Pages

Tuesday, March 27, 2012

Terus mengkaji bukan menghukum

A Famosa 2012

Maeps

Istana Seri Menanti ~4/2/2012



Cikgu Didiey tidak mempunyai kelas pada hari ini memungkinkan dirinya untuk berada dalam kondisi yang cukup tenang. Minggu ini telah memasuki minggu kelapan berada di SK Cochrane, Kuala Lumpur. Hampir separuh buku RPH telah dgunakan untuk menulis buku RPH seharian. Teringat dulu ketika mula berpraktikum nak disiapkan satu RPH ambil masa tak kurang daripada 5 ,6 jam..Cukup menyukarkan..Selangkah demi selangkah, insyaAllah pertolongan Allah sentiasa ada yang memungkinkan aku untuk terus berRPH dengan lebih mudah dek kerana kebiasaan. Tapi kawalan kelas dan memang mencabar kesabaran saya. =)

Pagi ini aku teringat suatu peristiwa yang berlaku kepada diri saya ketika cuti 2 yang lalu. Dalam waktu yang tidak sampai 15 minit tetapi cukup untuk memberi peringatan kepadaku.Sedang aku menonton video yang berkaitan dengan pergolakan Syria dan ketaksuban golongan Syiah membalun saudaraku Sunni di Syria, berdasarkan huraian seorang ulama' muda, si ayah balik dengan membawa bekalan untuk tambahan kepada sarapan pagi( kuih muih). Ayahku juga telah turut sama mendengar video tersebut. Habis sahaja video tersebut, ayahku mula bertanya pendapatku apa sebenarnya yang berlaku di sana. Sekadar secubit pengetahuanku berkaitan perkembangan di sana, aku menjelaskan kepadanya. Lantas, beliau pula menyatakan pandangannya apa sebenar yang perlu kita mengambil kira dalam menghukum individu dan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

Dalam zaman yang penuh penipuan ini dan zaman serba canggih, beliau menyatakan banyak perkara 'sebalik tabir' yang kita tidak mengetahui bagaimana ia disusun oleh pihak yang ingin melihat kehancuran sebenar agama kita. Menurutnya, Iran dicemuh hebat oleh orang Sunni kerana fahaman Syiahnya dan apda masa sama membekalkan bantuan kepada Syria yakni rejim Al-Assad untuk menghapuskan Sunni. Pelbagai cerita keburukan Iran dizahirkan seolah-olah tiada suatu perkara baikpun berlaku di sana. Iran diiktiraf sebagai satu-satunya negara yang memegang agama ISlam yang masih disegani oleh kuasa-kuasa besar dunia. Di sini agendanya.Mereka tidak mampu untuk menghancurkan Iran dan apa yang boleh dilakukan timbulkan dahulu persengketaan antara Iran atau yang lebih khusus Syiah dengan golongan Sunni yang akan menyebabkan penganut Islam terbahagi kepada dua belah pihak yang dendamnya bukan biasa sebaliknya menghalalkan darah di antara satu sama lain. Akhir sekali, pasti ada golongan pembelot yang akan menangguk di air keruh dengan memberikan maklumat-maklumat rahsia kepada kuasa besar yang ingin menghancurkan Iran dengan berbalas wang ratusan juta ringgit. Lihat, kemungkinan Iran juga bakal tumbang.

Itu kisahnya. Ada betulnya kata-kata ayahku itu. Kalau dengan orang kafir, kita boleh berusaha untuk mencari titik persamaan untuk menarik mereka kepad Islam, kenapa dengan golongan yang sudah satu agama ini kita menghunus perang persengketaan. Aku yakin dengan agamu yang satu ini.=)

0 comments: