Pages

Sunday, June 26, 2011

Along.....=)

Sekali lagi berasa begitu gembira berada di aras tertinggi asramaku ini biarpun tubuhku berasa amat penat untuk naik turun tangga setiap hari.Namun, tiupan angin yang menyejukkan mata dan pemandangan malam yang cantik serta menenangkan menghapuskan semua itu....

Alhamdulillah, 27 Jun 2011 tiba juga hari ni. Suatu tarikh yang pasti tidak dilupakan
dalam diari hidupku iaitu ulang tahun kelahiran abang sulungku, Along yang selamat dilahirkan di Kuala Lipis pada 27 Jun 1986....

Sudah genap 25 tahun dilahirkan oleh ibuku dan alhamdulillah abang sulungku ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Jun 2011 yang lalu.
Ya Allah yang Maha Penyayang, kurniakanalah kebaikan, kebahagiaan, ketenangan kepada abangku ini, dan kurniakanlah ketabahan serta kesabaran kepadanya seandainya ditimpa sesuatu dugaan.InsyaAllah, jadi anak yang soleh dan suami yang mithali senantiasa....

Daripada adikmu, Didiey....=)

Sunday, June 19, 2011

Jawatan!

Berada di puncak asramaku bilik ( C-3- 19) membuatkan hati berasa sungguh girang dan tenang... Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana aku telah memasuki semester ke-6.
Kalau diperingkat sekolah menengah, tahun ini aku sudah masuk tahun kelima iaitu berada di Form 5 dan akan mengambil SPM....Sekejap sahaja masa berlalu.

Badan masih terasa lenguh kerana terpaksa mengangkat barang daripada aras 0 hingga ke aras 3 blok yang berlainan. Suatu pengajaran yang cukup berharga daripada ketua warden kolej kediaman IPGku ini. Tidak mengapalah kalau dengan cara itu dia nak tunjukkan besarnya pangkat dan jawatannya.....selaku yang berfikiran positif, kena sentiasa positif dengan orang yang kadang2 boleh berindak luar kewarasan ini....

Tidak mengapa. ...Orang kata di sebalik kesusahan pasti ada kesenangannya...InsyaAllah...teruskan hidup di aras 3 blok C ini dengan penuh gembira untuk menghabiskan dengan sebaik mungkin kehidupan di IPG yang masih berbaki setahun setengah...Doakan kejayaan diriku hamba yang kerdil ini....

Thursday, June 16, 2011

Ada Sebabnya....=)


Hampir tiba ke penghujungnya cuti pertengahan tahun tigaku dan bakal memasuki semester keenam. Terasa sangat cuti pada kali ini cepat sangat berlalu....
Mungkin kerana majlis pernikahan abang sulungku yang telah selesai dilaksanakan
pada minggu lepas.Alhamdulillah, Allah melancarkan perjalanan majlis tersebut....

Malam ini adalah malam jumaat. Setiap kali malam jumaat pasti akan diadakan bacaan Yasin
di rumahku bersama ibu dan ayahku serta adik beradik yang lain...
Biarpun rasa tidak lengkap tanpa Along dan Yie Yie, namun ia
tetap diteruskan. Agak sukar rasanya seandainya ingin melengkapkan semua adik-beradikku
berada di rumah.

Dalam alunan bacaan Yasin yang diketuai oleh Angah, tiba-tiba jauh fikiranku melayang
ke suatu zaman yang aku sangat rindui mungkin hampir 13 atau 14 tahun yang lalu.
Pergi mengaji Al-Quran di rumah guru mengajiku( di Kg. Tok Burong) yang boleh dikatakan agak jauh daripada rumahku. Jauh dalam fikiran seorang kanak-kanak, timbul persoalan kenapa aku dipaksa oleh kedua ibu bapaku untuk mempelajari Al-Quran? kadang-kadang marah menguasai diri.rasa malas sering sahaja menyelimuti diri apabila disuruh pergi mengaji.
Berbasikal ke rumah guru mengajiku bersama 2 orang abangku, Along dan Angah. Sebelum itu, aku dan dua orang abangku dihadiahkan basikal. Boleh pergi ke sekolah dan mengaji dengan basikal. Walaupun cuaca terik dan panas selepas balik daripada sekolah, aku begitu bersemangat mengayuh basikal ungku itu. Kegembiraan pergi mengaji Al-Quran bukan disebabkan mengaji tetapi kerana boleh berbasikal jauh dan diberikan duit untuk membeli ketika pulang daripada mengaji Al-Quran. Sering sahaja aku membeli air kelapa. Mungkin disebabkan ini jugalah sehingga sekarang minuman kegemaranku adalah air kelapa.

Lama kelamaan, apabila aku kian meningkat usia, rupanya ada suatu rasa yang dapat aku rasakan setelah kitab suci Al-Quran itu dibaca. Suatu ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan tidak akan aku peroleh sekiranya membaca akhbar berita harian ataupun akhbar lain. Persoalan kenapa dan mengapa ibu dan ayahku menyuruhku berbasikal untuk pergi mengaji Al-Quran terjawab sedikit demi sedikit. Tersimpan seribu satu cerita perjuangan, hukum-hukum, dan dakwah Islam yang masih belum aku fahami dalam AL-Quran itu sendiri.....

Fikiranku kembali kepada bacaan Yasin apabila adik bongsuku bertanya ayat ke berapakah yang sedang dibaca pada ketika itu. Teringat suatu ketika pada zaman kanak-kanak, mulut terkumat kamit seolah-olah mengikuti biarpun tidak lancar membaca pada hakikatnya. Moga-moga usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapaku akan aku praktikkan kembali kepada generasiku seterusnya. Tanpa panduan kitab akhir zaman itu, pasti kita hari ini tergolong dalam golongan jahiliah yang penuh dengan kemaksiatan yang terlalu hina.....

Sama-sama kita memahami maksud dalam Al-Quran.....=).InsyaALLAH.....

“Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalang mereka daripada menerima ajaran Al-Quran)?.” Surah Muhammad :24

Monday, June 13, 2011

Puisi Untuk Para Pejuang



Di sini
menusia menguruskan diri sendiri
mencari bekal masing-masing dari daerah kelahiran
dan dengan langkah berani mengharung
lautan gelombang di sini
yang sesekali ganas namun tidak kejam

Hidup di sini memang payah
terpaksa menempuh duri susah
melawan rasa kantuk
berlarian antara dewan kuliah
dan khutub khanah
sesekali langkah rasa ingin berhenti
namun mutiara masih belum lagi erat tergenggam di jari
selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi

Kekadang sulit sebenarnya
melawan rasa rindu
menentang rasa sendu
bila sesekali
desa kelahiran memanggil-manggil
untuk pulang
atau suara emak lembut gemersik
menyata rindu yang berputik

Aduhai para pejuang
langkah masih terlalu amat panjang
kutiplah semangat di sepanjang titian
agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri
bayaran untuk susah dan duri
sepanjang di sini.

Sunday, June 12, 2011

Cuti Abes...

Tidur lama selepas suboh adalah perkara yang sudah lama aku tidak praktikkan,
tetapi dipraktikkan kembali pada pagi tadi memandangkan adik-adikku serta ayah dan ibuku telah kembali ke sekolah. Jelas terpampang wajah gembira adik-adikku( Siti, Aje, Apih) mungkin setelah dua minggu tidak berjumpa kawan-kawan mereka. Kalau disingkap kembali, aku juga seperti mereka suatu ketika dulu. Minggu pertama selepas buka cuti panjang pasti begitu gembira berkongsi cerita dengan kawan-kawanku yang lain. Bingit kelas dan kadang-kadang ditegur oleh cikgu kerana terlalu bising Suatu ketika dulu dan zaman itu aku terpaksa tinggalkan kerana faktor masa yang tidak dapat kuhentikan walaupun sesaat. Aku berharap agar adik-adikku akan merasai dan melaluinya dengan penuh kegembiraan kerana aku tidak dapat menafikan di antara zaman yang paling menyeronokkan ialah zaman persekolahan...

Tahun 2011 ini seorang adik perempuanku akan menempuhi PMR. Pasti berada dalam keadaan bimbang, gusar, dan takut sama seperti diriku suatu ketika dulu. Tapi, alhamdulillah, setiap kali berhadapan dengan exam, sokongan tidak berbelah bahagi daripada seluruh ahli keluarga terutama ibu da ayahku. Pasti adikku juga mengharapkan dia dapat memberikan keputusan yang terbaik untuk keluarga terutamanya ibu dan ayahku. Kadang-kadang timbul rasa bersalah dalam diriku. Seharusnya, sebagai seorang abang aku perlu menggunakan semaksima mungkin masa berada di rumah untuk membantunya melakukan proses ulangkaji. Namun, dek kesibukan dan jadual yang tidak dirancang, aku gagal melakukannya. Insya-Allah, berbekalkan baki cuti yang ada ini, aku akan cuba membantunya dan memberikan tunjuk ajar sekadar yang termampu kepada adik kesayanganku itu.....=) Moga-moga Allah kurniakan kekuatan kepada adikku untuk berusaha dengan gigih biarpun dalam kepenatan untuk mengenggam sebuah kejayaan....

Saturday, June 11, 2011

Red Warrior


Hari demi hari ditunggu akhirnya tiba jua di hari ini, 11 Jun 2011..... Pertembungan dua gergasi pantai timur, Kelantan yang bakal menentang Terengganu.... Agak bersemangat bila diriku membaca di dalam akhbar-akhbar harian seperti kosmo dan metro harian pada hari ini.... bola sepak??sukan yang baru aku ambil tahu dalam 3 tahun ini, walaupun sebenarnya minat yang mendalam sebelum itu dalam bidang politik dan luar negara....

Stigma minat dalam bidang bola sepak banyak dipengaruhi apabila negeri yang dicintai ini, Kelantan atau lebih dikenali Red Warriors mula menunjukkan belang apabila berjaya ke pusingan akhir FA menentang Selangor 2009.... Terus bercambah dalam diri ini sehinggalah aku terkesima , terkejut dengan suatu insiden yang membuka matakau bahawa minat yang begitu mendalam dan tidak terkawal rupanya boleh membawa padah...KEKALAHAN menentang Negeri Sembilan dalam Final Piala Malaysia 2009.. Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk berada dalam Stadium Bukit Jalil pada ketika itu, dan mula melihat angkuhnya majoriti penyokong-penyokong Kelantan....Botol dibaling kepada penyokong lawan, mercun yang kuat dibaling ke arah penyokong lawan, menghancurkan kerusi-kerusi stadium, dan menghamburkan kata-kata kesat kepada polis FRU dan pengadil-pengadil. Situasinya adalah cukup dahsyat.... Seterusnya, apabila berbincang, ada juga dalam kalangan sahabat-sahabat yang dihormati menyokong tindakan ganas tersebut....Terdiam dengan kewarasan mereka berfikir.Cuba kita bayangkan yang dibaling dengan mercun itu adalah adik-beradik kita. Cuba kita bayangkan yang dibakar dan dihancurkan itu adalah kerusi rumah kita , cuba kita bayangkan yang dihamburkan dengan kata-kata kesat itu ialah mak ayah kita..PASTI kita tidak mampu utuk melaskukan semuanya biarpun masih ada yang berdolak dalik dengan jawapn balas balik diriku itu....=)

Tetapi, setelah 2 tahun berlalu, rupanya kini penyokong Kelantan sudah banyak belajar daripada kesilapan lalu. Sikap samseng kampung mula dikikis dan kembali kepada norma manusia biasa. Mewujudkan suatu bentuk sokongan yang tidak pernah wujud sebelum ini dalam arena bola sepak tanah air. Perlawanan yang dilalui oleh setiap pasukan Kelantan tidak lengkap sekiranya tidak kedengaran sokongan lebih 20 000 penyokong setia Kelantan. Budaya solat dulu sebelum tengok bola juga mula dipraktikkan di seluruh stadium seluruh negara.

Sebagai seorang penyokong daripada jutaan penyokong Kelantan, jauh di sudut hati berasa gembira dengan perubahan yang ditunjukkan oleh rakyat Kelantan. Tanggapan mentaliti rakyat Kelantan rendah dan pengecut selepas insiden final Piala FA 2009 biarpun bawah pimpinan ulama kian terpadam. Sokonglah bola seadanya, jangan terlalu berlebih-lebihan. KALAH MENANG adalah takdir dan ketentuan yang telah termaktub di Loh Mahfuz. Sama-sama kita fikirkan bagaimana sukan bola sepak ini mampu menunjukkan kesepakatan, perpaduan dan keuatan umat Islam....

Menunggu pemain Kelantan memakai seluar tight yang menutup aurat ketika beraksi.....

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah Saw pernah bersabda, “perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, mereka berkata, “bahkan engkau sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad Saw bersabda, “bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh karena itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan sepenuh hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) karena dengan cara itulah kamu akan mencapai (surga)”.

Thursday, June 9, 2011

Kite dok Lupe.....


Senior yang dihormati dalam Kelab Asy-Syakirin


Bola2 jgok....jangan sapa baloh sudoh r...hahahha


Jalan2 pagi di Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat sahabat seperjuangan
5PISMP MATEMATIK 2 dan Kelab Asy-Syakirin.....
Ahmad Isamudin bin Abdul Rahim.....
Selamat mencecah usia 22 tahun dan insyaAllah sahabatmu ini akan
mendoakan moga2 Allah terus mengekalkan nikmat Islam dan iman yang
begitu berharga yang telah dikurniakanNya kepada dirimu,
dimurahkan rezeki yang halal, dan diberikan kekuatan
dalam menghadapi setiap dugaan dan ujian daripadaNya.....=)
Jangan pernah lupa, Allah mengurniakan ujian hanya untuk
mentarbiah diri kita dan untuk meningkatkan darjat kita disisiNya....=)

SELAMAT MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN PEJUANG ISLAM YANG DIGERUNI.......=)

Ayahku.....


Permulaan penulisan entri pada kali ini dengan kata-kata memuji kebesaran, keagungan, kemurahan ALLAH, Tuhan yang sentiasa mengerti apa aku inginkan..... Buat insan yang amat aku sayangi iaitu ayahku, Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke 50.... Setinggi-tinggi kesyukuran aku zahirkan, dan aku rafakkan kepada Allah yang terus memanjangkan umur ayahku dan aku akan terus berdoa moga-moga Allah sentiasa melindungi, memanjangkan umur dan memurahkan rezeki ayahku serta terus diberikan kekuatan fizikal dan mental untuk menjaga dan memberikan nasihat-nasihat untuk anak-anaknya ini..... Selamat menerima menantu baru juga untuk ayahku.... Alhamdulillah, syukur semuanya sudah selesai ....