Pages

Monday, April 25, 2011

Adam...

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Dan

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.


Dipetik daripada ILUVISLAM.COM

Sunday, April 24, 2011

Aku merindui mereka....=)


4 Bestari SK JALAN HANG TUAH 1

Waktu rehat....=)

Permulaan kalam dengan pujian menyebut kebesaran Allah s.w.t Assalamualaikum w.b.r..... Kiranya sudah tiga minggu rasanya aku tidak menulis di blogku ini..... Jika diukur dari segi masa, rasanya tidaklah terlalu sibuk diriku ini... Mungkin mood menulis itu tidak datang....

Lupakan tentang mood tersebut, ALHAMDULILLAH,
aku sudah selesai menjalani praktikum selama
4 minggu di SK Jalan Hang Tuah 1, Bukit Bintang, KL...Bercakap mengenai pengalaman,
aku berasa sangat bertuah kerana ditakdirkan dapat merasai 1st praktikum di sekolah tersebut....
Sekolah yang mempunyai guru yg begitu supporrtive dan tidak menganiaya guru praktikum. Sering kali sahaja diajak makan bersama kerana cikgu-cikgu di sekolah ini suka memasak di bahagian dapur dalam bilik pejabat.

Pengalaman?!Yang paling menggembirakan adalah apabila kita dapat membuatkan seseorang murid itu faham dan boleh menyelesaikan sesuatu masalah especially Matematik....Seterusnya,
pengalaman yang paling mendebarkan ialah apabila ingin diselia oleh pensyarah pembimbing..Berpeluh, sakit perut, baju basah....pelbagai simptom yang tidak dapat aku jangkakan.....Namun, setinggi ucapan terima kasih buat Miss Syafinaz yang sentiasa
mencadangkan beberapa aktiviti supaya lebih menarik.

Setelah selesai menjalani praktikum di sekolah tersebut selama 22 hari,
lantas aku pergi mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua guru
di sekolah SK Jalan Hang Tuah 1 atas kesemua jasa baik mereka ....Tidak lupa juga aku meninggalkan kata-kata semangat kepada semua anak-anak muridku yang pertama
supaya jangan berputus asa dan belajar bersungguh-sungguh....

Di hari terakhir, dapat kulihat air mata murid-muridku ketika aku mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.....Dan insyaAllah, aku berdoa moga-moga Allah menerima tugasku sebagai guru ini dan menjadikannya salah satu amalan untuk aku layak mengecapi syurga Allah s.w.t...=)

Firman Allah : wahai orang yang beriman,!Mahukah aku tunjukkan kamu akan satu perniagaan yang akan menyelamatkan kamu daripada azab yang amat pedih? Iaitu, kamu beriman dengan Allah dan rasulnya, dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta kamu dan diri kamu sendiri, yang demikian itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui.....(Surah al-Saff, 61:10-11)

Friday, April 1, 2011

Che Ti=)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..... Assalamualaikum w.b.r buat sekalian pembaca yang membaca entriku pada kali ini yang diposkan khas bersemperna dengan ulang tahun kelahiran satu-satunya adik perempuan yang sihat, Siti Fatimah El-Zahraa bt Ahmad Fikri insyaAllah bakal menjadi srikandi kedua solehah selepas ibuku dalam keluargaku.....=)
(doaku sepanjang masa)
Teringat hampir 15 tahun yang silam, ibuku terlalu inginkan anak perempuan. Setelah lima anak lelaki dilahirkan, ibuku terus berharap dapat melahirkan anak perempuan biarpun sedar semuanya telah dirancang sebaik mungkin oleh Allah S.W.T namun harapan
tetap tidak mampu dipadamkan daripada hatinya ..
Sebagai tanda kesyukuran lahirnya adikku ini, seekor lembu direbahkan(disembelih)
dan dibuat kendurui dengan penuh rasa kesyukuran pada Allah s.w.t.

Alhamdulillah 31.03.2011 baru-baru ini, genap umur adikku 15 tahun.....
Sebagai seorang abang yang 7 tahun lebih tua daripadanya,
aku akan selalu mendoakan moga-moga Allah senantiasa membantu dirinya
dalam menghadapi segala kesulitan,
dikurniakan kejayaan senantiasa, dan menjadi anak yang solehah.....

Dalam suatu kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Ramizi di
Surau Asy-Syakirin beberapa minggu lepas, beliau bercerita tentang suatu hadis
Rasulullah S.A.W.
Baginda berkata barangsiapa(ibu bapa) yang dapat menjaga seorang anak perempuan
supaya menjadi wanita solehah, insyaAllah terjamin syurga baginya....
Di sebalik maksud hadis ini, tugas mentarbiah seorang anak perempuan
bukan suatu tugas yang boleh dipandang mudah.....

Pesanan buat adikku~
Kuatkan semangat dalam menghadap kesulitan pelajaran,
jaga diri dengan sebaik mungkin dalam setiap aspek
(aurat, pergaulan, pemakanan(hehe)) kerana ganjaran
Allah akan datang setelah melihat kesungguhan hambaNya.....
Doa Abg Chik mengiringi perjuangan Ti.....=)