Pages

Friday, September 13, 2013

Dari SK Nanga Meluan , Kapit

Perhimpunan Mingguan di SK Nanga Meluan, Kapit
                           Utamakan keselamatan biarpun ditertawakan murid memakai life jacket=)
Sambutan Ambang Kemerdekaan 31.Ogos 2013
                                     Penyampaian hadiah untuk Larian Merdeka 31 Ogos 2013
Adik Michelle dari SK Nanga Meluan

Friday, September 6, 2013

Its All About Mentality

Assalamualaikum.Hari ini 6.09.2013, merupakan suatu tarikh yang penting bagi semua rakyat Malaysia terutamanya warga pendidik atau lebih mesra dipanggil Cikgu. Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) baru sahaja diselesaikan pada pagi tadi oleh YAB Timbalan PM,  Tan Sri Muhyidin Yassin, selaku Menteri Pendidikan Malaysia. Masa depan sistem pendidikan negara kini dirancang untuk paling kurang 13 tahun akan datang. 
 
Terdapat banyak anjakan yang bakal dilaksanakan dalam pelan ini. InsyaAllah, usaha yang baik dengan hasil pengumpulan maklumat dari segenap lapisan masyarakat yang telah dilaksanakan oleh pihak KPM bakal menjayakan program ini. Ya, selaku rakyat yang kini bergelar sebagai seorang guru baru, saya sangat berharap untuk menjadi secebis kepada orang yang terlibat dalam usaha mencemrlangkan rakyat negara ini . Namun, sedikit kegusaran timbul atas apa yang dirancang melalui pelan ini.

Matlamat dan misi yang jelas untuk melihat rakyat Malaysia menjadi sebagai rakyat yang cemerlang bukan sahaja daripada aspek akademik bahkan dari sudut sahsiah yang jauh lebih penting daripada itu. Namun, sedar ataupun tidak, pihak pelaksana(yang saya khuatiri bukan dari individu yang berlatarbelakangkan pendidikan) semakin hari seolah-olah menghumban guru-guru ke dalam suatu kesukaran yang dicipta mereka sendiri. Masakan tidak, target dan matlamatnya untuk murid-murid menggunung tinggi, namun hak guru terus dinafikan, ditarik dalam usaha mendidik murid-murid mereka supaya layak dan betul-betul menjadi manusia. Pekelililing demi pekeliling dikeluarkan seolah-olah mengugut guru supaya tidak sedikit pun menyentuh, mendenda dan menghukum murid biarpun mereka melakukan kesalahan terutamanya kesalahan disiplin.

Ibu bapa kini tidak seperti dahulu melainkan yang betul2 memahami tugas sebagai seorang guru. Suatu ketika dahulu, ibu bapa pergi ke sekolah untuk menghadiahkan rotan khas untuk merotan anak-anak mereka yang melanggar disiplin atau malakukan masalah. Kini, ibu bapa pantang dicabar dan disentuh anak-anak mereka. Peguam dan wang sudah tersedia untuk proses tindakan undang2 kepada guru-guru yang 'mendera' anak-anak mereka. Rupa-rupanya pendapat majoriti daripada masyarakat kita yang mengatakan orang zaman dahulu kolot pemikirannya nyata meleset sama sekali.....Its All About Mentality

Jadi sebagai seorang yang masih terlalu baru dalam bidang pendidikan dan masih terlalu jauh perjalanan yang perlu saya tempuhi, saya berharap agar orang yang merancang dan menggubal dasar adalah orang yang betul2 WARAS dan tidak mengira kepentingan diri sendiri dan jangka masa pendek. Sekian, UPSR 2013 akan bermula pada hari selasa-khamis minggu hadapan..Wasalam.... 

"Adakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat? Tidaklah kehidupan dunia melainkan kesenangan yang sedikit jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat" Surah At-Taubah ayat 38

UPSR SK Nanga Meluan

Semoga kalian terus berada dalam kebaikan yang berpanjangan. UPSR akan tiba pada minggu hadapan dan tekanan sedikit terasa memandangkan beberapa tugas yang dipikul iaitu Ketua Panitia Matematik, guru subjek matematik dan S/U Peperiksaan dan Penialaian. Mengajar murid Tahun 6 yang hanya jumlahnya 3 orang  murid dari suatu sudut kelihatan agak mudah. Namun, apabila kita berada di dalam sistem SKM (sekolah kurang murid ) ini , ia tidaklah mudah seperti yang dijangka.3 orang itu membawa peratus kelulusan sekolah=)

Manakan tidak, keadaan sekolah yang serba kekurangan menyebabkan semangat murid untuk belajar adalah di tahap yang paling rendah. Sedang mulutku rancak melaksanakan proses pengajaran Matematik, tiba-tiba seorang murid daripada 3 orang calon UPSR tahun ini, Makeshon Danny, menyatakan  keinginannya untuk berhenti sekolah dan menjadi pekerja di pelabuhan yang mengambil upah mengangkat barang yang dikenali dengan nama 'kuli batak'. Muridku juga menyatakan pendapatan ahli keluarganya yang 'lumayan' dengan kerja sedemikian.Mulanya ada rasa panas hati, tapi apabila berfikir sejenak, adakah kesukaran dan ketidakfahaman mereka dalam mata pelajaran yang diajarku menyebabkan Makeshon menyatakan sedemikian.

Ya, esok 60 hari aku melaporkan diri sebagai seorang guru di sekolah yang jauh di pedalaman ini. Diriku mempunyai suatu matlamat yang jelas biarpun sering dimomokkan dengan kebengapan murid-murid di kawasan pedalaman ini. Biarlah apa sahaja, sebaik mungkin untuk mendidik mereka supaya mereka mengenali dunia luar yang jauh lebih senang daripada apa yang mereka lihat di kawan perkampungan mereka ini. InsyaAllah..itu suatu matlamat, dan matlamatku ini hanya Allah sahaja yang mampu merealisasikannya...  
UPSR (10-12 September 2013)