Pages

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

ILMU

Kesyukuran dilafazkan dengan ucapan 'ALHAMDULILLAH' kerana sudah pun tiba di rumah dan akan bercuti selama beberapa hari. Syukur jua yang tak terhingga kerana dapat bersama-sama keluarga untuk sama-sama menyambut kedatangan peringatan hari pengorbanan Nabi Ismail oleh ayahandanya, Nabi Ibrahim( dengan izinMu ).

Diari ringkasku pada kali ini akan mencatat mengenai cara dan kaedah kita untuk menyelesaikan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Dan pada diriku yang masih cetek ilmu ini, kaedah dan cara itulah sebenarnya ilmu yang ada dalam diri kita pada ketika dan saat ini. Sabda Rasulullah: Menuntut ilmu itu adalah WAJIB bagi setiap orang yang beragama Islam.

Bagaimana kita tahu, ilmu yang berharga itu tidak dapat diperolehi dengan cara yang mudah. Lihat sahajalah imam mazhab kita, Imam Syafi'i merantau jauh berpisah daripada ibunya walaupun masih di usia 7 tahun sudah merantau ke luar negara untuk mencari ilmu.

Lihat pula pada Imam Ahmad b Hanbal.Seseorang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau hendak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam? Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur.”

Pada masa yang sama, Allah janjikan kepada hambaNya yang memiliki ilmu itu peningkatan darjat disisi Allah. dan padaku, seseorang yang arif tentang sebarang ilmu terutamanya ilmu berkaitan agama, mesti amanah dengan dirinya sendiri dan orang lain. Seseorang yang menjawab sesuatu persoalan agama yang diajukan kepadanya walaupun sebenarnya dia tidak tahu mengetahui perkara tersebut, akan dilaknat oleh Allah biarpun jawapan yang diberikannya adalah betul. Begitu tinggi nilai sesuatu ilmu disisi Allah.

Sekadar itu sahaja, Perjuangan menuntut ilmu tidak seharusnya berhenti untuk diri ini dan insyaALLAH ke hujung nyawa dan moga2 Allah tidak mematikan terlalu awal golongan ulama muktabar sekaligus memberi petanda bahawa dunia hampir menuju kiamat....=)

Sunday, September 11, 2011

RUJUKAN AGAMA

Baru mengetahui diri tidak mempunyai kelas hari ini setelah sejam lebih
berada dalam dewan mendengar wacana ilmiah...Banyak perkara yang dipersetujui dan tidak kurang ada sedikit juga yang kurang dipersetujui.

Dalam satu tayangan slide, dalam slide yang presentation yang ditayangkan, slide pertama menunjukkan berkopiah ada satu etika pemakaian yang salah dan tidak sesuai. Timbul seribu persoalan dalam diri, kenapa peraturan tersebut boleh dinyatakan??!Siapa kita untuk mengatakan sesuatu perkara yang tidak diharamkan oleh Allah bahkan sunnah Rasulullah itu salah dan tidak sesuai?! Mungkin diri ini sangat dhaif ilmu, tapi janganlah kita terlalu mudah menerima sahaja suatu 'pembersihan identiti' Islam yang dilakukan barat. Jangan menjadi golongan yang dikatakan Rasulullah s.a.w yang menyatakan umatnya di akhir zaman ibarat buih-buih di lautan yang terlalu banyak tetapi terlalu mudah untuk diperbodohkan.Sebaliknya, pakaian seperti kemeja, tie, bowtie yang diasaskan oleh golongan 'profesional' itu pula yang tampak kemas.

Sejak akhir-akhir ini, diri terlalu banyak terdedah dengan kenyataan-kenyataan yang bukan merujuk panduan agama sebaliknya sekadar untuk melepaskan diri sendiri. Biarlah Allah menjadi saksi bahawa diri ini tidak pernah bersetuju dengan sebenar-benarnya kenyataan yang membelakangi agama tetapi diutarakan atas pendapat diri sendiri dan untuk membetulkan diri sendiri. dan moga2 Allah menjaga hati yang selalu lalai ini untuk berjuang menegakkan agamaNYA.....

Firman Allah: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (As-Saff 61:8)

Monday, December 1, 2008

Kelekaan terus memeluk erat....


Dirwayatkan daripada Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda...


Seandainya manusia tahu apa yang ada dalam seruan azan dan saf pertama, lalu mereka tidak mendapatkan cara selain undian, nescaya mereka akan mengadakan undian...seandainya mereka tahu apa yang ada dalam tahjir( bergegas melaksanakan solat), nescaya mereka akan berlumba-lumba melakukannya. Dan seandainya mereka tahu apa yang ada dalam solat Isya' dan Suboh, nescaya mereka akan mendatangi keduanya meskipun dalam keadaan merangkak....

(diriwayatkan oleh Al-Bukhari)