Wednesday, June 30, 2010
kembali ke maktab....
ayahku bersama motornya..NITRO!
ziarah SMK BAchok..bersama ustazah Haslina
bersama ibuku di jeram linang!
assalamualaikum w.b.r....
setelah 3 minggu aku diberikan masa oleh Allah
untuk berada di rumah,
akhirnya abis jua cuti pertengahan tahun 2010....
alhamdulillah objektif aku untuk mempelajari sesuatu
tercapai walaupun aku merasakan progressnya
adalah perlahan..insya-Allah bak kata orang dulu2
sedikit demi sedikit....
alhamdulillah jua aku panjatkan padaMu Penciptaku
kerana memberikan ruang, peluang dan masa kepadaku
untuk bersama ibuku, ayahku serta adik-beradik yang
kebetulan trut sama
cuti sepertiku....
setelah sekian lama aku menunggu, 3 minggu ni
mampu memenuhi kerinduanku untuk
kembali bersama seperti kecil-kecil dahulu....
walaupun dalam masa yang cukup terhad...
aku juga masih meneruskan hobi memesin rumput
di sekitar halaman rumahku bersama bantuan adik-
beradikku yang lain...
kemudian, selang 2, 3 hari, rmput itu aku hilangkan
dengan menyalakan api pada rumput-rumput yang telah
kering molek itu....
puas hati aku melihat rumput-rumput
itu terbakar dengan maraknya dibantu cuaca yang
agak panas di negeri Kelate tanah airku.....
sambil-sambil adik perempuanku yg SIHAT , Siti
menghidangkan air tea o panas yg tiada tandingan kelazatannya....
kini, aku kembali ke IPG Kampus Pendidikan Teknik
untuk meneruskan pengajian di semester 4...
insyaAllah, masih ada 2 tahun setengah lagi aku
akan menuntut ilmu disini....
sekali lagi aku pnjatkan setinggi-tingi kesyukuran
atas keputusan peperiksaan yang telah aku terima...
tapi perlu lebih berhati-hati dan lebih tekun mungkin
untuk semester ini....;D
dilantik menjadi AJK English..kurang selesa
tetapi mungkin boleh lebih kerap ke English Department
dan membiasakan sepaking!hahha
akhirnya, aku berharap agar perjalanan aku
menuntut ilmu ini akan sentiasa dibimbing dan dipandu oleh
Ilahi....moga2 Dia kurniakan kejayaan bukan shaja dalam
bidang akademik, tetapi jauh lebih dari itu yang melayakkan
aku dipanggil hamba kepada seorang Pencipta...insyaAllah...=)
Monday, June 21, 2010
30 minit waktu rehat...
waktu rehat telah tiba !
hati ini melompat riang bersama rakan2 sekelas 3 Amanah 1....
jam tepat menunjukkan 10.30 pagi.....
dengan cepat dan bajet2 bergegas aku
kemaskan buku-buku yg berada di atas meja di dalam kelas
di tingkat 3 salah satu bangunan yg agak lama
di SMK Bachok....
dengan adik-beradik sekelas seramai 40 org,
10 lelaki dan 30 perempuan,
berderet kami bersama-sama
ke kantin sekolah yang tidak boleh
dibayangkan kecelaruan rakan-rakanku
dari kelas lain yg sedang
bising menjerit menu makanan yg diinginkan mereka...
mujurlah, jasadku tidak perlu berada dalam
kekalutan itu...bekal makananku telah disediakan oleh ibuku
bersama sebotol air yg telah dimasak...
hanya menunggu rakan-rakanku yg lain mendapatkan makanan mereka...
setelah semuanya telah mndapat makanan,
makanlah aku dan rakan-rakanku dan kelas2 lain,
30 minit waktu rehat itu bagaikan 10 minit
dek kerana terlalu bnyak ketawa apabila
ada di antara kami yang sudah mencari modal2
ingin membuat lawak!
dan seperti biasa tugas aku hnyalah ketawa
semata-mata!
begitulah 30 minit waktu rehat
setiap hari aku di sekolah dahulu
especially sewaktu tingkatan 3.....
kekal berada di lipatan memori
insan bernama didiey....
Wednesday, June 16, 2010
SETIALAH wahai khalifah...
Assalamualaikum sauadara-saudaraku....jam menghampiri pukul 2 pagi dan kurnianlah Allah pancainderaku, mata, masih belum mengantok....dan aku terbaca suatu kisah yang berlaku suatu masa dahulu.
Disebutkan bahwa dulu di kota Bukhara, terdapat seorang laki-laki pembawa air. Ia biasa mengangkut air ke rumah tukang emas selama tiga puluh tahun. Tukang emas tersebut memiliki seorang istri shalihah yang sangat cantik. Pada suatu hari, lelaki pembawa air datang sebagaimana biasanya, lalu memegang tangannya dengan penuh nafsu.
Ketika suaminya kembali dari pasar, ia bertanya, “Maksiat apa yang telah Engkau lakukan pada hari ini?” Si suami menjawab, “Aku tidak berbuat maksiat apa pun!” Namun, si istri mendesak. Akhirnya si suami mengaku, ia berkata, “Seorang wanita mendatangi tokoku. Ketika itu aku punya gelang, lalu aku sematkan gelang itu di pergelangan tangannya. Akupun terpesona melihat putih lengannya, lalu aku pun mengelusnya.”
Allahu Akbar, teriak si istri. “Inilah hikmah pengkhianatan lelaki pembawa air itu hari ini!” Suaminya berkata, “Wahai istriku, aku benar-benar bertaubat, maafkanlah aku.”
Keesokan harinya, lelaki pembawa air itu pun datang dan berkata, “Wahai nyonya, maafkanlah aku, karena setan menyesatkan diriku.”
Si wanita berkata, “Pergilah!”……….
Berdasarkan apa yang cuba dsampaikan oleh Allah melalui kisah ini bahawa
Allah akan membalas balik setiap dosa yang kita lakukan melalui pelbagai cara
termasuklah Allah membalas melalui ahli keluarga kita...seorang lelaki yang
diiktiraf oleh Allah selaku khalifah di mka bumi Allah ini seharusnya seharusnya menjdai suami yang sejati
tidak mengkhianati kesetiaan isteri...kerana Allah itu Maha Melihat
dan yakinlah setiap kemungkaran yang kita kerjakan bakal
mndapat pembalasan yang setimpal daripadaNya.
Tuesday, June 15, 2010
januari-jun 2010....
perlu menerima ketentuan....
cuti sudah sampai di pertengahannya...
alhamdulillah utk cuti kali ini, aku mempunyai
target dan matlamat tersendiri utk dilakukan....
sangat gembira di saat semua adik2 dan abang2ku
kembali pulang ke desa di mana kami membesar bersama
biarpun hati kini sedang kegelisahan
menunggu masa utk Allah mentakdirkan
sama ada kena ataupun tidak......
Syukur padaMu ya Rabbi, setelah adikku juga
telah menerima tawaran menerusaskan pelajaran
ke IPG Kampus
Temenggun Ibrahim, Johor Bahru....
insyaAllah abang sulungku
pula yg akan mengambil alih tugas menjaga pok yan...hahha
Dalam kegembiraan(dan kebimbangan),
aku ingin menyatakan rasa syukur
pada Allah kerana menganugerahkan ibu dan ayah
yg sangat memahami dan mampu mendidik diriku
utk menjadi seorang anak yang ingin menjadi baik
biarpun masih belum baik..insyaAllah..=)
Saturday, June 5, 2010
dalam suka ada kepiluan....
"Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Turunkan para Malaikatmu untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan Seluruh Palestina,
Sebagaimana telah kau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza,
Kuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka,
Menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam lewat Jihad fii Sabiilillah.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Janganlah Kau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-saudara kami.
Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin Mukhlisin dan para Syuhada yang menjemput Syurga-Mu.
Jangan Kau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara,
Anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-Mu dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim."