Pages

Wednesday, November 18, 2009

hdup ini tidak ada yg senang...



selamat menduduki spm buat adikku yg kini berada di sebelah, AsIs...;)
di pagi hari ak menghtar adikku ke dewan peperiksaannya...
dalam senyumnya menafikan kegentaran,
ak tahu ketakutan itu ttap wujud...
moga2 Allah terus membuka pintu hatinya,
kurniakan ketenangan,dan dijauhkan dari sebarang kecuaian.....


Pertahanan kamu perlu dikukuhkan
Kekuatan diri perlu ditingkatkan
Usaha semua perlu digandakan
Senjata individu perlu ditajamkan
Latihan perlu diperbanyakkan

Percayalah
Jeneral perang anda akan memimpin anda ke arah kemenangan
Ikutilah strategi , kaedah dan teknik perang mereka
Hormtilah Jeneral supaya mendapat berkat

Ingat!
Dari hari pertama andan menjejak kaki ke alam persekolahan
Anda tidak dapat mengelak daripada peperangan
Anda tidak boleh berundur
Anda hanya boleh mara ke hadapan

Sama ada anda ditumpaskan
Sama ada anda menumpaskan
Jika ditumpaskan akan kehilangan segala-galanya
Jika menumpaskan akan memperoleh segalanya
Biar memperoleh daripada kehilangan

Perjuangan manira belum tamat
Lawan tetap lawan
Berjuanglah sepenuh hati , sepenuh jiwa
Anda tidak boleh terkorban
Hanya masa , usaha dan tenaga boleh dikorbankan
Anda tidak boleh menyerah kalah walau a
pa terjadi
Biar putih tulang , Jangan putih mata

Bawalah semangat dan keyakinan bersamamu
Bersatu menyerang peperiksaanmu
Biar kubu cita-cita yang kukuh dapat ditelusuri
Biar sekuat kubu itu dapat ditawan

Peperangan dengan peperiksaan mesti menang
Kalahkannya , Tumpaskannya
Kemenangan akan memberi kekuatan
Kekuatan untuk menembusi kubu yang diingini

Sedarilah
Biar sekuat mana pertahanan , serangan dan kekuatan
Yang Esa tidak boleh diluputkan
Berdoalah pada Yang Maha Besar
Percayalah anda akan dirahmati , dilindugi
Rahmah dan lindungan ini akan memodenkan senjatamu

Bersatulah!
Sedarilah!
Bangunlah!
Bangkitlah
Berjuanglah!
wahai adikku....semoga Allah memberkati ilmu yg diterima...

4 comments:

shasha_iffa said...

All da best Yayan :)

Hanif al-Ahmadi said...

all the best!

Afham said...

takpo2...
Dah usaha kuat tuh...

uto laut said...

di..ucap gud lack ko pok yam deh..sementara di duk denu,jago molek lah pokyam..no tepon alo kena bar ari tuh..dok dam nak msg pok yam..

guk luck yam..