Pages

Sunday, January 13, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat

12 Januari 2013 (Sabtu)

Rasanya tarikh ini menjadi suatu sejarah yang berharga kepada pihak yang menganjurkannya dan pihak yang sedang menguasai sesebuah negara. Cukuplah kita berada di bawah suatu kepompong pemikiran yang begitu dhaif dan sempit dengan mengatakan himpunan ini akan menimbulkan kekecohan kepada negara, mendidik rakyat menjadi liar dan tidak bersyukur dengan jasa kerajaan yang selama ini mengekalkan 'keharmonian' negara kita, menimbulkan sentimen kebencian di antara parti-parti politik dan banyak lagi alasan-alasan yang saya kira begitu menjelikkan, kebudak-budakan dan hanya bernas digunakan kira-kira 10 tahun yang lalu di mana media elektronik dan kemajuan teknologi maklumat berada di tahap yang rendah.  

Kelihatan dalam akhbar hari ini Berita Harian, Utusan UMNO,  dan televisyen TV3, menggelarkan HKR ini sebagai himpunan sampah, menyatakan kerendahan tahap pemikiran masyarakat yang begitu rendah dengan membawa golongan kanak-kanak ke himpunan sebegitu ramai yang memungkinkan keselamatan mereka terjejas gara-gara begitu banyak manusia. Adakah begitu banyak wang yang mereka dapat dengan membuat penulisan jahil sebegitu. Adakah himpunan sambutan tahun baru, Sambutan Kemerdekaan yang penuh dengan hiburan liar yang diakui oleh JAKIM sendiri dengan kelahiran anak luar nikah meningkat, kondom bersetaburan, pesta tari menari dengan tarian perempuan yang sangat mengaibkan ditonton secara langsung oleh pemimpin-pemimpin kerajaan inilah yang menunjukkan mereka berada di tahap pemikiran elit mereka sendiri?!Lapangkan dada anda sebelum menulis sesuatu. 

Saya bukan terlalu taksub tetapi ini soal masa depan negara dan sekiranya dikecilkan lagi skopnya bagaimana acuan anak-anak kita yang bakal dilahirkan kelak ke dunia yang penuh dengan gaya kepimpinan yang menjurus ke arah kehancuran ini? Kelihatan orang-orang yang diberikan kemualian oleh Allah yakni beberapa orang ulama' , para hafiz, tok2 guru bersama himpunan ini . Dalam hati seorang yang sangat dhaif ilmu ini  terus memikirkan takkan lah orang-orang yang diberikan kemuliaan oleh Allah akan menyokong himpunan ini sekiranya ia bercanggah dari segi syara'. 


Sekiranya kerajaan hari ini boleh berubah, berubahlah secepat mungkin. Letakkanlah Islam sebagai asas kepimpinan kalian. Seandainya kalian bukan dalam golongan alim ulama, berilah peluang kepada alim ulama untuk merencanakan perancangan dalam pentadbiran negara dan sekurang-kurangnya ambillah pandangan dan pendapat daripada golongan-golongan ini. Ketidakadilan kalian dalam pentadbiran, urusan jual beli barangan dengan menggunakan duit rakyat distambah lagi dengan ketidaktelusan, Royalti rakyat yang diputar belit dengan wang ehsan, Lynass, NFC,  memungkinkan HKR kali ini mengikut anggaran yang dinyatakan oleh pihak yang boleh dipercayai mencecah lebih setengah juta lautan manusia...