krriiiiiingggg! loceng berbunyi menandakan
waktu rehat telah tiba !
hati ini melompat riang bersama rakan2 sekelas 3 Amanah 1....
jam tepat menunjukkan 10.30 pagi.....
dengan cepat dan bajet2 bergegas aku
kemaskan buku-buku yg berada di atas meja di dalam kelas
di tingkat 3 salah satu bangunan yg agak lama
di SMK Bachok....
dengan adik-beradik sekelas seramai 40 org,
10 lelaki dan 30 perempuan,
berderet kami bersama-sama
ke kantin sekolah yang tidak boleh
dibayangkan kecelaruan rakan-rakanku
dari kelas lain yg sedang
bising menjerit menu makanan yg diinginkan mereka...
mujurlah, jasadku tidak perlu berada dalam
kekalutan itu...bekal makananku telah disediakan oleh ibuku
bersama sebotol air yg telah dimasak...
hanya menunggu rakan-rakanku yg lain mendapatkan makanan mereka...
setelah semuanya telah mndapat makanan,
makanlah aku dan rakan-rakanku dan kelas2 lain,
30 minit waktu rehat itu bagaikan 10 minit
dek kerana terlalu bnyak ketawa apabila
ada di antara kami yang sudah mencari modal2
ingin membuat lawak!
dan seperti biasa tugas aku hnyalah ketawa
semata-mata!
begitulah 30 minit waktu rehat
setiap hari aku di sekolah dahulu
especially sewaktu tingkatan 3.....
kekal berada di lipatan memori
insan bernama didiey....
Monday, June 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment