Pages

Friday, August 20, 2010

tabahkan hati...=)


tadarus selepas terawih


kerjasama para pensyarah yg utuh...


kegembiraan sebelum berbuka puasa


iftar jama'i





kian meningkat dewasa......



assalamualaikum w.b.r...
cuaca redup2 di hujung minggu membuatkan hati
terasa sngat gembira dan tenang di bilikku
yg agak kemas setelah disapu dan dikemaskan
oleh aku bersama rakan sebilik, paje.....
ramadhan memasuki hari ke -11 pada hari ini...
hati ini tdak dapat menipu lagi bhwa diri ini
sangat merindui utk pulang ke kampung halaman
untuk bersama-sama dengan ibu ayahku, serta
adik-adikku utk berpuasa di rumah....

Ramadhan tahun 2010 M dan 1431 H...apa kelainannya?
tahun ini aktiviti memasak di Surau Asy-Syakirin di maktabku
berjalan lagi...tetapi mungkin tahun ini ada sedikit kelainan.
di mana tahun ni ak dan sahabat2 batchku mula menjadi runner utama
utk membeli barang2 mentah...
PENAT?!conpem2 lah YA!
tapi paling seronok bila dapat berbuka puasa, berterawikh dan bermoreh
beramai-ramai....
so, penat tadi sedikit sebanyak telah terhilang dengan sendirinya...

dan di kala kepenatan itu aku mengimbau
kembali kenangan 14 tahun yang silam...
di kala aku mungkin baru berusia 6 tahun...
hati melonjak gembira bila tiba sahaja bulan puasa..
sebab aku tahu boleh main bunga api
setiap malam juga ayahku akan membawa aku bersama
abangku(along dan angoh) ke surau utk berterawikh...
surau tersebut berdekatan dengan rumah moyangku....
tiap2 kali aku akan terus bersemangat utk berterawikh...
dan ada juga aku mengeluh lantaran panjangnya terawikh
itu sendiri....
dan ada sekiranya terlalu penat
aku akan merangkak ke saf hadapan
duduk di sebelah ayaku dan terus bertanya,
'pa, ada berapa rakaat lagi?'
tersenyum jemaah yang berada di sebelah ayahku
dengan soalan aku itu...
ayahku juga memberi kebenaran utk berehat seketika
utk meneruskan rakaat terwaikh seterusnya...

tersedar aku dari lamunan itu menyebabkan aku
rasa beruntung kerana pernah melalui zaman ini suatu ketika dahulu...
terima kasih buat ayah dan ibuku
kini diri ini sudah menjadi seorang dewasa
memungkinkan aku utk terus sabar dan tabah
melakukan apa jua amanah dan tanggungjawab....
insyaAllah moga2 Allah terus membimbing diri ini
utk terus menjadi seorang hamba yang baik...=)

5 comments:

uto laut said...

huhu..ye doh di..tok imam baca panjang sgt..kdg2 memenatkan..
selamat berpuasa diucapkan..semoga selalu diberkati hidup kita semua..i.a

Mohamad Taqiyuddin Bin Ahmad Fikri said...

hahhaha...
eh, maybe klas agak pack kot semester ni...
hehhe..tapi xpo.
xlamo doh nk kelik..bleh make colek buah lepah terawih...hahah

ezza said...

Skarang dah nak jadi bapak orang dah ngal oi. kalau tak larat nak tarawikh lagi, and siap tanya ayah lagi berapa rakaat lagi, tak tau lah apa nak jadi. haha!

salam ramadhan! :)

Mohamad Taqiyuddin Bin Ahmad Fikri said...

eh, sape dh nk jadi bapak?
aku calon pun xde lagi....
ayat kau tue macam nk tnjuk kau dh bersedia nk jadi bini org...hhahah
sekarang ni if mengantok tyme terawih , gi je la bedal karipap blkang surau.hahha

farha ni said...

kau je paling gelap. orang lain putih-putih hensem belaka.

haha!