Pages

Saturday, February 12, 2011

Mencari Cinta Sejati

Dengan nama Allah yang Maha Pemuurah dan Maha Pengasihani...

Diri ini meneruskan kehidupan seperti biasa di sini...
cuma terkadang kerinduan diri terhadap keluarga tercinta
di kampung kadang-kadang terpaku kuat di hati ini.....
Biarpun baru hanya seminggu kembali ke Institut ini...
Aku berharap agar insan yang aku sangat sayangi, ibu ayah
serta adik-adikku berada dalam lembayung kasih sayang Allah s.wt.

Forum Mencari Cinta Sejati!
Alhamdulillah aku diberi ruang dan kesempatan untuk
mengikuti seminar ini di UIA PJ....
(dapat nasi ayam free...heheh)
Persoalan yang cukup menarik dikupas oleh kedua-dua ahli panel
Profesor Dr. Syarifah Hayati Syed Abdullah serta
Haji Nicholas Slyvester Abdullah berkaiatan sambutan- sambutan yang bakal kita
sambut dua tiga hari ini.....
Maulid Rasulullah s.a.w serta Valentine's Day....

Ingin dipendekkan cerita tertarik aku dengan suatu Fatwa yang
dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang disampaikan
oleh Ustaz Nicholas( saudara baru) bahawa umat Islam HARAM
MENYAMBUT VALENTINES DAY.
kata beliau, penafian orang kristian menafikan Valentine Day adalah daripada
agama mereka seolah-olah mereka menafikan Santa Claus
adalah daripada agama mereka. Ia disebabkan oleh valentine's itu
bukan semata-mata disambut atas nama menghargai kekasih semata-mata
tetapi adalah hari yang ingin memuja dan mendewa-dewakn
seorang paderi Kristian 267 M yang dihukum mati oleh Maharaja ROm ketika itu....
Pada pendapat diriku yang serba kekurangan ini, mengapa sering sahaja kebanyakan
kita berdolak-dalik dalam hal ini dan tidak pernah ingin menghormati pendapat
golongan yang yang lebih arif daripada kita(ULAMA').....
ada sahaja alasan yang diberikan untuk
membetulkan tindakan-tindakan mereka
Mungkin ada dalam kalangan saudara-saudara seislamku yang menganggap
ia bukanlah isu yang besar untuk kita perdebatkan.
Kerana apa?!Semua benda bukan lagi isu besar....
Bersentuhan lelaki perempuan, penzinaan, pembuangan bayi
dalam tangki najis...Allah itu Maha Adil.
Daripada benda yang ditegah untuk dilakukan inilah,
Allah balakan balik kita dengan
fenomena2 yang semakin menggerunkan sejak akhir-akhir ini.....

Seterusnya, isu yang kedua ialah CINTA!Satu isu yang perlu
dikupas dengan sangat berhati-hati....
Bangun seorang pelajar UIA (perempuan ) bertanyakan
bolehkan saya bercinta?!
Dijawab oleh Prof Dr. Hayati, seandainya cinta itu adal suisnya, pasti
saya akan tutup suis itu. Cinta itu adalah suiatu anugerah
yang kita sendiri mampu menahannya utk bertapak di hati kita.
Jadikanlah cinta itu sebagai suatu perasaan yang terus mampu
merapatkan kita dengan Allah S.W., kekasihnya, ibu bapa sahabat-sahabat dan sebagainya...
Seolah-olah ustazah belum menjawab persoalan itu sepenunya lagi....;D
Namun, bagi aku, aku BELUM BERSEDIA untuk dikurniakan
perasaan cinta selain Allah, ibu bapa, adik-berakku, dan sahabat2...
Moga Allah mengurnikan Cinta Sejati kepada diri
ini sesuai dengan tajuk Forum yang

telah aku hadiri,,,,,=)( InsyaAllah)

0 comments: