Pages

Saturday, December 15, 2012

Lorong sedang dibentuk

Selamat menyambut 3 Safar 1434 H .Tarikh  sudah memasuki 16/12/12. Kalaulah musim sebagai seorang murid sekolah, mesti hati waktu ini sudah melompat mahu ke pasar raya terdekat untuk mencari pakaian sekolah. Kalau zaman di tempat pengajianku di Cheras, pasti menjelang 2 minggu sebelum waktu cuti sekolah ini berakhir, aku bersama rakan-rakan yang berasal di Kelantan akan mula merancang perjalanan untuk kembali ke IPG Kampus Pendidikan Teknik dengan menaiki kereta, tarikh, dan siapa yang akan bersama. Namun, mungkin zamanku itu sudah berakhir setakat tahun 2012 ini dan ada fasa lain menunggu iaitu fasa memasuki alam pekerjaan.....InsyaAllah

Hari ini, Allah terus mengurniakan rezeki kepada keluargaku khususnya si adik, Muhammmad Azamuddin bin Ahmad Fikri. Setelah dikurniakan pencapaian yang baik olehNya dalam UPSR yang lalu membolehkan Azam untuk 'apply' Maahad Tahfiz Sains dan MRSM versi Ulul Albab + IGSOE. Setelah melalui 3 sesi temuduga iaitu 3/12, 8/12 di Maahad Tahfiz Sains Nur Aman, Kok Lanas dan 11/12 yang lalu di MRSM Kota Putra, hari ini keputusannya telah keluar di mana Azam ditawarkan ke Maahad Tahfiz Sains  Bustanul Arifin, Berangan, Tumpat. 

ALHAMDULILLAH

Dalam perancangan, ayah dan ibuku mempunyai harapan yang tinggi untuk Azam di mana untuk memastikannya berada di laluan yang terbaik dalam menjadikannya seorang hafiz Quran dan arif dalam ilmu keagamaan tanpa mengetepikan sedikitpun soal akademik. Biarpun terlalu awal untuk memperkatakannya, sebagai seorang abang, sokongan dan doa supaya harapan itu menjadi suatu realiti sentiasa dipanjatkan yang bakal menjadi suatu pasak yang utuh kepadanya dan kami sekeluarga dalam zaman yang begitu membimbangkan ini ...=)

Teringat kata-kata ayahku meletakkan nama Azamuddin bersemperna Al-Fadhil Ustaz Taib Azamudin , seorang bekas Imam Masjid Negara suatu ketika dahulu.

sabda Rasulullah S.a.w: “Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim. Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manfaat kepada orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang lain)”.