Pages

Saturday, August 27, 2011

Senja ramadhan














Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.... Seorang anak tiba di kampung halaman dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lantas terus kerana terlalu gembira memeluk kedua ibu bapanya .....Kiranya sudah sebulan lebih kaki ini tidak menjejakkan kaki di rumah tercinta.

Kesyukuran yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata setelah berjaya mengakhiri
iftar jamaie( berbuka puasa secara beramai-ramai )dengan bantuan yang tidak berbelah bahagi daripada warden-warden, isteri warden dan para pensyarah. ;D....Namun, pengalaman yang diperoleh sepanjang bulan ramadhan 2011 ketika di IPG penuh kenangan....

9.00-11.45 pagi - basuh ayam atau daging atau ikan

12.50- 5.30 ptg - Pendidik
5.30- 7.30 ptg - membantu menyiapkan juadah berbuka puasa
8.30- 11.00- tarawih dan sesi berbual...=)

1.00--5.00 - Hibernate

Pada masa yang sama, pengalaman menguruskan sumber kewangan dalam kuantiti yang besar bukanlah suatu perkara yang mudah. Ketelitian dalam setiap pembelian yang dilaksanakan dan segala bil pembelian mesti disimpan dibuat jumlah perbelanjaan. Ramadhan kali ini menelan perbelanjaan tidak kurang daripada RM 20 000 biarpun dalam perkiraan wang yang dikumpul daripada pensyarah dan pelajar di peringkat awal hanyalah RM 12 000.Rezeki Allah di bulan penuh barakah ini rasanya....

Ramadhan kali ini hampir melabuhkan tirainya dan hanya berbaki 3 hari sahaja lagi.

Ya Allah, kurniakanlah kesempatan kepadaku untuk merasai ramadhan sehingga hari-hari terakhir dan pada tahun akan datang......
dan ampunkanlah segala dosa-dosa hambaMu ini andai Engkau takdirkan ramadhan ini adalah ramadhan yang terakhir bagiku...amin.....

Saturday, August 6, 2011

Renungan...

Hadith 5

Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”

(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603

Tuesday, July 26, 2011

Ramadahan kian hampir.....

Ramadhan kembali menjelma lagi,
Terubat rindu di hati ini,

Rinduku pada solat Sunat Terawih,
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".

Rinduku pada taddarus Al-Quran,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca
dan bertadarus Al-Qur'an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan
(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada
para malaikat"

Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rinduku pada segala-galanya di bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,
Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,
Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,
Moga bahagia sepanjang hayat.

BERBUAT IBADAH DENGAN PENUH PENGHAYATAN,
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN.

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, July 20, 2011

Mood praktikum

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....
Sedang menunggu untuk pergi ke SK Ampang , untuk mengajar di sesi petang....
Alhamdulillah, aku telah berulang alik ke sekolah selama hampir 3 minggu tanpa
sebarang ujian Allah...moga2 Allah menjaga diriku dan sahabat-sahabat yang lain yang
berulang-alik untuk pergi ke sekolah demi amanat untuk mendidik anak-anak murid....

Setelah hampir 3 minggu berada di sekolah, perasaan gembira berada di sekolah
terbit sedikit demi sedikit. Gaya guru-guru yang bersikap tenang berhadapan
dengan murid-muridnya yang bising dan boleh mengawal membuatkan diriku terasa masih banyak perkara yang perlu dipelajari daripada guru-guru yang sudah berpuluh-puluh tahun dalam arena pendidikan.

Apa yang menarik di sekolah praktikumku pada kali ini, adanya bilik muzik dan akan kedengaran bunyi keybaord, kerincing, seksafon dan decoder banyak lagi membuatkan hati ini tidak mudah berasa mengantuk kerana berada di sekolah pada sesi petang. Sering sahaja aku naik ke bilik muzik dan memerhatikan kegembiraan mereka memainkan alat-alat muzik yang boleh dikatakan agak lengkap sambil menyiapkan RPH yang panjang...=)

Semalam, ditawarkan tiket percuma oleh Cikgu Zaini ( anak murid ibuku hampir 20 tahun yang lalu) ke perlawanan Chelsea vs Malaysia pada malam ini. Dengan berat hati aku terpaksa menolak disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Huh....ruginya

Tetapi aku agak conpuse dengan keadaan yang dialam diriku disebabkan oleh pertanyaan beberapa orang guru kebelakangan ini. 'Muka ganazz, namanya cikgu didi', 'awak ke nama cikgu didi yang bdak2 kata garang tue?=)
Tersengih dan tidak tahu apakah jawapan balas yang perlu dijawab..Nak buat macam mana, memang aku dipanggil Didi daripada kecil lagi tanpa aku ketahui macam mana boleh terlekat nama tersebut pada diri aku ni..Muka ganas ni baru je terjadi 2, 3 tahun ni....hihihi

Apapaun, praktikum perlu dilalui dengan hati yang sentiasa bersedia. Nasihat guru senior kepadaku, apa yang penting ilmu yang disampaikan dapat diterima oleh murid dan bagaimana guru nk tackle murid-murid supaya boleh dikawal dan dapat menyampaikan ilmu kepada mereka.....InsyaAllah moga semuanya dipermudahkan....=)

Monday, July 18, 2011

Rindu terubat....

Ketenangan hati yang tak terhingga....
Mungkin setelah dapat makan durian yang enak di kampung tercinta....
Eh, ada sebab lain yang tak dapat diungkapkan dengan kata...
sedikit sebanyak terubat rindu yang bertapak di hati ini.....=)
Praktikum diteruskan dengan hati yang tenag dengan karenah m,urid yang cukup menghiburkan.....

Tuesday, July 5, 2011

Pening Lalat...


Bismillahirrahmanirrahim...... Agak kerisauan hatiku pada praktikum kali ini....Walaupun diri sendiri tidak mengetahui apa punca sebenarnya.Mungkin perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan sekolah baru dan situasi pengajaran pada waktu petang yang cukup mencabar dek kerana diriku sentiasa berhibernasi pada waktu petang....=) Mengajar 2 subjek untuk semester ini iaitu Matematik sebagai major dan Pendidikan Jasmani sebagai minor bagi diriku cukup mencabar...Kelmarin, ketika pulang dari sekolah , badan ini terasa tersangat penat sehinggakan terus terbaring walaupun hari sudah senja. Situasi yang memenatkan ini perlu aku lalui selama 2 bulan ini pastinya memerlukan suatu iltizam dan keyakinan yang tinggi untuk menghabiskan praktikum pada kali ini dengan sebaik mungkin.

Kepada sahabat-sahabatku yang sedang berpraktikum, teruskan praktikum dengan penuh semangat dan rasa tanggungjawab. Biarpun masih belum bergelar guru yang bertauliah, ingatlah segala ilmu yang disampaikan kepada anak-anak murid itu pasti ada saham yang menanti biarpun diri kita telah pergi menghadapnya....All da best my fren...!!!


“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Monday, July 4, 2011

PRAKTIKUM 2

Syukur alhamdulillah kepada Allah yang masih sudi memberikan keizinan kepada hambaNYA untuk menghirup kesegaran udara milikNYA serta selwat dan salam buat Nabi MUhammad, kekasih Allah yang akan sentiasa diingati dan dirindui...

Pagi tadi, telah mendaftarkan diri secara rasmi di SK Ampang, Kg Melayu, Selangor Darul Ehsan. Setiap kali praktikum, pasti diri ini akan sedikit gelisah dan gundah gulana mungkin disebabkan tekanan yang bakal dihadapi semasa musim praktikum. Majlis penyampaian hadiah untuk KOT sekolah tersebut telah dilaksanakan pada pagi tadi selama 2 jam setengah. Sebelum itu, aku mendapat berita yang kurang menyenangkan apabila dikhabarkan kena mengajar pada sesi petang. huhuhu......Namun, berbekalkan pengalaman sekolah petang selama setahun semasa ketika Form 1 di SMK Bachok , insyaAllah aku akan memanfaatkannya....Terima sesuatu yang dikhabarkan dengan hati yang terbuka biarpun dalam keberatan .InsyaAllah hikmah dan rahmat Allah akan mendampingi kita.....

Jadi, insyaAllah esok akan ke sekolah pada jam 12.00 tengah hari..Moga diriku dan sahabat-sahabat yang sedang berpraktikum dapat menjalani praktikum dengan hati yang tenang dan gembira , selamat dalam perjalanan pergi dan balik, dan niatkan hati mendidik anak-anak jmurid hanyalah kerana Allah S.W.T....

praktikum....

Sunday, June 26, 2011

Along.....=)

Sekali lagi berasa begitu gembira berada di aras tertinggi asramaku ini biarpun tubuhku berasa amat penat untuk naik turun tangga setiap hari.Namun, tiupan angin yang menyejukkan mata dan pemandangan malam yang cantik serta menenangkan menghapuskan semua itu....

Alhamdulillah, 27 Jun 2011 tiba juga hari ni. Suatu tarikh yang pasti tidak dilupakan
dalam diari hidupku iaitu ulang tahun kelahiran abang sulungku, Along yang selamat dilahirkan di Kuala Lipis pada 27 Jun 1986....

Sudah genap 25 tahun dilahirkan oleh ibuku dan alhamdulillah abang sulungku ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Jun 2011 yang lalu.
Ya Allah yang Maha Penyayang, kurniakanalah kebaikan, kebahagiaan, ketenangan kepada abangku ini, dan kurniakanlah ketabahan serta kesabaran kepadanya seandainya ditimpa sesuatu dugaan.InsyaAllah, jadi anak yang soleh dan suami yang mithali senantiasa....

Daripada adikmu, Didiey....=)

Sunday, June 19, 2011

Jawatan!

Berada di puncak asramaku bilik ( C-3- 19) membuatkan hati berasa sungguh girang dan tenang... Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana aku telah memasuki semester ke-6.
Kalau diperingkat sekolah menengah, tahun ini aku sudah masuk tahun kelima iaitu berada di Form 5 dan akan mengambil SPM....Sekejap sahaja masa berlalu.

Badan masih terasa lenguh kerana terpaksa mengangkat barang daripada aras 0 hingga ke aras 3 blok yang berlainan. Suatu pengajaran yang cukup berharga daripada ketua warden kolej kediaman IPGku ini. Tidak mengapalah kalau dengan cara itu dia nak tunjukkan besarnya pangkat dan jawatannya.....selaku yang berfikiran positif, kena sentiasa positif dengan orang yang kadang2 boleh berindak luar kewarasan ini....

Tidak mengapa. ...Orang kata di sebalik kesusahan pasti ada kesenangannya...InsyaAllah...teruskan hidup di aras 3 blok C ini dengan penuh gembira untuk menghabiskan dengan sebaik mungkin kehidupan di IPG yang masih berbaki setahun setengah...Doakan kejayaan diriku hamba yang kerdil ini....

Thursday, June 16, 2011

Ada Sebabnya....=)


Hampir tiba ke penghujungnya cuti pertengahan tahun tigaku dan bakal memasuki semester keenam. Terasa sangat cuti pada kali ini cepat sangat berlalu....
Mungkin kerana majlis pernikahan abang sulungku yang telah selesai dilaksanakan
pada minggu lepas.Alhamdulillah, Allah melancarkan perjalanan majlis tersebut....

Malam ini adalah malam jumaat. Setiap kali malam jumaat pasti akan diadakan bacaan Yasin
di rumahku bersama ibu dan ayahku serta adik beradik yang lain...
Biarpun rasa tidak lengkap tanpa Along dan Yie Yie, namun ia
tetap diteruskan. Agak sukar rasanya seandainya ingin melengkapkan semua adik-beradikku
berada di rumah.

Dalam alunan bacaan Yasin yang diketuai oleh Angah, tiba-tiba jauh fikiranku melayang
ke suatu zaman yang aku sangat rindui mungkin hampir 13 atau 14 tahun yang lalu.
Pergi mengaji Al-Quran di rumah guru mengajiku( di Kg. Tok Burong) yang boleh dikatakan agak jauh daripada rumahku. Jauh dalam fikiran seorang kanak-kanak, timbul persoalan kenapa aku dipaksa oleh kedua ibu bapaku untuk mempelajari Al-Quran? kadang-kadang marah menguasai diri.rasa malas sering sahaja menyelimuti diri apabila disuruh pergi mengaji.
Berbasikal ke rumah guru mengajiku bersama 2 orang abangku, Along dan Angah. Sebelum itu, aku dan dua orang abangku dihadiahkan basikal. Boleh pergi ke sekolah dan mengaji dengan basikal. Walaupun cuaca terik dan panas selepas balik daripada sekolah, aku begitu bersemangat mengayuh basikal ungku itu. Kegembiraan pergi mengaji Al-Quran bukan disebabkan mengaji tetapi kerana boleh berbasikal jauh dan diberikan duit untuk membeli ketika pulang daripada mengaji Al-Quran. Sering sahaja aku membeli air kelapa. Mungkin disebabkan ini jugalah sehingga sekarang minuman kegemaranku adalah air kelapa.

Lama kelamaan, apabila aku kian meningkat usia, rupanya ada suatu rasa yang dapat aku rasakan setelah kitab suci Al-Quran itu dibaca. Suatu ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan tidak akan aku peroleh sekiranya membaca akhbar berita harian ataupun akhbar lain. Persoalan kenapa dan mengapa ibu dan ayahku menyuruhku berbasikal untuk pergi mengaji Al-Quran terjawab sedikit demi sedikit. Tersimpan seribu satu cerita perjuangan, hukum-hukum, dan dakwah Islam yang masih belum aku fahami dalam AL-Quran itu sendiri.....

Fikiranku kembali kepada bacaan Yasin apabila adik bongsuku bertanya ayat ke berapakah yang sedang dibaca pada ketika itu. Teringat suatu ketika pada zaman kanak-kanak, mulut terkumat kamit seolah-olah mengikuti biarpun tidak lancar membaca pada hakikatnya. Moga-moga usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapaku akan aku praktikkan kembali kepada generasiku seterusnya. Tanpa panduan kitab akhir zaman itu, pasti kita hari ini tergolong dalam golongan jahiliah yang penuh dengan kemaksiatan yang terlalu hina.....

Sama-sama kita memahami maksud dalam Al-Quran.....=).InsyaALLAH.....

“Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalang mereka daripada menerima ajaran Al-Quran)?.” Surah Muhammad :24

Monday, June 13, 2011

Puisi Untuk Para Pejuang



Di sini
menusia menguruskan diri sendiri
mencari bekal masing-masing dari daerah kelahiran
dan dengan langkah berani mengharung
lautan gelombang di sini
yang sesekali ganas namun tidak kejam

Hidup di sini memang payah
terpaksa menempuh duri susah
melawan rasa kantuk
berlarian antara dewan kuliah
dan khutub khanah
sesekali langkah rasa ingin berhenti
namun mutiara masih belum lagi erat tergenggam di jari
selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi

Kekadang sulit sebenarnya
melawan rasa rindu
menentang rasa sendu
bila sesekali
desa kelahiran memanggil-manggil
untuk pulang
atau suara emak lembut gemersik
menyata rindu yang berputik

Aduhai para pejuang
langkah masih terlalu amat panjang
kutiplah semangat di sepanjang titian
agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri
bayaran untuk susah dan duri
sepanjang di sini.

Sunday, June 12, 2011

Cuti Abes...

Tidur lama selepas suboh adalah perkara yang sudah lama aku tidak praktikkan,
tetapi dipraktikkan kembali pada pagi tadi memandangkan adik-adikku serta ayah dan ibuku telah kembali ke sekolah. Jelas terpampang wajah gembira adik-adikku( Siti, Aje, Apih) mungkin setelah dua minggu tidak berjumpa kawan-kawan mereka. Kalau disingkap kembali, aku juga seperti mereka suatu ketika dulu. Minggu pertama selepas buka cuti panjang pasti begitu gembira berkongsi cerita dengan kawan-kawanku yang lain. Bingit kelas dan kadang-kadang ditegur oleh cikgu kerana terlalu bising Suatu ketika dulu dan zaman itu aku terpaksa tinggalkan kerana faktor masa yang tidak dapat kuhentikan walaupun sesaat. Aku berharap agar adik-adikku akan merasai dan melaluinya dengan penuh kegembiraan kerana aku tidak dapat menafikan di antara zaman yang paling menyeronokkan ialah zaman persekolahan...

Tahun 2011 ini seorang adik perempuanku akan menempuhi PMR. Pasti berada dalam keadaan bimbang, gusar, dan takut sama seperti diriku suatu ketika dulu. Tapi, alhamdulillah, setiap kali berhadapan dengan exam, sokongan tidak berbelah bahagi daripada seluruh ahli keluarga terutama ibu da ayahku. Pasti adikku juga mengharapkan dia dapat memberikan keputusan yang terbaik untuk keluarga terutamanya ibu dan ayahku. Kadang-kadang timbul rasa bersalah dalam diriku. Seharusnya, sebagai seorang abang aku perlu menggunakan semaksima mungkin masa berada di rumah untuk membantunya melakukan proses ulangkaji. Namun, dek kesibukan dan jadual yang tidak dirancang, aku gagal melakukannya. Insya-Allah, berbekalkan baki cuti yang ada ini, aku akan cuba membantunya dan memberikan tunjuk ajar sekadar yang termampu kepada adik kesayanganku itu.....=) Moga-moga Allah kurniakan kekuatan kepada adikku untuk berusaha dengan gigih biarpun dalam kepenatan untuk mengenggam sebuah kejayaan....

Saturday, June 11, 2011

Red Warrior


Hari demi hari ditunggu akhirnya tiba jua di hari ini, 11 Jun 2011..... Pertembungan dua gergasi pantai timur, Kelantan yang bakal menentang Terengganu.... Agak bersemangat bila diriku membaca di dalam akhbar-akhbar harian seperti kosmo dan metro harian pada hari ini.... bola sepak??sukan yang baru aku ambil tahu dalam 3 tahun ini, walaupun sebenarnya minat yang mendalam sebelum itu dalam bidang politik dan luar negara....

Stigma minat dalam bidang bola sepak banyak dipengaruhi apabila negeri yang dicintai ini, Kelantan atau lebih dikenali Red Warriors mula menunjukkan belang apabila berjaya ke pusingan akhir FA menentang Selangor 2009.... Terus bercambah dalam diri ini sehinggalah aku terkesima , terkejut dengan suatu insiden yang membuka matakau bahawa minat yang begitu mendalam dan tidak terkawal rupanya boleh membawa padah...KEKALAHAN menentang Negeri Sembilan dalam Final Piala Malaysia 2009.. Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk berada dalam Stadium Bukit Jalil pada ketika itu, dan mula melihat angkuhnya majoriti penyokong-penyokong Kelantan....Botol dibaling kepada penyokong lawan, mercun yang kuat dibaling ke arah penyokong lawan, menghancurkan kerusi-kerusi stadium, dan menghamburkan kata-kata kesat kepada polis FRU dan pengadil-pengadil. Situasinya adalah cukup dahsyat.... Seterusnya, apabila berbincang, ada juga dalam kalangan sahabat-sahabat yang dihormati menyokong tindakan ganas tersebut....Terdiam dengan kewarasan mereka berfikir.Cuba kita bayangkan yang dibaling dengan mercun itu adalah adik-beradik kita. Cuba kita bayangkan yang dibakar dan dihancurkan itu adalah kerusi rumah kita , cuba kita bayangkan yang dihamburkan dengan kata-kata kesat itu ialah mak ayah kita..PASTI kita tidak mampu utuk melaskukan semuanya biarpun masih ada yang berdolak dalik dengan jawapn balas balik diriku itu....=)

Tetapi, setelah 2 tahun berlalu, rupanya kini penyokong Kelantan sudah banyak belajar daripada kesilapan lalu. Sikap samseng kampung mula dikikis dan kembali kepada norma manusia biasa. Mewujudkan suatu bentuk sokongan yang tidak pernah wujud sebelum ini dalam arena bola sepak tanah air. Perlawanan yang dilalui oleh setiap pasukan Kelantan tidak lengkap sekiranya tidak kedengaran sokongan lebih 20 000 penyokong setia Kelantan. Budaya solat dulu sebelum tengok bola juga mula dipraktikkan di seluruh stadium seluruh negara.

Sebagai seorang penyokong daripada jutaan penyokong Kelantan, jauh di sudut hati berasa gembira dengan perubahan yang ditunjukkan oleh rakyat Kelantan. Tanggapan mentaliti rakyat Kelantan rendah dan pengecut selepas insiden final Piala FA 2009 biarpun bawah pimpinan ulama kian terpadam. Sokonglah bola seadanya, jangan terlalu berlebih-lebihan. KALAH MENANG adalah takdir dan ketentuan yang telah termaktub di Loh Mahfuz. Sama-sama kita fikirkan bagaimana sukan bola sepak ini mampu menunjukkan kesepakatan, perpaduan dan keuatan umat Islam....

Menunggu pemain Kelantan memakai seluar tight yang menutup aurat ketika beraksi.....

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : Rasulullah Saw pernah bersabda, “perbuatan yang engkau lakukan tidak akan menyelamatkan engkau dari api neraka”, mereka berkata, “bahkan engkau sendiri ya Rasulullah?” Nabi Muhammad Saw bersabda, “bahkan aku sendiri, kecuali Allah melindungiku dengan kasih dan rahmatNya. Oleh karena itu lakukanlah perbuatan baik sepatut mungkin, setulus mungkin, sedapat mungkin dan beribadahlah kepada Allah pada pagi dan sepenuh hari, pada sebagian dari malam hari dan bersikaplah al-qashd (mengambil pertengahan dan melaksanakannnya secara tetap) karena dengan cara itulah kamu akan mencapai (surga)”.

Thursday, June 9, 2011

Kite dok Lupe.....


Senior yang dihormati dalam Kelab Asy-Syakirin


Bola2 jgok....jangan sapa baloh sudoh r...hahahha


Jalan2 pagi di Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran buat sahabat seperjuangan
5PISMP MATEMATIK 2 dan Kelab Asy-Syakirin.....
Ahmad Isamudin bin Abdul Rahim.....
Selamat mencecah usia 22 tahun dan insyaAllah sahabatmu ini akan
mendoakan moga2 Allah terus mengekalkan nikmat Islam dan iman yang
begitu berharga yang telah dikurniakanNya kepada dirimu,
dimurahkan rezeki yang halal, dan diberikan kekuatan
dalam menghadapi setiap dugaan dan ujian daripadaNya.....=)
Jangan pernah lupa, Allah mengurniakan ujian hanya untuk
mentarbiah diri kita dan untuk meningkatkan darjat kita disisiNya....=)

SELAMAT MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN PEJUANG ISLAM YANG DIGERUNI.......=)

Ayahku.....


Permulaan penulisan entri pada kali ini dengan kata-kata memuji kebesaran, keagungan, kemurahan ALLAH, Tuhan yang sentiasa mengerti apa aku inginkan..... Buat insan yang amat aku sayangi iaitu ayahku, Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke 50.... Setinggi-tinggi kesyukuran aku zahirkan, dan aku rafakkan kepada Allah yang terus memanjangkan umur ayahku dan aku akan terus berdoa moga-moga Allah sentiasa melindungi, memanjangkan umur dan memurahkan rezeki ayahku serta terus diberikan kekuatan fizikal dan mental untuk menjaga dan memberikan nasihat-nasihat untuk anak-anaknya ini..... Selamat menerima menantu baru juga untuk ayahku.... Alhamdulillah, syukur semuanya sudah selesai ....

Thursday, May 19, 2011


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....

Alhamdulillah, atas kurniaan Allah untuk Adikku , Miyie....
Selamat Berangkat dan selamat menempuhi kehidupan di universiti......
Tanamkan setinggi tinggi keyakinan dan genggam seerat-eratnya harapan
moga-moga cita-cita yang diimpikan dapat dicapai dengan usaha dan
redha Allah yang Maha memakbulkan doa hamba-hambaNYa......

Tahniah, kerana telah menghabiskan Kursus Pemantapan Insan Soleh(nama yang diberikan sendiri..heheh) di rumah
selama hampir 6 bulan setelah berakhirnya peperiksaan SPM
dengan dipimpin, dididik, diajar, diberi tunjuk ajar oleh papa dan mama....
Jauh perubahan yang dibuat oleh Yie yang mampu didiey banggakan....
Jauh disudut hati apa yang diharapkan untuk Miyie moga dapat
meneruskan usaha dengan sebaik mungkin untuk mencapai cita-cita,
jangan mudah dipengaruhi oleh budaya yang
berlawanan dengan syariat agama,
jangan cuba meniru gaya hidup berlebihan orang yang berada dan kaya,
elakkan membuang masa dengan perkara
yang melarakan dan jangan sekali-kali tinggalkan rumah Allah
(solat berjemaah, bacaan Al-Quran,)
kerana di situlah datangnya ketenangan hati daripada Allah s.w.t.....

Sepanjang pengajian nanti, banyak cabaran dan kesabaran yang diperlukan
untuk menghabiskan keseluruhan pengajian. Seandainya tiba masa diuji dengan kegagalan,
jangan terus berputus asa dan merasakan diri tidak layak untuk meneruskan pengajian tersebut, sebaliknya, ambillah kegagalan itu sebagai suatu peringatan yang diberikan
Allah kepada hambaNya yang dipilih sahaja untuk memastikan diri tidak terus alpa dan untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya....

JANGAN BIMBANG, JANGAN GUSAR, JANGAN GELISAH kerana perjuangan Miyie pada kali ini
akan terus diiringi doa semua ahli keluarga kita.....

Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar dan berjuang keranaNya....=)

Wednesday, May 18, 2011

Salam Kejayaan.....

Salam kejayaan daripadaku untuk adik-beradikku serta sahabat-sahabat seperjuangan dalam peperiksaan...=)

Tuesday, May 3, 2011

Syahid yang kau dambakan

Berita kematian Osama bin Laden mendapat liputan luar biasa di seluruh dunia pada hari ini....Setelah hampir 10 tahun diserang, diburu, disiasat dengan pakar-pakar siasatan yang begitu pakar di seluruh dunia, semalam tentera-tentera US laknatullah berdiri tegap sambil mendabik dada mengumumkan kematian 'ketua pengganas' Islam itu.....

Sepuluh tahun yang lalu, ketika aku berada di Darjah 6, keangkuhan negara US selaku polis dunia tercalar begitu sahaja dengan runtuhnya bangunan berkembar WTC. Lantas Presidennya pada waktu itu menuding jari kepada orang Islam ataupun secara lebih tepatnya lagi kepada Taliban dan Al-Qeada. Biarpun baru berusia 12 tahun, tapi aku mula mengerti bahwa ada konspirasi jahat Barat untuk menjatuhkan Islam. Terus Afghanistan diserang habis-habisan dengan bala tentera US yang begitu canggih dan maju...KEtika di usia kanak-kanak itu, aku pernah termenung sendirian di koridor rumahku sambil memandang kepada hutan kecil di sebelah kanan rumahku, andainya Osama datang ke rumahku, aku akan memberinya makan, menyiapkan minuman. Dan aku akan merayu kepada ibu dan ayahku supaya Osama dibenarkan untuk tinggal bersama adik-beradikku yang lain....Biarpun masih di usia itu, aku sangat mengagumi ketabahannya, kesabarannya sehingga sanggup meninggalkan kekayaan yang dimilikinya di Arab Saudi dan berjuang menentang kejahatan Kristian dan Yahudi laknatullah....

Sangat terkejut dengan kenyataan pemimpin-pemimpin negara yang mengeluarkan kenyataan ekoran kematian Osama dengan mengatakan kematian Osama akan memulihkan kembali imej yang sekian lama tercemar. Wahai pemimpin yang berfikiran sekular !lupakah kita kepada perjuangan Tok Janggut, Dato' Bahaman, Mat KIlau untuk membebaskan negara kita suatu ketika dahulu...dan KESEMUA MEREKA dilabel pembelot dan pengganas oleh penjajah ketika itu...KIni, pemimpin kita sendiri seolah-olah begitu bangga meraikan kematian seorang pejuang agama Allah dan telah mendapat syahid itu!Moga Allah memberikan petunjuk kepada kalian supaya dan tidak menjadi pengecut sejati!

Kematian Osama hari ini tidak akan memutuskan semangat mujahidin-mujahdin ISlam yang sentiasa dahagakan syahid memperjuangkan agama Allah....Seandainya benar Osama bin Laden telah meninggal, moga-moga Allah akan meletakkan beliau dalam kalangan hambaN yang telah merasai manisnya syurga melalui syahid !Al~Fatihah~

“Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah dia kemenangan yang besar.” Surah As-Saff ayat 12.

Sunday, May 1, 2011

Tegurlah Dengan Berhikmah


Kegirangan hati yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila diri
sudah tiba di kampung halamanku sendiri.....
Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada

Allah yang sentiasa memenuhi kehendak hamba-hambaNya......

Setelah lama berada dalam situasi serba salah, alhamdulillah aku dapat melaluinya dengan hati yang sabar....Serba salah? Aku akan menjadi serba salah apabila dikehendaki untuk memilih keluarga atau perkara-perkara lain...Tak usahlah aku panjangkan kisah ini, janji kegirangan hati berada di rumah sudah cukup untuk memadamkan kegusaran hatiku seminggu yang lalu....

Namun, terkadang hati seorang hamba ini tidak pernah lari daripada rasa kecewa....Di saat kita mengharapkan sokongan, bantuan dan kerjasama daripada saudara-saudara seislam kita, tika itulah mereka mula menghilangkan diri dan kerjasama yang ditagih tidak sedikit pun dihiraukan....Namun, semangat kita dalam menjaga Islam sebaik mungkin ini perlu diteruskan biarpun kita rasa keseorangan, dikritik dan sebagainya....

Apa yang cukup kubimbangi, apabila kita berada di saf kepimpinan hadapan, mulut kita terlalu lantang menegur itu menegur ini...ini HARAM !!itu HARAM!!. Pelbagai dalil naqli dan aqli kita gunakan untuk mengiyakan tindakan kita itu..dan bagi orang yang kurang memahami Islam akan bertanggapan bahawa majoriti ajaran-ajaran dalam Islam dikembangkan dengan dakwah yang kasar.Namun, PANDANGAN PERIBADIKU adalah usaha dakwah yang paling berkesan adalah dengan menunjukkan keindahan Islam melalui keperibadian diri kita terlebih dahulu dan tanpa mengira pangkat. Jangan ketika kita berada di atas, satu demi satu kita haramkan tetapi apabila tidak lagi memegang apa-apa jawatan, kita melakukan apa sahaja yang pernah suatu ketika dahulu kitalah individu yang paling lantang menentangnya....

Tidak tahu kenapa aku membangkitkan isu ini pada malam ini....Tujuan utama adalah untuk peringatan buat diri sendiri.....Ingatlah, Allah akan sentiasa menguji kita.Jadi, di saat kita berada di landasan yang betul, sekiranya ada saudara-saudara seislam kita melakukan kesilapan, tegurlah dengan berhikmah, jangan sedikit pun berniat untuk menjatuhkan air mukanya , sebaliknya, tegurlah sebagai tanda kasihnya kita kepadanya..... MOGA ALLAH TIDAK MEMESONGKAN HATI-HATI KITA SEMUA SETELAH DIKURNIAKAN PETUNJUK(NIKMAT ISLAM DAN IMAN YANG CUKUP BERHARGA).....

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3)