Pages

Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Allah lindungilah adikku

26 Jun setiap tahun merupakan tarikh yang tidak boleh dilupakanku.
26 Jun 1993 19 tahun yang lalu, Allah telah mengurniakan adik keduaku iaitu yang kelima,
Muhammad Amiri bin Ahmad Fikri. Dan hari ini merupakan ulang tahun kelahirannya
Bagiku, walaupun tidaklah berubah hukum menjadi wajib utk mengucapkan selamat menyambut birthday terutamanya kepada keluargaku, namun aku meletakkan wajib untuk diriku sendiri.
Dan yakin dengan amalan yang baik dan mudah ini, kami sekeluarga tidak terasa jauh dan sentiasa dekat di hati...

Untuk Cik Yi, semoga terus berjaya dunia akhirat, diberikan ketenangan dalam setiap urusan, berusaha untuk menjadi anak yang lebih baik dan soleh. Semoga Allah menetapkan yang terbaik untuk adik yang disayangiku ini...insyaAllah..

P/S: jaga adik baik-baik Yi. Lembu papa jangan lupe...manfaatkan cuti sebaik mungkin....

Sunday, January 15, 2012

Ujian semakin mendekatkan kepadaNya

Sesi pengajian 2012 sudah bermula sudah hampir dua minggu. Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya dan hati berasa begitu bersyukur berjaya berada di tahun akhir dan mengharapkan redha Ilahi serta doa yang sememangnya daripada ayah dan ibuku untuk menghabiskan pengajian untuk bergelar seorang ‘muallim’ ini.

Seperti juga tahun lalu, tahun ini kegusaran hati terbit di hati dek ujian menimpa di awal tahun. Cuma bezanya tahun ini bukan terjadi kepadaku. Bersangka baik pada Allah tanpa kita mempersoalkan apa natijahnya kita yang dipilih. Kalau direnungkan, ujian yang yang dikurniakan kepada kita tidak lain dan tidak bukan kerana dipilih olehNya untuk menghadapinya dan belajar bagaimana melaluinya dengan hati yang sentiasa berharap pada rahmat Allah. Kadang-kadang perkataan sabar mudah kita zahirkan kepada insan sekeliling tanpa kita ada kekuatan untuk menghadapinya pada hakikkatnya. Lantas, Allah tarbiah kita dengan mentaqdirkan kita sendiri yang berada dalam sakitnya ujian tersebut.

Ya’ Allah, permudahkannya dalam setiap urusannya, jauhkan perasaan resah dalam dirinya dan letakkanlah keyakinan terhadap segala keputusan yang diambil....amin.....

Friday, December 23, 2011

Khatijah



Alhamdulillah 2 minggu lepas, ibu saudaraku yang lebih dikenali dengan panggilan Makcik Da telah selamat melahirkan seorang anak perempuan di HUSM, Kubang Kerian. Hari ini pula, 23 Disember 2011 adalah tarikh bercukur baginya.

Nama yang diberikan cukup indah iaitu Khadijah oleh bapa saudaraku, Ayah Ran. Diusung mengelilingi orang yang sedang berselawat dan kedengaran suara jelas alunan selawat yang begitu mengasyikkan biarpun tanpa sebarang alat-alat muzik yang mengiringinya.

Sesekali aku melihat sepupuku ini tersenyum sendirian seolah-olah mengerti bahawa setiap orang sedang mendoakannya untuk menjadi seorang anak yang solehah dan meniru keperibadian terpuji Saidatina Khatijah , kekasih dan isteri Nabi Muhammad s.a.w....=)


Sunday, June 12, 2011

Cuti Abes...

Tidur lama selepas suboh adalah perkara yang sudah lama aku tidak praktikkan,
tetapi dipraktikkan kembali pada pagi tadi memandangkan adik-adikku serta ayah dan ibuku telah kembali ke sekolah. Jelas terpampang wajah gembira adik-adikku( Siti, Aje, Apih) mungkin setelah dua minggu tidak berjumpa kawan-kawan mereka. Kalau disingkap kembali, aku juga seperti mereka suatu ketika dulu. Minggu pertama selepas buka cuti panjang pasti begitu gembira berkongsi cerita dengan kawan-kawanku yang lain. Bingit kelas dan kadang-kadang ditegur oleh cikgu kerana terlalu bising Suatu ketika dulu dan zaman itu aku terpaksa tinggalkan kerana faktor masa yang tidak dapat kuhentikan walaupun sesaat. Aku berharap agar adik-adikku akan merasai dan melaluinya dengan penuh kegembiraan kerana aku tidak dapat menafikan di antara zaman yang paling menyeronokkan ialah zaman persekolahan...

Tahun 2011 ini seorang adik perempuanku akan menempuhi PMR. Pasti berada dalam keadaan bimbang, gusar, dan takut sama seperti diriku suatu ketika dulu. Tapi, alhamdulillah, setiap kali berhadapan dengan exam, sokongan tidak berbelah bahagi daripada seluruh ahli keluarga terutama ibu da ayahku. Pasti adikku juga mengharapkan dia dapat memberikan keputusan yang terbaik untuk keluarga terutamanya ibu dan ayahku. Kadang-kadang timbul rasa bersalah dalam diriku. Seharusnya, sebagai seorang abang aku perlu menggunakan semaksima mungkin masa berada di rumah untuk membantunya melakukan proses ulangkaji. Namun, dek kesibukan dan jadual yang tidak dirancang, aku gagal melakukannya. Insya-Allah, berbekalkan baki cuti yang ada ini, aku akan cuba membantunya dan memberikan tunjuk ajar sekadar yang termampu kepada adik kesayanganku itu.....=) Moga-moga Allah kurniakan kekuatan kepada adikku untuk berusaha dengan gigih biarpun dalam kepenatan untuk mengenggam sebuah kejayaan....