Pages

Tuesday, August 31, 2010

aku masih merindui....


sentiasa bertiga..heheh



pok yan n ct kurus...

rimas dipeluk ibuku....


adikku khairul adian botak


diriku bersama botol susu


zoo negara..kali terakhir sampai ke KL sebelum
masuk IPG..

genap 21 tahun sudah umurku pada hari ini....
aku dilahirkan pada 1 September 1989
di Hospital USM, Kubang Kerian...
berjisim 4.05 kg.....
Berdasarkan cerita, aku adalah antara anak
yang paling sukar utk dilahirkan oleh ibuku....
ditakdirkan berada dalam kandungan dengan kedudukan
sonsang, doktor terpaksa mengambil keputusan supaya melakukan pembdehan
utk mengeluarkan diriku dari kandungan ibuku...
sebelum itupun, beberapa proses pembedahan ditangguhkan kerana timbul kompilasi
tertentu....
aku sematkan padu keperitan ibuku itu dalam hatiku
setiap masa
mudah-mudahan diriku tidak pernah melupakan
sakit dan peritnya ibuku untuk melahirkan aku...

Sudah 21 tahun berlalu, dan kini usiaku
sudah menjangkau ke usia dewasa...
Usah diceritakan berapa banyak tunjuk ajar serta
teguran, bimbingan, kata-kata semnagat
yang diberikan oleh kedua
ibu bapakau...pasti terlebih dahulu keringnya dakwat sebelum habis
aku menceritakan kesemuanya....
TERIMA KASIH BUAT IBU DAN AYAHKU...

Aku mempunyai 7 orang adik-beradik lelaki dan
seorang perempuan.....
Along, Angoh, Yan YAn, Yiyie, Ct, Aje n Apih...
aku terus meniti usia dengan dikelilingi oleh kesemua adik
beradikku ini...Kesemua cerita sama ada cerita
lawak, pengalaman yang memalukan pasti aku kongsikan bersama...
perancangan utk 'kerja-kerja jahat'
pasti dirancang dengan teliti terlebih dahulu...
menggunakan telefon rumah utk mengacau rmah org lain,
membeli mercun tanpa pengetahuan ayah ibuku,
mandi sungai tanpa kebenaran, dan bermacam-macam lagi....
adikku Che Siti Wan Kembang pasti diberi amaran supaya
tdak memberitahu ibu dan ayahku tentang projek-projek kami..hehhe
Suatu masa dahulu, seringkali riuh rendah di rumahku
dek kerana persiapan sebelum pergi ke sekolah...
adikku Amiri pasti dimarahi setaip pagi gara-gara
terlalu lama di dalam bilik air....
trus meniti usia...
Ada saat suka dan duka...
time suka semua benda nk boleh dikongsi
ketika marah menguasai diri,
habis semua benda rasa nk baling....
namun, proses belajar dan pengalaman inilah membuatkan
aku semakin mengerti apakah erti kehidupan sebanarnya....
disebabkan itu, aku terlalu merindui saat-saat kembali bersama
biarpun besar kemungkinannya mustahil
kerana kami semua sudah semakin dewasa...
TERIMA KASIH
along, angoh, yan yan, yiyie, ct, aje serta apih
utk pengalaman manis itu..
Biarkan ia terus tersimpan rapi dalam lipatan memoriku...=)

Sunday, August 29, 2010

terlalu banyak...

SBE terakhir telah tiba jua akhirnya...
kini di SK Badak, Bachok...'
hendak diringkaskan cerita,
dalam persediaan diri ini utk berhadapan dengan praktikum
sebulan di semester depan di ibu kota
dan berhadapan dengan murid-murid
yang majoritinya anak org berada,
Terlalu banyak yang perlu aku akui kelemahan
yang perlu diperbaiki...=(

Friday, August 20, 2010

tabahkan hati...=)


tadarus selepas terawih


kerjasama para pensyarah yg utuh...


kegembiraan sebelum berbuka puasa


iftar jama'i





kian meningkat dewasa......



assalamualaikum w.b.r...
cuaca redup2 di hujung minggu membuatkan hati
terasa sngat gembira dan tenang di bilikku
yg agak kemas setelah disapu dan dikemaskan
oleh aku bersama rakan sebilik, paje.....
ramadhan memasuki hari ke -11 pada hari ini...
hati ini tdak dapat menipu lagi bhwa diri ini
sangat merindui utk pulang ke kampung halaman
untuk bersama-sama dengan ibu ayahku, serta
adik-adikku utk berpuasa di rumah....

Ramadhan tahun 2010 M dan 1431 H...apa kelainannya?
tahun ini aktiviti memasak di Surau Asy-Syakirin di maktabku
berjalan lagi...tetapi mungkin tahun ini ada sedikit kelainan.
di mana tahun ni ak dan sahabat2 batchku mula menjadi runner utama
utk membeli barang2 mentah...
PENAT?!conpem2 lah YA!
tapi paling seronok bila dapat berbuka puasa, berterawikh dan bermoreh
beramai-ramai....
so, penat tadi sedikit sebanyak telah terhilang dengan sendirinya...

dan di kala kepenatan itu aku mengimbau
kembali kenangan 14 tahun yang silam...
di kala aku mungkin baru berusia 6 tahun...
hati melonjak gembira bila tiba sahaja bulan puasa..
sebab aku tahu boleh main bunga api
setiap malam juga ayahku akan membawa aku bersama
abangku(along dan angoh) ke surau utk berterawikh...
surau tersebut berdekatan dengan rumah moyangku....
tiap2 kali aku akan terus bersemangat utk berterawikh...
dan ada juga aku mengeluh lantaran panjangnya terawikh
itu sendiri....
dan ada sekiranya terlalu penat
aku akan merangkak ke saf hadapan
duduk di sebelah ayaku dan terus bertanya,
'pa, ada berapa rakaat lagi?'
tersenyum jemaah yang berada di sebelah ayahku
dengan soalan aku itu...
ayahku juga memberi kebenaran utk berehat seketika
utk meneruskan rakaat terwaikh seterusnya...

tersedar aku dari lamunan itu menyebabkan aku
rasa beruntung kerana pernah melalui zaman ini suatu ketika dahulu...
terima kasih buat ayah dan ibuku
kini diri ini sudah menjadi seorang dewasa
memungkinkan aku utk terus sabar dan tabah
melakukan apa jua amanah dan tanggungjawab....
insyaAllah moga2 Allah terus membimbing diri ini
utk terus menjadi seorang hamba yang baik...=)

Friday, August 13, 2010

Mampukan Guru Dibina?


dikir barat MAth and Sns...


shah rukh khan....





terima kasih buat penduduk banghuris masakkan nasi ambeng!



keseriusan wak ngadiman utk terus hidup...

sebelum bertolak ke rumah keluarga angkat...


kami budak baru bersunat....


bersama pelajar Jepun....


masa depan yang penuh tanda tanya....



Taman Buloh Banghuris Homestay....

Selesai sudah BIG 4 yang menyebabkan aku berkampung
di Banghuris Homestay selama 3 hari 2 malam....
dilantik menjadi AJK Kerohanian utk BIG kali ni...
alhadulillah semua berjalan lancar
tapi utk part tazkirah ni aku sngat fail..heheh
berdebar la rasa hati masa nk bercakap kat depan...
tapi tdak menagapa...sedikit demi sedikit...
satu lagi kegagalan adalah tidak menganjurkan Qiamullail...
Disebabkan hari pertama hujan terlalu lebat, Qiamullail tdak dapat dilaksanakan..
apabila tiba amlam kedua, Penasihat BIG, Pn JUmiah meminta utk diadakan Qiamullail
namun 'Ustz Didiey' sedap melayan mimpinya sehingga pukul 6 pagi...:D
BIG kali ni sangat menyeronokkan
biarpun aku terpaksa berhadapan masalah air....
moga2 terus tersimpan di lipatan memori kita semua..(ayat from 3).hi3

10 malam pertama- rahmat...

alhamdulillah....selesai menunaikan solat subuh dan tertarik
dengan sesi tazkirah subuh pagi.
Dalam tazkirah itu mengatakan bahawa bulan Ramadhan ini adalah
suatu bulan yang sangat mulia di mana ia merupakan
bulan kesabaran dan bulan simpati.....
setiap kesusahan yg kita hadapi seharusnya
dihadapi dengan hati yang sabar....
kerana di sebalik susahnya sabar itu Allah
telah sediakan suatu ganjaran yg tiada bandingan dengan isi
dunia ini...
manakala, simpati pula juga merupakan
suatu sikap yg perlu ada pada diri kita selaku hamba Allah ini..
semua yang kita miliki (pakaian, komputer, motor, elaun) adalah
milik Allah..dan jika diri ini terus memikirkan
mengapa kita( aku) terus mendabik dada dengan apa yang dimiliki?

sama-sama kita renungkan...selamat meneruskan ibadah puasa. especially
utk 3 orang adikku yg berada di rumah( cik siti, azam, hafiz)..:D

Wednesday, August 11, 2010

Terima Kasih Tuhanku....

setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkann ke hadratMu ya AAllah kerna
mengurniakan aku umur yang panjang untuk bertemu Ramadhan pada kali ini....
agak kekalutan utk tahun ni...
tapi terus mengharapkan moga2 Allah memudahkan usaha kita
selagi mana tdak melanggar syariat Allah S.W.T...
alhamdulillah juga tahun ni aku ditakdirkan sempat
berpuasa 2 minggu di rumah
biarpun tdak lagi dapat bersama2 secara lengkap adik-beradikku,
namun sekurang-kurangnya kenangan itu berputik kembali setelah hampir 3 tahun ditinggalkan...
Sekian....
selamat berpuasa kepada ibu dan ayahku,
adik-beradikku, datuk dan nenekku, sahabat2 sekalian..rebutlah peluang ramadhan pada kali ini sebaik mungkin kerna belum tentu kita berkesempatan untuk hdup di bulan ramadhan 2011...insyaAllah=)