Pages

Tuesday, February 22, 2011

Usaha yang termampu...


Rindukan bergotong royong bersama adik beradikku...

Situasi di mana badanku, hatiku, tersangat letih
dek banyaknya kerja yang perlu diselesaikan......
Dalam keletihan itu, insyaAllah Allah sentiasa
mendengar rintihan masalah-masalah hambaNya
dan seterusnya hati akan kembali tenang....
Tapi aku yakin, dengan hadis Rasulullah s.a.w

"Masuk syurga kaum2 yang hati mereka seperti hati2 burung iaitu hati mereka yang sentiasa bertawakkal..."

Friday, February 18, 2011

Fikir Sebelum Buat...

Alhamdulillah, pagi hujung minggu yang sangat menenangkan diriku ini....
lantas aku ambil peluang ini untuk mengisi serba sedikit dalam blogku ini
Dan aku dapat merasakan bahawa kekerapan diriku mengisi
penulisanku dalam blogku yang amat aku sayangi ini semakin berkurang akhir-akhir ini...
Mungkin dek kesibukan yang tersangat-sangat sejak akhir ini....
Ya Allah, lapangkanlah dadaku hambaMu dalam melaksanakan amanah-amanah yang
diberikan dan tetapkanlah hatiku pada jalan kebenaran....

Pengisian semalam ialah mendengar suatu diskusi Krisis Mesir di UKM Bangi...
Suatu ulasan yang agak memberangsangkan dilontarkan untuk hadirin yang hadir.
Bagaimana jatuhnya sebuah rejim Hosni dek api kebangkitan rakyat yang tidak
dapat dibendung lagi. TAKBIR!Setelah 30 tahun diperintah dengan pemerintahan
ala-ala zaman jahiliah, timbul persoalan siapakah yang bakal menerajui kepimpinan
negara Mesir yakni negara yang tersohor dengan kelahiran para nabi, tempat bertapaknya
banyak ilmuan-ilmuan Islam sejak ratusan tahun dahulu...Aku tinggalkan persoalan itu untuk
diriku sendiri. Biarpun aku mengetahui, aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa dalam membantu saudara seislamku di sana, InsyaAllah, Allah akan mengangkat pemimpin yang berkeperibadian keperibadian habibullah, Rasulullah s.a.w...

Selesai sahaja majlis, berlari -lari anak aku menuju ke kereta untuk pulang ke Cheras...
Jam menunjukkan pukul 12.45 pagi...Terketar-ketar aku memegang stereng dek banyaknya muda-mudi yang sedang berlumba motor.Malam hujung minggu kata sahabatku...Ada di belakangnya yang membawa anak-anak gadis...
Yang aku yakini belum mempunyai hubungan yang sah iaitu NIKAH.
Dalam keriuhan bunyi, bunyi motor itu, hatiku beristigfar perlahan....
Ya Allah, jauhkanlah diriku, adik-beradikku, sahabat-sahabatku dan saudara seislamku
yang lain daripada terlibat dengan PERBUATAN BERTUNJANGKAN NAFSU ini..

Lantas, dalam kesunyian kereta kerana sahabat-sahabat yang lain sudah tidur,
teringat aku pada luahan perasaan tidak selesa adik perempuanku terhadap seorang kawannya kerana sudah pandai bermain peraasan biarpun baru di Tingkatan 3.'
Kenapa ti', aku bertanya kepadanya..
Daripada jawapannya yang ringkas,
aku tahu adikku dia sangat benci kepada apa yang telah dilakukan oleh kawannya itu.
Tidak perlulah dia huraikan, aku sendiri faham bertapa meluatnya aku dengan tingkah laku
orang-orang yang sedang bercinta ini.

Lantas aku memulakan bicaraku kepadanya. "Ti, Perjalanan Ti ini masih terlalu jauh.
Abang Cik tidak mahu sekali-kali Ti buat perkara yang sama sebagaimana kawan Ti buat tu..."
Diangguk-anggukkan kepalanya mungkin memahami apa yang aku perkatakan....
Lantas aku menyambung percakapanku, " Peluang terlalu banyak Ti untuk remaja lelaki
ini bercinta dengan remaja perempuan, tapi Ti, kebanyakannya tidak kekal lama dan jawapan apabila ditanya kenapa bercinta dengan si A atau si B,
sekadar main-main...."Aku menerangkan kepadanya lagi...
"Hati perempuan sangat lembut dan sensitif , Ti, sebab itulah ramai lelaki yang terlalu mudah untuk memperbolakannya'
Tapi seandainya difikirkan balik, hari ini mungkin golongan lelaki boleh tersenyum apabila meninggalkan seseorang perempuan itu, tetapi bagi A. Cik ini,A.Cik berasa sangat marah seandainya perkara yang sama berlaku pada adik-beradik kita dan dalam tempoh masa yang lebih panjang.kepada anak-anak.." Sebagai langkah peringatan,aku memberitahu rumusan terakhir kepada adikku, JANGAN kita lakukan kepada orang lain terlebih dahulu kerana Allah itu Maha Adil untuk membalasnya balik kepada kita.....Aku berharap agar dia memahami apa yang ingin aku perkatan kepadanya....

SELAMAT BERJUANG UNTUK ADIKKU SITI FATIMAH EL_ZAHRAA BT AHMAD FIKRI!

Saturday, February 12, 2011

Mencari Cinta Sejati

Dengan nama Allah yang Maha Pemuurah dan Maha Pengasihani...

Diri ini meneruskan kehidupan seperti biasa di sini...
cuma terkadang kerinduan diri terhadap keluarga tercinta
di kampung kadang-kadang terpaku kuat di hati ini.....
Biarpun baru hanya seminggu kembali ke Institut ini...
Aku berharap agar insan yang aku sangat sayangi, ibu ayah
serta adik-adikku berada dalam lembayung kasih sayang Allah s.wt.

Forum Mencari Cinta Sejati!
Alhamdulillah aku diberi ruang dan kesempatan untuk
mengikuti seminar ini di UIA PJ....
(dapat nasi ayam free...heheh)
Persoalan yang cukup menarik dikupas oleh kedua-dua ahli panel
Profesor Dr. Syarifah Hayati Syed Abdullah serta
Haji Nicholas Slyvester Abdullah berkaiatan sambutan- sambutan yang bakal kita
sambut dua tiga hari ini.....
Maulid Rasulullah s.a.w serta Valentine's Day....

Ingin dipendekkan cerita tertarik aku dengan suatu Fatwa yang
dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang disampaikan
oleh Ustaz Nicholas( saudara baru) bahawa umat Islam HARAM
MENYAMBUT VALENTINES DAY.
kata beliau, penafian orang kristian menafikan Valentine Day adalah daripada
agama mereka seolah-olah mereka menafikan Santa Claus
adalah daripada agama mereka. Ia disebabkan oleh valentine's itu
bukan semata-mata disambut atas nama menghargai kekasih semata-mata
tetapi adalah hari yang ingin memuja dan mendewa-dewakn
seorang paderi Kristian 267 M yang dihukum mati oleh Maharaja ROm ketika itu....
Pada pendapat diriku yang serba kekurangan ini, mengapa sering sahaja kebanyakan
kita berdolak-dalik dalam hal ini dan tidak pernah ingin menghormati pendapat
golongan yang yang lebih arif daripada kita(ULAMA').....
ada sahaja alasan yang diberikan untuk
membetulkan tindakan-tindakan mereka
Mungkin ada dalam kalangan saudara-saudara seislamku yang menganggap
ia bukanlah isu yang besar untuk kita perdebatkan.
Kerana apa?!Semua benda bukan lagi isu besar....
Bersentuhan lelaki perempuan, penzinaan, pembuangan bayi
dalam tangki najis...Allah itu Maha Adil.
Daripada benda yang ditegah untuk dilakukan inilah,
Allah balakan balik kita dengan
fenomena2 yang semakin menggerunkan sejak akhir-akhir ini.....

Seterusnya, isu yang kedua ialah CINTA!Satu isu yang perlu
dikupas dengan sangat berhati-hati....
Bangun seorang pelajar UIA (perempuan ) bertanyakan
bolehkan saya bercinta?!
Dijawab oleh Prof Dr. Hayati, seandainya cinta itu adal suisnya, pasti
saya akan tutup suis itu. Cinta itu adalah suiatu anugerah
yang kita sendiri mampu menahannya utk bertapak di hati kita.
Jadikanlah cinta itu sebagai suatu perasaan yang terus mampu
merapatkan kita dengan Allah S.W., kekasihnya, ibu bapa sahabat-sahabat dan sebagainya...
Seolah-olah ustazah belum menjawab persoalan itu sepenunya lagi....;D
Namun, bagi aku, aku BELUM BERSEDIA untuk dikurniakan
perasaan cinta selain Allah, ibu bapa, adik-berakku, dan sahabat2...
Moga Allah mengurnikan Cinta Sejati kepada diri
ini sesuai dengan tajuk Forum yang

telah aku hadiri,,,,,=)( InsyaAllah)

Tuesday, February 1, 2011

hARI iNI.....

Assalamualaikum w.b.r.....=)
Mula memasuki bulan kedua di tahun 2011 ini....
Alhamdulillah terus dikurniakan kesihatan, dan
rezeki yang terlebih daripada mencukupi daripada Allah S.W.T.....
Agak penat badanku rasanya disebabkan bersiar-siar
makan angin seharian bersama kawan-kawan semaktab
di rantau Panjang....
Nik, Paje, Mat anih, Tok Cha...
meneruskan hajat untuk mencari pakaian apabila elaun
sudah masuk.....
Namun, rasanya untuk semester ini aku mesti lebih cermat
apabila membelanjakan elaun...dikhuatiri perbelanjaan melebihi
pendapatan.....
Apabila dianggarkan semula hampir RM 200 juga aku belanjakan hari ini
untuk membeli beberapa helai T-Shirt dan seluar, termasuk yang dikirim
oleh Mok, Ngal dan Syafiq (rakan-rakan semaktab).....
Harapnya semua barang-barang yang telah
dibeli dapat berbakti sebaiknya kepada tuan-tuannya itu....
Sekian...


Renungkan saudaraku:
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Maka bergembiralah dan berharaplah terhadap apa yang mudah bagimu. Demi Allah, bukanlah kefakiran yang aku khuatirkan atas kamu, tapi aku mengkhuatirkan atas kamu kalau dibentangkan dunia untuk kamu sebagaimana yang pernah dibentangkan bagi orang sebelum kamu, lantas kamu berlumba-lumba merebutnya, lalu membinasakan kamu sebagaimana dulu membinasakan mereka.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.