Tuesday, December 28, 2010
Success itu Sukar...=)
ialah aku diamanahkan untuk membawa dua orang adikku serta
seorang sepupuku untuk proses pendaftaran memandangkan
cuti sekolah tinggal tiga hari sahaja lagi.....
Adikku, Azamuddin diturunkan kelas disebabkan
keputusan peperiksaan yang agak mengecewakan.....
Sebagai abang, aku mengharapkan kejayaan yang
akan diperolehinya....Jadi, aku menasihati adikku
supaya jangan main2 dalam kelas, kurangkan games di PC....
InsyaAllah...aku berkeyakinan adikku akan
kembali cemerlang...=)insyaAllah.....
Hafiz memasuki tahun kedua....Darjah 2...
Aku pimpin tangannya dikhuatiri terjatuh
ketika hujan sedang lbat
Sering saja memberitahuku nama2 cikgu-cikgunya...
Bila aku menyapa cikguku itu, kelihatan pelik benar mukanya....
Mungkin tertanya-tanya bagaimana aku
boleh mengenali guru-gurunya itu.....
Terus aku menjelaskan, guru-guru Hafiz hari ni
adalah guru-guru Abe Chik(aku) sejak 14 tahun yang lalu.....
Dalam hatiku berbisik, 'Moga-moga Allah terus
menjaga permata-permata ilmu itu'
Aku menyayangi guru-guruku......
Tuesday, December 21, 2010
Petikan hadis yang aku petik daripada HALUAN Kelantan....
Terbaca hadis setelah menikmati sarapan pagi bersama abangku
di kedai mamak..hehhe
Suatu hadis peringatan daripada Baginda S.A.W tentang
bagaimana cara untuk kita selaku hamba Allah dan umat
Baginda S.A.W melalui kehidupan di dunia pada hari ini.....
Disampaikan dan diberitahu kepada kita tentang janganlah kita
terlalu menjadikan dunia ini sebagai destinasi terakhir kehidupan kita
Pada masa yang sama jangan sekali2 kita abaikan dunia ini....
Kerana melalui perantaraan dunia inilah kita mungkin
merasai manis dan indahnya nikmat syurga Allah S.W.T kelak
biarpun aku yakin dan percaya
sekiranya kita dapat memasukinya hanyalah berbekalkan
rahmat Allah yang paling utama...
Jadikanlah dunia ini sebagai suatu perantaraan yang sangat
berharga yang telah dikurniakan oleh Allah ....
Sebagaimana yang aku selalu dengar peringatan
yang diberikan sebelum ini,
besarnya penghargaan yang Allah berikan kepada kita
sehingga Dia memilih kita untuk menjadi manusia
di antara jutaan 'bakal-bakal manusia' yang lain....
Jangan hapuskan terus nafsu atau kehendak kita
sebaliknya bendung dan kawal lah ia sebaik mungkin
kerana kita sememangnya manusia yang diciptakan
sebagai makhluk yang bernafsu......=)
Itulah manusia yang banyak menerima bantahan
di saat ia hendak diciptakan Allah sebaliknya Allah berfirman
'Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui'.....
TQ ALLAH=)
Saturday, December 18, 2010
Kubuka Kembali
Situasi sejuk-sejuk walaupun hari
sudah menjangkau tengah hari pada Hari Ahad ini....
Hujan kembali riang mencurah di bumi Allah
sejak dua tiga hari yang lalu menyebabkan
kerja-kerja memesin rumput perlu dihentikan buat seketika.....
Hendak diceritakan pengalaman yang akan selalui
aku rindui sepanjang dua hari berada di Chiku,
di mana terletaknya dusun kelapa sawit ayahku....
Sudah dua tahun diusahakannya dan dengan izin Allah
mungkin tahun ketiga ini bakal memberikan
yang datang daripada keizinanan Allah....
Teringat aku ketika waktu di mana zaman keriangan
kanak-kanak dan zaman sekolah kerap kali juga ayaku
membawa aku serta adik-beradikku yang lain untuk pergi
ke dusun ayaku itu nun jauh di Chiku 6, Gua Musang
tetapi 10 tahun yang silam ia ditanam dengan dukung,
rambutan, durian serta beberapa jenis pokok buahan lagi....
Tetapi ketika saat itu, peratusan gembira
ke dusun ayaku kadang-kadang sedikit terganggu ....
Mana tidaknya, selalu digigit nyamuk dan kerengga
kalau menebas semak-samun di sekitar dusun ayahku itu.....
Tapi waktu makan adalah sangat seronok.... dua tiga kali aku menambahkan nasikku disebabkan terlalu lapar....=)
kicap, ulam, telur mata dan budu pun dah jadi macam
tom yam, ayam pedas ngan nasi ayam....
Juga teringat kembali saat-saat di mana bermain pelita,
ubat nyamuk di sebuah rumah yang usang dalam
dusun yang terletak dalam Kampung Kenangan....
Kenangan-kenangan itu aku hamparkan kembali
setelah sekian lama terlipat kemas...=)
Syukur dikurniakan kesempatan selama sehari
bersama adik-beradikku membaja anak2 sawit yang
sedang mencapai usia remaja ....
tersengih gembira kami melihat ada antara pokok2
yang sudah mengeluarkan buahnya.... tetapi ada
sahaja lembu yang ingin mencari makanannya di
dalam kebun sawit ayahku itu....
Nak buat macam mana? lembu tu pun bukan tahu
atau paham kalau diberitahu tak boleh makan anak2 sawit tersebut....
Apapaun, aku telah melalui pengalaman yang manis yang sangat penat..500 kg baja dihabiskan ditaburkan di sekitar anak2 sawit tersebut..... Terima kasih untuk ayahku yang membawaku merasai pengalaman ini... Moga Allah memberkati usaha kami..insyaAllah..=)
Monday, December 13, 2010


Hargai majlis ilmu selagi mana termampu....
Jangan disia-siakan umur muda kita....
moga2 Allah terus menganugerahkan hati yang lembut
kepada kita semua untuk sama-sama
berada di dalam setiap majlis ilmu....
Semakin lama kita tidak menyertai majlis barakah ini,
hati semakin keras dan semakin mmerasakan setiap
teguran orang adalah suatu perlian tanpa
kita sendiri sedar kita sedang di jalan yang salah......
Sentiasa ingatkan diri kita( diri penulis) dan
jangan sesekali tinggalkan saudara seislam kita nasihatlah...
dengan penuh ikhlas dan berhemah....
Terima kasih sahabat atas peringatanmu.....
grrggghhh...wassup..SOHOK here! check it out!saya adik Mail..=)
salam ta'ruf..saya Mail...
Selamat datang.....=)
Pagi sudah menjengah tiba memasuki
14 Disember 2010.... 17 Nov-14 Disember 2010
Sedar xsedar sudah hampir sebulan aku bercuti di teratakku di desa terchenta ini.....
ada pengisian masa walaupon banyak tidur....
pagi bangun kalau xsambung tidur aku pi bli nasi berlauk,
kemudian memesin rumput,bagi lembu makan dan membakar sampah....
PETANG TIDUR! heheh.....
kemudian malam di kedai
di tepi pantai( Kedai We Pa) bersama saing2 sayerrrrr!.....
balik tengok FB, pastu terus tidur....
begitulah rutin harian saya.....
Adikku , Amiri sudah selesai mendududki SPM... yeaaahhh....!!
BELIAU akan mengetuai tugasan
membasuh pinggan dan menjemur kain...
maklumlah seorang sahaja PUTERI yang SIHAT
dalam kalangan adik beradikku ini.
s0, xleh nak harapkan yang seorang itu sahaja...
RASAKAN !
setelah lama diberi pengecualian....hahha
Hari ini aku mendapat seorang binatang peliharaan baru....
NAma? xditentukan lagi.....
moga2 dia bakal menceriakan lembu
yang sedia ada Mail dan Sohok.....
Selamat berkongsi makanan
dalam memakan rumput dan junkfood( dedok) .....
Friday, December 10, 2010
Bukan di situ penghujungnya.....
Tiba2 langit sangat gelap dan hujun turun dengan lebatnya pada petangnya
makan tengah hari di rumah nenekku
berlaukkan budu, ikan krisi goreng, namun cukup berselera....
memungkinkan niat untuk berdiet sedikit terganggu.....
Hati cuba bermuhasabah diri buat seketika....
Tidak perlu dikhabarkan ke mana destinasi yang dituju
pada pagi tadi....terus tersimpan dalam lipatan memori
seorang hamba Allah
InsyaAllah, biarkanlah aku sahaja yang memahaminya....
Kupohon moga2 Allah tidak mengujiku serta adik-beradikku
dengan ujian sebesar itu.....
Tanpa dipaksa butiran jernih itu gugur tanpa dipinta...
Irhamna ya Allah...=)
Sunday, December 5, 2010
Kita bukan Buih...=)
Alhamdulillah menjangkaui setahun lagi umurku pada tahun ini....
Sentiasa aku inginkan penambahbaikan dari segi ilmu yang
terlalu sedikit, sikap yang terumbang-ambing biarpun prosesnya
berjalan dengan sangat perlahan
ke hadapan ke belakang dan kadang2 tidak berganjak....
Setahun ini rasanya dapat dilalui dengan tenang
dengan terlampau banyak kurniakan rezeki yang dikrniakanNya...=)
Dan selaku manusia yang dicopkan sebagai hamba kepada Allah
yang Maha Pengasih, Aku juga tidak dapat lari daripada musibah
atau lebih sopan selaku hamba dipanggil ujian.....
Namun, rasanya tidaklah sebesar mana jika dibandingkan
dengan saudara2 seislamku yang lain especially di Tanah Banjiran Darah Gaza,
Bumi Bergolak Kashmir, dan Kekontangan bumi Afghanistan.....
Situasi di Pejabat Tanah Daerah Bachok pagi ini.....
Sekadar peringatan untuk diri sendiri
Seorang ibu( diyakini Islam) dengan gaya pemakaian yang haram di
sisi Islam( takpayah diulas di sini),mendedahkan
rambut yang setiap uratnya menjanjikan besi yang sangat panas
di akhirat kelak
sekiranya didedahkan kepada bukan muhrim
berambut perang( xpasti dai ataupun inai)
berada di atas tangga
Pejabat Tanah Daerah Bachok....
Di tepinya pula anak kecil lelaki dalam lingkungan
4 atau 5 tahun sudah diwarnakan rambutnya dan diletakkan
rantai leher yang agak besar....
Dalam hati aku berbisik, 'Kesiannya budak ini'......
Dikurniakan olehNya dengan sangat bersih ibarat kain putih
tetapi baru sekejp dipinjamkan Allah
sudah diconteng, direnyuk, dan akhirnya kain itu pasti terkoyak
diterbangkan angin ke mana tujunya aku pun tidak mahu
meramalkannya......
Saudaraku, kukuhkan dan pertahankan Islam yang diperjuangkan
dengan pengorbanan Jiwa, Harta, Keluarga oleh
Kekasih Allah, Muhammad s.a.w.
Yakinlah pada setiap pengorbanan kita
melawan kemungkaran menjanjikan suatu kejayaan
kepada umat yang pernah menguasai 2/3 dunia suatu ketika dahulu....
Jangan jadikan diri kita buih yang terlalu banyak di laut
tetapi mudah pecah apabila dihempas ombak....
TAKBIR!!!!
kusingkap kembali=)
Selamat belajar...!
Second Generation...=)
6 hb Disember 2011.....
Sehari lagi akan melangkah ke tahun baru 1432 H /1 Muharam...
(boleh make sira la bule ni)
Merasakan hari ini pantas berlalu dengan hujan
rahmat daripada Ilahi tidak jemu untuk turun
di desa tercintaku ini.....
Kelmarin, melalui jalan raya tidak kurang daripada
370 km ke Kuala Berang di mana seorang adikku berjuang untuk
menghabiskan SPM di sana......insyaAllah, masih berbaki 2 paper....
Seronok keluar makan bersama adikku di pekan K.Berang kat
Restoran Safar
nasi ayam yang sangat
sedap ditambah dengan kelaparan dan kesejukan di musim
hujan ini....memungkinkan aku
untuk memesan nasi tambah kat MakCik di
Manakala, hari ini, aku meneruskan jadual xtvt di dalam
cuti ini dengan ke rumah Cikgu Ghani, untuk suatu
program pada tahun hadapan iaitu Pementasan Wayang Kulit
di IPG Kampus Teknik....Tetapi perginya kali ini hanyalah untuk
melepaskan kerinduan belajar alat2 muzik wayang
kulit tersebut 2 tahun yang lalu....bukan lagi turut
sama mempelajari alat2 wayang kulit tersebut...
Dengan jumlah peserta lebih kurang 14 orang,
teringat dulu aku pernah berkampung di rumah cikguku
itu selama 7 hari 6 malam untuk menuntut itu......
suatu kenangan yang cukup indah!
Sekadar itu sahaja....
Tuesday, November 30, 2010
Ma....Sakit Ma....
test degupan jantung!ternayata sangat laju...=)
Selepas dipotong oleh H.A!
Emosi Aje yang tidak stabil walaupun dibelanja KFC!haha
Ayahku yang sentiasa ada....=)

Apih sejuk, tidak senang duduk, dan TAKOooOOOT!!
Ceria-ceria pagi di pagi ini.....=D
Semalam diri hamba tertidur awal memandangkan
seharian berada di Kota Bharu bersama rakan semaktab,
Nik, Hanif, Kak We , Syamimi
dan juga penat melalui pengalaman bersama dua orang adikku
yang berkhatan/ berjawi/bersunat pada petang kelmarin....
Azamuddin dan Hafizuddin....
Cuaca : Hujan....=)
Daripada pagi, aku memerhatikan tingkah laku dua orang
adikku kesayanganku itu, jelas seluruh anggota fizikal menunjukkan
mereka sangat takut untuk menghadapi petang itu.....
jalan terbongkok-bongkok, kadang2 termenung sendiri,
kartun sudah tidak lagi menarik perhatian mereka....
PC di rumahku senyap tanpa sebarang bunyi games....
'mungkinkah ini suatu pengakhiran kepada zaman kanak-kanak kita
dan hari ini MaskRider dan Ben10 tak lagi mampu
menyelamatkan kita' ,
keluh kedua-dua mereka.
kedua-duanya tampak rimas.....
Situasi di Klinik Kesihatan
Beris Kubor Besar.....
Ketiga-tiga 'tertuduh' dihadapkan ke muka pengadilan....
mengikut giliran, pertama- Azam, kedua- Pahmi(sepupuku)
ketiga- Hafiz....Muka Azam semakin berubah.....;)
Bermulalah suatu acara persunatan...
MASYAALLAH.....
Tema teriakannya, ' Ma, sakit Ma' mempunyai tahap kelajuan
( 20 km/j...)
Seleps itu kelajuan teriakan itu mampu mencecah
350 km/j...
dan kelansingan bunyinya sangatlah tinggi sehingga
membuatkan tertuduh seterusnya menelan air liur
dan menyebabkan
adikku yang bongsu terketar-ketar
dalam riak muka yang sangat ketakutan...
Akhirnya, suasana pergelutan dapat diredakan dengan
membenarkan ayahku untuk masuk bersama.....
namun, sesekali teriakan Azam kelaur juga
especially ketika proses jahitan dibuat
Seterusnya , sepupuku dapat dilaksanakan dengan mudah
tanpa sebarang bunyi yang lansing dihasilkan....
Keluar dengan senyuman yang melebar=)
Tiba giliran adikku yang bongsu, Hafiz,
Kain kuning semangat sudah siap membaluti tubuhnya,
Kopiah di kepala melambangkan tingginya keinginan
untuk menghadapi dugaan ini....
Rekod keluarga kita bakal dipecahkan hari ini....
Dalam keluargaku, aku adalah adik beradik yang
paling awal bersunat
iaitu ketika Darjah 2 13 tahun yang lalu....
Sementara itu, Hafiz baru berada di Darjah 1.
Tanpa diundang, aku sendiri berasa agak gusar
apabila tiba giliran adikku ini.....
Ayahku dibenarkan untuk berada di dalam....
dari luar cermin aku intainya.....
Suaranya tangisan dan jeritan juga terhasil tetapi
biasa-biasa sahaja.....
Selepas 35 minit, adikku keluar dengan sedikit esakan
dan senyuman di bibirnya.....=)
Alhamdulillah, semua ketujuh-tujuh
adik- beradikku
yang lelaki telah melepasi ujian yang pertama....
Next TEST....kita tunggu dan lihat...=)
Tuesday, November 23, 2010
Rupanya terlalu banyak.....

Masa kecik-kecik=)
Selesai solat magrib semalam, ayahku meminta adik-
beradikku duduk di hadapannya membentuk separa
bulatan... Dalam hati aku pasti ada amanat yang ingin
disampaikannya.....Sekiranya diimbas kembali, kebiasaan
nasihat, teguran serta amanat yang ingin diperkatakan
oleh ayahku akan disampaikan setelah selesai solat magrib....
Satu persatu nasihat diberikan daripada adik-adikku yang kecil
Azam dan Hafiz sehinggalah kepadaku, Che Yan(adikku)
serta Along( abang sulungku)...
"Long, Cik, Yan, sudah meniti usia nk memasuki alam dewasa...
Jadi kenalah belajar banyak perkara tambah-tambah lagi
orang lelaki yang akan memimpin sebuah keluarga kelak...."
Aku faham sangat dengan maksudnya.... Ayahku berpesan supaya
Jangan sia-siakan waktu yang ada sekarang ini dengan membiarkan masa berlalu
begitu sahaja tanpa ada pertambahan ilmu dalam diri kita.....
Kata-katanya itu membuatkan aku termenung dan tersenyum...
Daripada 24 jam dalam sehari, rasanya tidak sampai 30 minit pun setiap hari
aku melayari laman web ilmiah yang boleh menambahkan ilmuku yang
secebis ini....Tahlil, Solat Jenazah, semuanya belum dikuasai....
sedangkan semua itu sangat perlu untuk dikuasai
sedikit penyesalan wujud ketika itu....rupanya terlalu banyak
yang belum aku ketahui....
InsyaAllah akan diusahakan yang terbaik....Terima kasih buat ayahku...
aku akan selalu merindui naihat dan pesanannya itu....
Tepat pukul 11.15 tadi aku pergi ke stesen
bas Machang untuk mengambil beg
laptopku yg teringgal ketika pulang
ke kampung utk merayakan aidiladha...
Setelah seminggu dalam kegusaran dan
kegelisahn yang teramat sangat,
akhirnya dapat jua laptopku itu....
ia diselamatkan oleh Abang Heilmi yang sangat baik hati
tapi susah nak jawab call and balas mesej....
apapun, Segala Puji bagi Allah.
Moga Allah menjauhkan diriku
daripada sikap cuai dlu, kini dan selamanya..
Laptopku itu dihadiahkan oleh abangku( Angoh)
setelah aku kehilangan
laptopku yang pertama Jun 2008....
=(
Saturday, November 20, 2010
slow2 doh weyh...:D

Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.
salam perjuangan......
Warisan Pahlawan, kuala berang....=)
kecewa selepas tidak dibenarkan masuk ke dalam
Sekayu....
20 November 2011.....
Alhamdulillah, sudah tiba di rumah tumpangan Warisan Pahlawan
di Kuala Berang....suatu tempat persimpangan yang cukup menenangkan
hati manusia yang kalut seperti diriku ini.....;D
(nanti akan aku upload gambar)
Selamat meneruskan perjuangan untuk adikku di sini
tinggal 2 hari sahaja lagi untuk menghadapi SPM...
Uih2, kalau nk cerita pengalaman peperiksaan ini
banyak boleh diceritakan.....
SAKIT PERUT xyah cite la.....
seingat aku masa SPM akan kubawa sebotol air besar ke dalam dwan
peperiksaan beserta kain pengelap muka di sebabkan berpeluh.....
sampai ke sekarang aku terbawa-bawa ngan tabiat tuh.....
okeyh, ingin menghantar adikku check-in di sekolahnya......
ZZZzzzzooommmmmm
Friday, November 12, 2010
Salam perpisahan sahabatku....
selamat menjadi cikgu yang baik!
Abang Wan( semoga dikurniakan bakal isteri yang solehah.Hi3)
Faruz( Kagum dengan ilmu tajwid dan lagu bacaan Al-Qurannya)
abang Aiman ( teman seperjuangan nasyid 2009)
Abang Fakri; mantan pengerusi kelab 2008....
( kagum dengan kata-kata nasihatnya)
Situasi di awal pagi membuatkan aku tidak tahu
ingin ke mana....jam menunjukkan pukul 6.15 pagi....
Nak ke Faroq roti canai pun masih belum buka...;D
Termenung memikirkan 6 bulan aku di semester
4 pengajian aku di sini.....Alhamdulillah, sudah pun
3 tahun setengah aku di sini......
Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya....
Tahun 2010 merupakan penghabisan kepada seniorku
di semester 8 di institut ini.....tidak semua seniorku itu aku
akrab rasanya....namun, ada juga yang terlalu rapat....
Especially sahabat seperjuangan dalam Kelab Asy-Syakirin...
Bermula daripada mula-mula mendaftarkan diri di IPG ini,
aku tidak sunyi daripada mendapatkan pandangan dan
menerima nasihat mereka dalam pelbagai perkara.....
Sama-sama bekerja keras menjayakan setiap aktiviti....
seperti Kem Pengenalan Tarbiah Islam, Program Berbuka Puasa....
Rutin inilah menyebabkan aku terasa sangat kehilangan
apabila senior-seniorku ini sudah tiada di IPG ini
pada tahun hadapan....
Moga2 Allah akan mengurniakan pengganti kepada insan-insan yang
aku hormati ini....moga perjuangan dakwah ini tidak disulitkan kerjanya...
Ya Allah, jadikanlah mereka ini sebagai seorang guru yang
akan mengajar mengikut cara yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w dan cara yang diredhai Allah....
Selamat Berjuang....=)
Wednesday, November 10, 2010
Monday, November 8, 2010
Di saat kesukaran....
Jadikan setiap ilmu yang dipelajari olehku diberkatiMu
dan diberkati oleh insan-insan yang mencurahkan ilmu mereka kepadaku
supaya kami dapat mengingati setiap apa yang telah dipelajari......
KepadaMu sahajalah hambaMu mendoakan kejayaan diri yang berdosa ini...."
Situasi tertekan setelah menjawab kertas Planning And Teaching Mathematics
disebabkan aku tidak mampu mengeluarkan apa yang telah dibaca....
Sssshhhh...tenangkan diri menghadapi paper BASIC CALCULUS
yang dikhabarkan the most DIFFICULT paper in degree session....
Kurniakanlah kekuatan ya Allah...=)
Friday, November 5, 2010
Selamat Bergraduasi
Sudah larut malam kiranya malam ini....
Rasa sudah mengantuk untuk membelek
nota-notaku sebagai guru pelatih...
Planning and Teaching Maths, Basic Calculus
Sebenarnya, hati agak kegusaran dalam musim
exam sebegini...nk tdo, dah banyak sangat tido...
bla study, rasa xmasuk...
tidak mengapa, usahakan sekadar termampu didiey!
Esok hari graduasi adikku, YieYie di MRSM Kuala Berang....
AYah dan ibuku berkampung di K. Berang selama dua hari
bersama adik-beradikku yang lain..tibe2 je rasa ingin berada di sana]
juga...Tahniah Yie kerana sudah hampir menghabiskan pengajian di sana
SPM is just around the corner!selaku abang yg bervisi tinggi, (heheh)
aku akan terus mendoakan kejayaan adikku menempuh SPM...
K, Selamat Malam....Beralih ke Hari Sabtu..
3 days more
Wednesday, November 3, 2010
Kembali ceria....
Salam pilihan raya Galas.....(nada bersemangat!)
ya Allah, tegakkanlah pemimpin yang akan memperjuangkan agamaMU
dan menjaga kebajikan hamba-hambaMu
Tiada idea untuk aku menulis sebenarnya...
Cuma terasa juga ingin menulis bagi memastikan blog ku
ini tidak menjadi usang.
Setelah merasai demam, seminggu pada minggu lepas,
aku merasakan bahawa hidup ini sangat berharga
setelah sembuh drpd demam...
Se
Demam kali ini, betul2 banyak memberikan suatu 'keinsafan' dalam
diriku....;D
Walaupun kita mahu untuk melakukan sesuatu, ia tidak dapat dilaksanakan
setelah Allah tarik seketika ujianNya itu.....
Namun, semuanya ada milikNya....
Terima kasih , buat ibu dan ayahku, adik-beradikkku yang
sentiasa meNELEPON
untuk bertanya khabar....berdoa...
memberikan kata-kata semangat untuk
aku cepat sembuh daripada demam...
Akhirnya berkat doa semua sembuh juga
Terima kasih!! buat semua sahabat-sahabat
yang menjaga diri ini ketika demam...
Paje, Nik, Wan, Mat Anih, Mat Nor, Naqib, Salahuddin, Ikhwan....
Blikan nasi, belikan ubat, belikan hundred plus,
masakkan sup ketam....
Terima kasih untuk sahabat yang datang menjenguk
Din, Arif, Macha, Zaki serta mendoakan kesihatan
Terima kasih berjuta-juta buat rakan-rakan sekelas....
Kakwe Mereng, Ezati Sengal, Fani Gemok, Faz-Cob...
ada suatu malam tuh,
laju aku bangun daripada tidur tahu bdak2 xtentu hala ni nak
jenguk aku ikot jendela bilik aku...heheh
aishhh, menganggu privacy btol!hahahha
Tidak dilupakana terima kasih kepada sahabat seperjuangan
Asy-Syakirin.....=)
Terima kasih untuk semua!
Terima kasih untuk semua...Sama-sama
kita doakan agar Allah mengurniakan kesihatan
yang baik kepada kita sepanjang masa...(especially musim2 exam ni)
Assalamualaikum..=)
Monday, October 25, 2010
Akan kubangkit kembali....
ujian Allah untuk diriku seminggu dua ini....
minggu lepas di kala ingin menunjukkan hero di
hadapan rakan-rakanku menangkap abang pencuri,
terjelepok jatuh menyebabkan kakiku bengkak, terseliuh dan bertukar
seperti saiz kaki seekor gajah...
terkinja -kinja aku kalu nk jalan....
2 hari lepas, ditimpa demam pula...
faktanya, ini merupakan demam yang paling teruk
setakat yang aku ingat selepas form 4 lima tahun lepas....
mana tidaknya, dikala aku duk baring atas katil tue pon , aku merasakan katilku
terbang menghala ke kipas
dan rasa bilikku berpusing-pusing...
huuuuhhhhhh, perit2.....
tapi ari ni alhamdulillah..semua semakin pulih
sakit sendi dah semakin baik dan yang paling menggembirakan
peningng kepala dah 80 % hilang...
alhamdulillah.....
kepada ibu dan yahku, xperlu terlalu bimbang
akan kesihatan diriku
dan agak mengejutkan diriku
bila ibuku mahu membeli tiket datang ke Kuala Lumpur...
teruskan berdoa untuk kesihatan anakmu....
k..semuanya kan baik2 aje.....=)~~~
Thursday, October 21, 2010
hati riang gembira....
kembali ke kempung halaman....
setelah 3 hari 2malam di perkampungan Pulau Suri....
dan sebulan lebih di KL...
Komitmen pun ada hadnya....
ada kala aku memerlukan masa untuk banyak bersendirian
memikirkan adakah aku di landasan yang betul atau sudah jauh
tersasar dari laluan sebenar...
insyaAllah Allah bersama hambaNya yang sentiasa
berdoa dan memohon ampun kepadaNya...
selamat malam.....=)
Friday, October 1, 2010
Bukan Kelemahan...

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, Sebab ibu adalah perempuan, nak. Saya tak mengerti ibu, kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kau memang tak akan mengerti…
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. Ayah, mengapa ibu menangis? Ibumu
menangis tanpa sebab yang jelas, sang ayah menjawab. Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya ia
merasa seolah mendengar jawapannya:
Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.
Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.
Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan....
