Pages

Sunday, January 15, 2012

Kebencian keranaMu

Setelah hampir dua bulan tidak berjoging di Tasik Permaisuri berhampiran tempat pengajianku, semalam aku meluangkan masa bersama tiga orang lagi sahabatku untuk berjoging dan melihat pelbagai ragam manusia di kala hari hamper melabuhkan tirainya.

Semangat dan iltizam yang begitu tinggi untuk mengecilkan diri yang sedia besar(gemuk) ini tanpa pernah menafikan niat utamanya adalah kerana Dia yang menganjurkan menjaga kesihatan. Namun, rasanya kegembiraanku hanya bertahan sekejap sahaja. Ada sesuatu yang agak luar biasa diperhatikan di tempat rekreasi itu semalam. Luar biasa?!Maksudku perkara yang jarang sekali aku lihat sebelum ini dilakukan secara terbuka tanpa ada segan silu.

Hati terus memberontak memarahi dengan semarah-marahnya. Bukan sebab lain, tapi kerana aku mengetahui dia juga adalah Islam dan memberikan suatu impak yang cukup besar kepada agama yang sering dilemparkan dengan tuduhan palsu sebelum ini. Tapi, ada sedikit ruang dalam hatiku apabila melihat kepada luarannya dengan rambut merah mengatakan dia dalam keadaan yang cukup jahil. Sedikit luahan’ tidak mengapalah’ terbit di hati kecilku ini. Walaupun dosanya tetap dilakukan. Meneruskan larian perlahanku menghabiskan riadahku pada petang kelmarin dengan titisan peluh yang agak hiperbola mungkin kerana sudah lama tidak beriadah ataupun masih terlalu marah dengan kelakuan dua manusia jahil itu tadi.

Dalam perjalanku pulang ke maktabku, Allah tunjukkan lagi dua orang yang memang aku kenali , agaknya baru pulang beriada bersama dan berjalan berdua-duaan dengan gurauan yang agak merisaukan dan sedihnya bertambah bila mengetahui itu jugalah orang-orang yang melaksanakan dakwah di tempat pengajianku. Persoalan utama yang timbul di fikiranku, apakah mereka tidak mengerti tindakan mereka itu memberikan suatu parut yang begitu sukar untuk dihilangkan memandangkan orang bukan melihat kepada kesilapan yang mereka lakukan bahkan orang menilai murahnya institusi sebuah gerakan dakwah....!

Diriku adalah insan yang paling lemah dan rendah imannya.Tidak mampu menyampaiakan teguran untuk menjaga sesebuah institusi dakwah ...Terus kebencianku kepada perkara-perkara yang melibatkan permainan hati dan perasaan SEBELUM KHAWIN kembali membuak. Bagaimana mungkin kita menasihati orang tetapi kita sendiri yang melakukannya...amat besar kemarahan dan laknat Allah untuk orang-orang yang sebegini( ditujukan khas buat diriku). Kebencianku keranaMu, Ya Allah, dan tetapkanlah hatiku, ahli keluargaku serta sahabat-sahabatku di atas jalan yang mengizinkan kami merasai manisnya nikmat syurgaMu...

=(

0 comments: