Pagi hari terakhir di tahun 1431 H.....
Alhamdulillah menjangkaui setahun lagi umurku pada tahun ini....
Sentiasa aku inginkan penambahbaikan dari segi ilmu yang
terlalu sedikit, sikap yang terumbang-ambing biarpun prosesnya
berjalan dengan sangat perlahan
ke hadapan ke belakang dan kadang2 tidak berganjak....
Setahun ini rasanya dapat dilalui dengan tenang
dengan terlampau banyak kurniakan rezeki yang dikrniakanNya...=)
Dan selaku manusia yang dicopkan sebagai hamba kepada Allah
yang Maha Pengasih, Aku juga tidak dapat lari daripada musibah
atau lebih sopan selaku hamba dipanggil ujian.....
Namun, rasanya tidaklah sebesar mana jika dibandingkan
dengan saudara2 seislamku yang lain especially di Tanah Banjiran Darah Gaza,
Bumi Bergolak Kashmir, dan Kekontangan bumi Afghanistan.....
Situasi di Pejabat Tanah Daerah Bachok pagi ini.....
Sekadar peringatan untuk diri sendiri
Seorang ibu( diyakini Islam) dengan gaya pemakaian yang haram di
sisi Islam( takpayah diulas di sini),mendedahkan
rambut yang setiap uratnya menjanjikan besi yang sangat panas
di akhirat kelak
sekiranya didedahkan kepada bukan muhrim
berambut perang( xpasti dai ataupun inai)
berada di atas tangga
Pejabat Tanah Daerah Bachok....
Di tepinya pula anak kecil lelaki dalam lingkungan
4 atau 5 tahun sudah diwarnakan rambutnya dan diletakkan
rantai leher yang agak besar....
Dalam hati aku berbisik, 'Kesiannya budak ini'......
Dikurniakan olehNya dengan sangat bersih ibarat kain putih
tetapi baru sekejp dipinjamkan Allah
sudah diconteng, direnyuk, dan akhirnya kain itu pasti terkoyak
diterbangkan angin ke mana tujunya aku pun tidak mahu
meramalkannya......
Saudaraku, kukuhkan dan pertahankan Islam yang diperjuangkan
dengan pengorbanan Jiwa, Harta, Keluarga oleh
Kekasih Allah, Muhammad s.a.w.
Yakinlah pada setiap pengorbanan kita
melawan kemungkaran menjanjikan suatu kejayaan
kepada umat yang pernah menguasai 2/3 dunia suatu ketika dahulu....
Jangan jadikan diri kita buih yang terlalu banyak di laut
tetapi mudah pecah apabila dihempas ombak....
TAKBIR!!!!
Sunday, December 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment