Pages

Tuesday, November 30, 2010

Ma....Sakit Ma....


test degupan jantung!ternayata sangat laju...=)


Selepas dipotong oleh H.A!


Emosi Aje yang tidak stabil walaupun dibelanja KFC!haha


Ayahku yang sentiasa ada....=)


Apih sejuk, tidak senang duduk, dan TAKOooOOOT!!

Ceria-ceria pagi di pagi ini.....=D
Semalam diri hamba tertidur awal memandangkan
seharian berada di Kota Bharu bersama rakan semaktab,
Nik, Hanif, Kak We , Syamimi
dan juga penat melalui pengalaman bersama dua orang adikku
yang berkhatan/ berjawi/bersunat pada petang kelmarin....
Azamuddin dan Hafizuddin....

Tarikh : 30 Nov 2010;5.00 p.m
Cuaca : Hujan....=)
Daripada pagi, aku memerhatikan tingkah laku dua orang
adikku kesayanganku itu, jelas seluruh anggota fizikal menunjukkan
mereka sangat takut untuk menghadapi petang itu.....
jalan terbongkok-bongkok, kadang2 termenung sendiri,
kartun sudah tidak lagi menarik perhatian mereka....
PC di rumahku senyap tanpa sebarang bunyi games....
'mungkinkah ini suatu pengakhiran kepada zaman kanak-kanak kita
dan hari ini MaskRider dan Ben10 tak lagi mampu
menyelamatkan kita' ,
keluh kedua-dua mereka.
kedua-duanya tampak rimas.....

Situasi di Klinik Kesihatan
Beris Kubor Besar.....
Ketiga-tiga 'tertuduh' dihadapkan ke muka pengadilan....
mengikut giliran, pertama- Azam, kedua- Pahmi(sepupuku)
ketiga- Hafiz....Muka Azam semakin berubah.....;)
Bermulalah suatu acara persunatan...
MASYAALLAH.....
Tema teriakannya, ' Ma, sakit Ma' mempunyai tahap kelajuan
( 20 km/j...)
Seleps itu kelajuan teriakan itu mampu mencecah
350 km/j...
dan kelansingan bunyinya sangatlah tinggi sehingga
membuatkan tertuduh seterusnya menelan air liur
dan menyebabkan
adikku yang bongsu terketar-ketar
dalam riak muka yang sangat ketakutan...
Akhirnya, suasana pergelutan dapat diredakan dengan
membenarkan ayahku untuk masuk bersama.....
namun, sesekali teriakan Azam kelaur juga
especially ketika proses jahitan dibuat

Seterusnya , sepupuku dapat dilaksanakan dengan mudah
tanpa sebarang bunyi yang lansing dihasilkan....
Keluar dengan senyuman yang melebar=)
Tiba giliran adikku yang bongsu, Hafiz,
Kain kuning semangat sudah siap membaluti tubuhnya,
Kopiah di kepala melambangkan tingginya keinginan
untuk menghadapi dugaan ini....
Rekod keluarga kita bakal dipecahkan hari ini....
Dalam keluargaku, aku adalah adik beradik yang
paling awal bersunat
iaitu ketika Darjah 2 13 tahun yang lalu....
Sementara itu, Hafiz baru berada di Darjah 1.
Tanpa diundang, aku sendiri berasa agak gusar
apabila tiba giliran adikku ini.....
Ayahku dibenarkan untuk berada di dalam....
dari luar cermin aku intainya.....
Suaranya tangisan dan jeritan juga terhasil tetapi
biasa-biasa sahaja.....
Selepas 35 minit, adikku keluar dengan sedikit esakan
dan senyuman di bibirnya.....=)
Alhamdulillah, semua ketujuh-tujuh
adik- beradikku
yang lelaki telah melepasi ujian yang pertama....
Next TEST....kita tunggu dan lihat...=)

Tuesday, November 23, 2010

Rupanya terlalu banyak.....


Masa kecik-kecik=)

Selesai solat magrib semalam, ayahku meminta adik-
beradikku duduk di hadapannya membentuk separa
bulatan... Dalam hati aku pasti ada amanat yang ingin
disampaikannya.....Sekiranya diimbas kembali, kebiasaan
nasihat, teguran serta amanat yang ingin diperkatakan
oleh ayahku akan disampaikan setelah selesai solat magrib....
Satu persatu nasihat diberikan daripada adik-adikku yang kecil
Azam dan Hafiz sehinggalah kepadaku, Che Yan(adikku)
serta Along( abang sulungku)...

"Long, Cik, Yan, sudah meniti usia nk memasuki alam dewasa...
Jadi kenalah belajar banyak perkara tambah-tambah lagi
orang lelaki yang akan memimpin sebuah keluarga kelak...."
Aku faham sangat dengan maksudnya.... Ayahku berpesan supaya
Jangan sia-siakan waktu yang ada sekarang ini dengan membiarkan masa berlalu
begitu sahaja tanpa ada pertambahan ilmu dalam diri kita.....

Kata-katanya itu membuatkan aku termenung dan tersenyum...
Daripada 24 jam dalam sehari, rasanya tidak sampai 30 minit pun setiap hari
aku melayari laman web ilmiah yang boleh menambahkan ilmuku yang
secebis ini....Tahlil, Solat Jenazah, semuanya belum dikuasai....
sedangkan semua itu sangat perlu untuk dikuasai
sedikit penyesalan wujud ketika itu....rupanya terlalu banyak
yang belum aku ketahui....

InsyaAllah akan diusahakan yang terbaik....Terima kasih buat ayahku...
aku akan selalu merindui naihat dan pesanannya itu....

Tepat pukul 11.15 tadi aku pergi ke stesen
bas Machang untuk mengambil beg
laptopku yg teringgal ketika pulang
ke kampung utk merayakan aidiladha...
Setelah seminggu dalam kegusaran dan
kegelisahn yang teramat sangat,
akhirnya dapat jua laptopku itu....
ia diselamatkan oleh Abang Heilmi yang sangat baik hati
tapi susah nak jawab call and balas mesej....
apapun, Segala Puji bagi Allah.
Moga Allah menjauhkan diriku
daripada sikap cuai dlu, kini dan selamanya..
Laptopku itu dihadiahkan oleh abangku( Angoh)
setelah aku kehilangan
laptopku yang pertama Jun 2008....
=(

Saturday, November 20, 2010

slow2 doh weyh...:D


Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali

Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"

Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

salam perjuangan......


Warisan Pahlawan, kuala berang....=)


kecewa selepas tidak dibenarkan masuk ke dalam


Sekayu....
20 November 2011.....
Alhamdulillah, sudah tiba di rumah tumpangan Warisan Pahlawan
di Kuala Berang....suatu tempat persimpangan yang cukup menenangkan
hati manusia yang kalut seperti diriku ini.....;D
(nanti akan aku upload gambar)
Selamat meneruskan perjuangan untuk adikku di sini
tinggal 2 hari sahaja lagi untuk menghadapi SPM...
Uih2, kalau nk cerita pengalaman peperiksaan ini
banyak boleh diceritakan.....
SAKIT PERUT xyah cite la.....

seingat aku masa SPM akan kubawa sebotol air besar ke dalam dwan
peperiksaan beserta kain pengelap muka di sebabkan berpeluh.....
sampai ke sekarang aku terbawa-bawa ngan tabiat tuh.....
okeyh, ingin menghantar adikku check-in di sekolahnya......
ZZZzzzzooommmmmm

Friday, November 12, 2010

Salam perpisahan sahabatku....


selamat menjadi cikgu yang baik!


Abang Wan( semoga dikurniakan bakal isteri yang solehah.Hi3)


Faruz( Kagum dengan ilmu tajwid dan lagu bacaan Al-Qurannya)


abang Aiman ( teman seperjuangan nasyid 2009)


Abang Fakri; mantan pengerusi kelab 2008....
( kagum dengan kata-kata nasihatnya)


Situasi di awal pagi membuatkan aku tidak tahu
ingin ke mana....jam menunjukkan pukul 6.15 pagi....
Nak ke Faroq roti canai pun masih belum buka...;D
Termenung memikirkan 6 bulan aku di semester
4 pengajian aku di sini.....Alhamdulillah, sudah pun
3 tahun setengah aku di sini......

Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya....
Tahun 2010 merupakan penghabisan kepada seniorku
di semester 8 di institut ini.....tidak semua seniorku itu aku
akrab rasanya....namun, ada juga yang terlalu rapat....
Especially sahabat seperjuangan dalam Kelab Asy-Syakirin...
Bermula daripada mula-mula mendaftarkan diri di IPG ini,
aku tidak sunyi daripada mendapatkan pandangan dan
menerima nasihat mereka dalam pelbagai perkara.....
Sama-sama bekerja keras menjayakan setiap aktiviti....
seperti Kem Pengenalan Tarbiah Islam, Program Berbuka Puasa....

Rutin inilah menyebabkan aku terasa sangat kehilangan
apabila senior-seniorku ini sudah tiada di IPG ini
pada tahun hadapan....
Moga2 Allah akan mengurniakan pengganti kepada insan-insan yang
aku hormati ini....moga perjuangan dakwah ini tidak disulitkan kerjanya...
Ya Allah, jadikanlah mereka ini sebagai seorang guru yang
akan mengajar mengikut cara yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w dan cara yang diredhai Allah....
Selamat Berjuang....=)

Wednesday, November 10, 2010

Walau seremuk mana hati dilukai,
bentuklah ia kembali,
dan serahkan pada Ilahi....

Moga Allah mengurniakan kekuatan kepadaku
menghadapi 2 paper lagi....

Monday, November 8, 2010

Di saat kesukaran....

"Ya Allah ya Tuhanku Yang Mendengar rayuan hambaNya,
Jadikan setiap ilmu yang dipelajari olehku diberkatiMu
dan diberkati oleh insan-insan yang mencurahkan ilmu mereka kepadaku
supaya kami dapat mengingati setiap apa yang telah dipelajari......
KepadaMu sahajalah hambaMu mendoakan kejayaan diri yang berdosa ini...."

Situasi tertekan setelah menjawab kertas Planning And Teaching Mathematics
disebabkan aku tidak mampu mengeluarkan apa yang telah dibaca....
Sssshhhh...tenangkan diri menghadapi paper BASIC CALCULUS
yang dikhabarkan the most DIFFICULT paper in degree session....
Kurniakanlah kekuatan ya Allah...=)

Friday, November 5, 2010

Selamat Bergraduasi


Sudah larut malam kiranya malam ini....
Rasa sudah mengantuk untuk membelek
nota-notaku sebagai guru pelatih...
Planning and Teaching Maths, Basic Calculus
Sebenarnya, hati agak kegusaran dalam musim
exam sebegini...nk tdo, dah banyak sangat tido...
bla study, rasa xmasuk...
tidak mengapa, usahakan sekadar termampu didiey!

Esok hari graduasi adikku, YieYie di MRSM Kuala Berang....
AYah dan ibuku berkampung di K. Berang selama dua hari
bersama adik-beradikku yang lain..tibe2 je rasa ingin berada di sana]
juga...Tahniah Yie kerana sudah hampir menghabiskan pengajian di sana
SPM is just around the corner!selaku abang yg bervisi tinggi, (heheh)
aku akan terus mendoakan kejayaan adikku menempuh SPM...
K, Selamat Malam....Beralih ke Hari Sabtu..
3 days more

Wednesday, November 3, 2010

Kembali ceria....


Salam pilihan raya Galas.....(nada bersemangat!)
ya Allah, tegakkanlah pemimpin yang akan memperjuangkan agamaMU
dan menjaga kebajikan hamba-hambaMu

Tiada idea untuk aku menulis sebenarnya...
Cuma terasa juga ingin menulis bagi memastikan blog ku
ini tidak menjadi usang.
Setelah merasai demam, seminggu pada minggu lepas,
aku merasakan bahawa hidup ini sangat berharga
setelah sembuh drpd demam...
Se
Demam kali ini, betul2 banyak memberikan suatu 'keinsafan' dalam
diriku....;D
Walaupun kita mahu untuk melakukan sesuatu, ia tidak dapat dilaksanakan
setelah Allah tarik seketika ujianNya itu.....
Namun, semuanya ada milikNya....

Terima kasih , buat ibu dan ayahku, adik-beradikkku yang
sentiasa meNELEPON
untuk bertanya khabar....berdoa...
memberikan kata-kata semangat untuk
aku cepat sembuh daripada demam...
Akhirnya berkat doa semua sembuh juga

Terima kasih!! buat semua sahabat-sahabat
yang menjaga diri ini ketika demam...
Paje, Nik, Wan, Mat Anih, Mat Nor, Naqib, Salahuddin, Ikhwan....
Blikan nasi, belikan ubat, belikan hundred plus,
masakkan sup ketam....
Terima kasih untuk sahabat yang datang menjenguk
Din, Arif, Macha, Zaki serta mendoakan kesihatan
Terima kasih berjuta-juta buat rakan-rakan sekelas....
Kakwe Mereng, Ezati Sengal, Fani Gemok, Faz-Cob...
ada suatu malam tuh,
laju aku bangun daripada tidur tahu bdak2 xtentu hala ni nak
jenguk aku ikot jendela bilik aku...heheh
aishhh, menganggu privacy btol!hahahha

Tidak dilupakana terima kasih kepada sahabat seperjuangan
Asy-Syakirin.....=)
Terima kasih untuk semua!

Terima kasih untuk semua...Sama-sama
kita doakan agar Allah mengurniakan kesihatan
yang baik kepada kita sepanjang masa...(especially musim2 exam ni)
Assalamualaikum..=)