Alhamdulillah insyaAllah malam ini akan diadakan suatu forum di surau Asy-Syakirin berkaitan apa sebenarnya yang telah berlaku di Syria. Hasil usaha yang telah dirancangkan dengan zizin Allah, aku mendoakan semoga perjalanan majlis itu dapat berjalan dengan lancar.
Dan isu yang ingin aku lontarkan sementara memasuki kelas relief sebenatar lagi ialah kenapa kita tidka mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Syria. Sebagai seorang yang masih jauh dalam usaha untuk mencapai orang yang fakihh fiddin, kekadang diri terasa sungguh keliru dengan apa yang sebenarnya yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini.
Nabi Muhammad meninggalkan dua perkara yang sekiranya kita beramal dengannya, pasti Allah menjaga kita daripada kesesatan yang membawa kepada penderitaan di akhirat kelak. Memang tidak dinafikan ada banyak pihak yang meletakkan kedua-dua sumber tersebut dan tepi dan itu bukannya menjadi persoalan kepada seorang hamba Allah ini. Sebaliknya, apa yang lebih membimbangkan apabila orang yang arif dalam bidang agama cuba bersikap menyalahkan di antara satu sama lain menyebabkan orang yang baru ingin mendalaminya memutuskan niat untuk terus menggali logam ilmu agama itu sendiri.
Bagiku perbezaan pendapat itu adalah lumrah biasa bagi orang yang memang arif dalam bidang agama. Bahkan imam Syafii dan Imam Malik juga mengalami perbezaan pendapat biarpun Imam Malik adalah gurunya. Tapi tiada sesuatu pun dalil yang menunjukkan imam Syafii mencerca dan menolak Imam Malik. Kedua-duanya adalah imam mujtahid di mana tahap imam mujtahid ini sekiranya mahu dibandingkan dengan seribu orang ulama, pendapatnya adalah lebih baik dan sekiranya mereka di pihak yang betul , mereka mendapat dua kebaikan apabila memutuskan sesuatu hukum dan kemuliaan yang Allah berikan kepada mereka apabila mereka memutuskan sesuatu hukum dan SALAH, mereka masih mendapat satu kebaikan. Begitu jugalah orang yang mengikuti pendapat imam tersebut.
Mungkin disebabkan itu jugalah aku masih mencari-cari sesuatu organisasi yang kurang menuding jari ke arah orang lain dan menganggap organisasi mereka sahaja yang betul. Islam itu mudah dan sempurna, dan semua benda boleh dilakukan dalam Islam melainkan ada dalil yang sah ataupun qias yang mengharamkannya. Tambahan lagi, dalam hadis berkaitan niat apabila nabi mengatakan' Sesungguhnya sesuatu amalan itu dinilai berdasarkan niat' itupun ada 70 lebih kitab karangan imam-imam muktabar yang meghuraikannya.Jadi agak tidak rasional apabila kita mempertahankan apa yang kita pelajari tanpa mahu menerima apa yang masih belum kita pelajari dan lagi membahayakan apabila menganngap pendapat orang lain sudah terpesong ..Apa yang penting, sama-sama kita tingkatkan ilmu dalam diri, kerana kita sudah tiada masa lagi.Sega yang ditulis tidak lain dan tidak bukan hanyalah peringatan untuk diri yang dhaif ini.....Wallahualam.....
0 comments:
Post a Comment