Manakan tidak, keadaan sekolah yang serba kekurangan menyebabkan semangat murid untuk belajar adalah di tahap yang paling rendah. Sedang mulutku rancak melaksanakan proses pengajaran Matematik, tiba-tiba seorang murid daripada 3 orang calon UPSR tahun ini, Makeshon Danny, menyatakan keinginannya untuk berhenti sekolah dan menjadi pekerja di pelabuhan yang mengambil upah mengangkat barang yang dikenali dengan nama 'kuli batak'. Muridku juga menyatakan pendapatan ahli keluarganya yang 'lumayan' dengan kerja sedemikian.Mulanya ada rasa panas hati, tapi apabila berfikir sejenak, adakah kesukaran dan ketidakfahaman mereka dalam mata pelajaran yang diajarku menyebabkan Makeshon menyatakan sedemikian.
Ya, esok 60 hari aku melaporkan diri sebagai seorang guru di sekolah yang jauh di pedalaman ini. Diriku mempunyai suatu matlamat yang jelas biarpun sering dimomokkan dengan kebengapan murid-murid di kawasan pedalaman ini. Biarlah apa sahaja, sebaik mungkin untuk mendidik mereka supaya mereka mengenali dunia luar yang jauh lebih senang daripada apa yang mereka lihat di kawan perkampungan mereka ini. InsyaAllah..itu suatu matlamat, dan matlamatku ini hanya Allah sahaja yang mampu merealisasikannya...
UPSR (10-12 September 2013)
0 comments:
Post a Comment