Pages

Monday, September 27, 2010

Length Measurements



Note
1 meter = 100 centimetres
1 centimetre = 10 milimetres
1 metre = 1000 milimetres


1. The length of snake is 3 m 20 cm.

What is the length in cm unit?


1 m = 100 cm

3m = 3 x 100cm

= 300 cm


So,the total length in cm is

equal to 300 cm + 20 cm= 320 cm

320 cm = ? mm

solution : 1 cm = 10 mm

320 cm = 320cm x 10 mm

= 3200 mm





QUESTIONS


1.12 cm = … mm
2. 320 mm = … cm
3. 123 cm = … m
4. 2345 mm = … cm
5. 12.3 m = … cm
6. 8.5 m = … mm
7. 345 cm = … m

8. 2.45 cm = … mm

9. 3456.5 mm = ... cm

10. 1.3 m = ... mm

11. 12.3 cm = ... m

12. 3.4 mm = ... cm

13. 12.56 m = ... cm

14. 12.1 m + 1.2 m =... m

15. 1.4 m + 12.3 cm = ... m... cm

16. 3.4 m + 1.43 cm = ... cm

17. 1234 mm + 2.1 cm = ..cm

18. 32 cm + 67 cm =... m

19. 678mm + 67cm = ... m

20. 2.75 m + 56o cm + 4000 mm = ... m




Kita Boleh!



Selamat malam teman sepermainanku ...
hadapi hari ini dengan suatu tekad yang menggunung
dan yakin
bahawa kita hamba Allah yang
telah diciptakan sebagai sebaik-baik makhluk
dan disediakan medium tempat mengadu yang tiada terbatas....
Allah Maha MEndengar...
selamat berjuang saudaraku....

Friday, September 24, 2010

Kujalani.....

Mulakan hujung minggu dengan senyuman
bukan hanya dizahirkan di bibir bahkan
yang lebih penting daripada hati....
lupakan kekusutan dan kebuntuan masalah,
pasti diri kita akan terus bahagia
dan terus berdoa moga2 kita berada dalam redha Ilahi
senantiasa...

Selesai pergi memberi sokongan
kepada 'saing-saing ambo' yang menyertai tournament ragbi
IPIK di depan IPGku ini.....
rasa cam nk terkeluar anak tekak duk 'menepik'
(bergaya cam org yang tahu main ragbi tepi padang.haha)
selepas suatu sesi latihan dikir barat yng hampir memuntahkan
diri ini pada malam hari.....
Seterusnya, ingin memenuhi jemputan majlis aidilfitri pada
hari ini....moga2 dipermudahkan segala urusan...
TERIMA KASIH TUHANKU...=)

akan kuadu padaMU...


Wahai saudaraku,
izinkan aku berbicara meluahkan,
segala apa yang aku gusarkan,
biarpun dirimu tidak akan pernah mengerti,
bahawa aku tidak pernah dan tidak akan mampu,
menghadapi perjuangan yang cukup berat
untuk digalas ini.....

Ya Allah Tuhan yang sangat memahami hambaNya ,
izinkan aku sujud memohon ampun kepadaMu,
pada setiap noda, dosa serta titik-titik hitam,
yang telah lama aku pahatkan di hati ini,
Bukan niatku untuk terus bergelumang dengan dosa
kemungkaran yang dimurkaiMu....

Perjuangan ini harus diteruskan,
biarpun keyakinan diri ini kian pudar,
dan aku terus merasakan semakin hari,
akan terus luntur dimamah dosa-dosa yang kian melebar,
Namun, akan kupacakkaan kaki anugerahMu ini Tuhanku,
dan aku berjanji padaMu aku
tidak sesekali meninggalkan perjuangan ini,
biar dicaci, dimaki dan dibenci,
kerana aku akan terus mendambakan,
Cintamu yang Abadi....

Sajak yg dinukilkan & ditukang karut oleh Didiey.....=)

Wednesday, September 22, 2010

Hipokrit @ Malu KepadaMu

Suasana petang yang tenang selepas ribut kencang
di petang Rabu menyebabkan aku sedikit bersemangat
untuk mencoret serba sedikit kegusaran di hati ini berkaitan apa aku
perhatikan dalam kalangan saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku
dan yang lagi memalukan apabila kelakuan itu turut dilakukan diri sendiri.....


Firman Allah S.W.T dalam Surah Muhammad; ayat 15
- Perumpamaan taman syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertaqwa
; disana ada sungai yang airnya tidak payau, dan sungai-sungai air susu
yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai khamar
(anggur yang tidak memabukkan), yang lazat rasanya bagi peminumnya,
dan sungai-sungai madu yang murni. Di dalamnya mereka memperoleh
segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka....
Samakah mereka dengan orang yang KEKAL DALAM NERAKA,
dan diberi MINUMAN DENGAN AIR YANG MENDIDIH, SEHINGGA USUSNYA TERPOTONG-POTONG?

Suatu maksud susunan ayat yang cukup menyentap hati untuk
kita selaku hamba Allah yang kekal dengan status itu selama-lamanya...
Namun, kerasnya hati ini menyebabkan kita sentiasa mencari
alasan yang membenarkan kita untuk terus melakukan atau
terus mengatakan kita di pihak yang benar biarpun kita sudah jauh
dari landasan kebenaran dan semakin melebarkan kebatilan kita...
'Aku tidak suka menjadi HIPOKRIT'....jawapan
yang selalu didengari sekiranya ada hamba Allah
yang ditegur atas maksiat/ kemungkaran yang dilakukan....
HIPOKRIT vs RASA MALU kita kepada Allah?
TIDAK MAHU JADI HIPOKRIT?!
Jawapan seorang hamba yang hanya diciptakan dari
titisan air mani yang cukup hina kemudian
dimuliakan oleh Allah S.W.T di muka bumi dan dinobatkan
sebagai mahkluk ciptaan Allah yg paling sempurna....
KITA MUDAH LUPA DAN TIDAK MENGENAL ERTI MALU....
Setelah kita dibekalkan rezeki yang melimpah ruah,
kesenangan dalam mendapatkan keperluan hidup seperti
belajar, berhibur, pengangkutan,
suatu jawapan yg sangat bongkak apabila kita memaculkan jawapan
seperti itu dari mulut yang juga
bukan milik kita bahkan diberi pinjam oleh Allah....

Mungkin kita atau yang lebih pentingnya diri penulis yang dhaif ini
perlu duduk dan cuba analisa diri kita semenjak berada di alam roh lagi biarpun
kita tidak menyedarinya tetapi kita pernah melaluinya....
Jangan terlampau ingin menzahirkan kehebatan kita
sehingga kita sudah lupa bahawa kita adalah hamba yang
boleh dipanggil untuk menghadap Ilahi pada bila-bila masa sahaja...
Ayat 15 Surah Muhammad di atas menunjukkan bertapa ALlah sangat
menyayangi kita selaku hambaNya...
Disediakan dan dijanjikannya suatu limpahan nikmat yang cukup
banyak san tiada tandingannya d dunia pada hari ini...
Pada masa yang sama, Allah tidak akan berhenti menunggu utk
menimpakan azab yg cukup dahsyat dan menyeksakan kepada hambaNya
yang terus mendabik dada, terus bongkak, ego muka bumi Allah pada ketika dan saat ini...

MOga menjadi suatu peringatan kepada diri ini serta sahabat-sahabat sekalian.....=)

Tuesday, September 14, 2010

Syawal tanda kemenangan...


di rumah puan munirah anak kepada cikgu ghani....


berhari raya di rumah saya...

di rumah cikgu pinah bt bakar...


kanak-kanak menziarahi sambil menginginkan sampul duit raya...


sangat gemuk disitu..;D


di rumah nenekku, Kg Tok Burong


Alhamdulillah....
masuk 6 Syawal sudah hari ini....
tinggal 3 hari je lagi daripada 21 hari cutiku
aku akan kembali ke maktab...
apapun raya tahun ini dapat disambut dengan penuh kesyukuran
bersama ahli keluarga yg tercinta, datuk
nenek, sedare mara serta sahabat
sahabat yg sudah lama ketemu muka...

pagi raya riuh rendah dengan suara adik-beradikku
mencari baju melayu, samping, dan songkok mereka...
masing2 cuba menggayakan dengan gaya yang terbaik..
di tengah- tengah kekalutan tue ayahku masi tenang
memberi lembunya makan dan minum di pagi syawal..;D
aku pula cuba mengurangkan kehitaman dengan menyampu
bedak di muka dalam kuantiti yg agak banyak..heheh
pergi menunaikan solat sunat aidilfitri di tempat biasa
Masjid Pantai Damat...
alunan takbir membesarkan Ilahi membuatkanku
terasa sangat bersyukur dapat menghabiskan
ramadhan pada tahun ini....

biarpun sudah dewasa,
aku masih menunggu diut raya..malangnya hanya rm 20 je dapat..
menyebabkan aku mengambil keputusan untuk menziarahi dan berjumpa
kenalan-kenalan dan sahabat-sahabat lama.ehhehe...
walaupun tidak kesemua yg dapat dijumpai, sekurang-krangnya
dapatlah bertanya khabar sahabat-sahabat lama
tentang keadaan dan perkembangan diri mereka...
tidak lupa untuk diziarahi adalah,
guru-guru yang bayak berjasa pada diri ini.....
moga cikgu2ku sentiasa sihat walafiat
dan diri ini mohon ampun sekiranya ada terkasar bahasa
tersilap bicara ketika berada di bawah didikan cikgu suatu ketika dahulu..
SEkian....=)

post ni sudah lama di dalam draft..cuma
baru dipublishkan pada petang rabu ni..sekian..=)

Tuesday, September 7, 2010

bangun!!


berbuka puasa saat yg paling menggembirakan hati...


berbukak puasa di Tok Bali....


timbunan dahan-dahan pokok...


1 syawal semakin menghampiri.....
alhamdulillah selautan kesyukuran aku panjatkan
kepada Mu ya Allah kerana memberi peluang untuk berada
di buan ramadhan yang barakah tahun 1431 H...

post kali ini adalah utk menceritakan kegiatan gotong-royong
yang telah bermula sejak 4 hari yang lalu.....
setiap kali raya mesti aku bersama adik-beradik yang
lain akan bergotong royong memesin pokok pokok kelapa
dan menebas rumput....:D

Hari ini alhamdulillah hampir selesai separuh daripada halaman
kawasan teratak rumahku...biarpun pagi semalam
bagaikan nk pecah rumah disebabkan tingginya
kelansingan bunyi suara ibuku.....:D
tapi alhamdulillah untuk hari ini seawal 7.30 pagi
semua telah bersedia dengan alat-alat masing-masing...
aku bahagian pengaut rumput dan mesin rumput....

Moga2 Aidilfitri tahun ini terus ceria biarpun
ibuku pasti akan sebak dek kerana abangku,Angoh,
jauh berada di perantauan...moga2 Allah kuatkan hati Angoh dalam
menghadapi setiap ujian dugaan kerana dugaan itu adalah untuk hambaNya
yang mampu utk menghadapinya..insyaAllah....

Sekian....

terima kasih Ratuku


Pantas masa berlalu dan tanpa aku sedari
tiba lagi tarikh 5 September utk tahun 2010.Hari yang
sangat istimewa buat diriku selaku anak kepada
ibuku yg telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang
ke-49 tahun ini....

Tiada kata yang dapat kuzahirkan selain merafakkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana terus
mengizinkan ibuku untuk terus bernafas dan sihat walafiat
serta terus menjaga anak-anaknya....Tanpa izinmu ya Allah,
tidak mungkin aku dapat hidup sebahagia ini pada hari ini....

Buat ibuku,
terima kasih, terima kasih, dan terima kasih
untuk segala pengorbanan, kepenatan, kesusahan, kepayahan
yang telah dilalui utk membesarkan, mengasuh, mengajar , mendidik,
dan segala jasa yg telah dilakukan utk membesarkan kami semua....
tiada hadiah yg dapat diri ini berikan melainkan cuba utk menjadi anak
yang baik biarpun masih belum tercapai, serta cuba melakukan yg
terbaik dalam pelajaran biarpun berulang kali tidak berjaya....
tetapi setiap kali kegagalan yang aku hadapi,
setiap kali itulah aku terus bangkit menghadapi
setiap cabaran dengan kata-kata semangat dan doa daripada ibuku..

aku mendoakan moga2 Allah tidak terlalu awal menjemput ibuku,
panjangkanlah umur ibuku dalam keredhaanNya,
kurniakanlah kesihatan yang baik kepada ibuku serta
tidak menguji ibuku dengan ujian yg tdak mampu dihadapi
dan ditanggungnya...

TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA MAMA!