Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa akhirat menjadi obsesinya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi obsesinya, maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.” Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad sahih.
Petikan hadis yang aku petik daripada HALUAN Kelantan....
Terbaca hadis setelah menikmati sarapan pagi bersama abangku
di kedai mamak..hehhe
Suatu hadis peringatan daripada Baginda S.A.W tentang
bagaimana cara untuk kita selaku hamba Allah dan umat
Baginda S.A.W melalui kehidupan di dunia pada hari ini.....
Disampaikan dan diberitahu kepada kita tentang janganlah kita
terlalu menjadikan dunia ini sebagai destinasi terakhir kehidupan kita
Pada masa yang sama jangan sekali2 kita abaikan dunia ini....
Kerana melalui perantaraan dunia inilah kita mungkin
merasai manis dan indahnya nikmat syurga Allah S.W.T kelak
biarpun aku yakin dan percaya
sekiranya kita dapat memasukinya hanyalah berbekalkan
rahmat Allah yang paling utama...
Jadikanlah dunia ini sebagai suatu perantaraan yang sangat
berharga yang telah dikurniakan oleh Allah ....
Sebagaimana yang aku selalu dengar peringatan
yang diberikan sebelum ini,
besarnya penghargaan yang Allah berikan kepada kita
sehingga Dia memilih kita untuk menjadi manusia
di antara jutaan 'bakal-bakal manusia' yang lain....
Jangan hapuskan terus nafsu atau kehendak kita
sebaliknya bendung dan kawal lah ia sebaik mungkin
kerana kita sememangnya manusia yang diciptakan
sebagai makhluk yang bernafsu......=)
Itulah manusia yang banyak menerima bantahan
di saat ia hendak diciptakan Allah sebaliknya Allah berfirman
'Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui'.....
TQ ALLAH=)
Tuesday, December 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
syukur pemberian Allah.
Indah la coretan hidup hang....
Post a Comment