan umur n dimurah rezeki selalu.
dipermudahkan dalam setiap urusan....
menjadi hamba Allah yang taat atas segala urusan....
mendapat calon jodoh yang sesuai..haha(yang ni kna bli lembu awal 2 tahun)..
Insya-Allah tahun ni menjanjikan menjanjikan seribu satu kenangan & pengalaman manis utk angoh...insya-Allah=)