Pages

Saturday, July 27, 2013

Cikgu Juga Akhirnya....

Assalamualaikum w.b.r. Kiranya sungguh lama saya tidak mengupdate penulisan di blog saya yang sudah dihasilkan kira-kira 4 tahun yang lalu ini. Segala puji bagi Allah pada yang tidak terhingga yang memungkinkan saya berada di Sarawak pada ketika ini dan sudah bergelar seorang guru yang sah setelah melaporkan diri di sekolah pada  8 JULAI 2013 (ISNIN) di SK Nanga Meluan , Kapit, Sarawak.

Penyesuaian diri, cabaran dan keperitan?Ya, banyak yang ingin kongsikan bersama hamba Allah yang terbuka dan terbaca blog saya yang sungguh tidak aktif ini. Namun, ini baru di peringkat permulaan aku disahkan dalam penjawat awam ini. Harapnya dipermudahkan Allah dan tidak sewenang-wenangnya terlepas kelas kerana kita dibayar dengan gaji setiap minit kita diamanahkan untuk berada dalam kelas.

Doakan Cikgu Taqiyuddin tenang dan gembira di SK Nanga Meluan , KApit ini...P3 katakan..Huh, tapi yakinlah dengan suatu bisikan kasih daripada Sang Pencipta apabila hamba2 Allah bertanya di manakah Aku, katakanlah kepada mereka aku tersangat dekat, itu pesan Allah...=)