Pages

Sunday, June 12, 2011

Cuti Abes...

Tidur lama selepas suboh adalah perkara yang sudah lama aku tidak praktikkan,
tetapi dipraktikkan kembali pada pagi tadi memandangkan adik-adikku serta ayah dan ibuku telah kembali ke sekolah. Jelas terpampang wajah gembira adik-adikku( Siti, Aje, Apih) mungkin setelah dua minggu tidak berjumpa kawan-kawan mereka. Kalau disingkap kembali, aku juga seperti mereka suatu ketika dulu. Minggu pertama selepas buka cuti panjang pasti begitu gembira berkongsi cerita dengan kawan-kawanku yang lain. Bingit kelas dan kadang-kadang ditegur oleh cikgu kerana terlalu bising Suatu ketika dulu dan zaman itu aku terpaksa tinggalkan kerana faktor masa yang tidak dapat kuhentikan walaupun sesaat. Aku berharap agar adik-adikku akan merasai dan melaluinya dengan penuh kegembiraan kerana aku tidak dapat menafikan di antara zaman yang paling menyeronokkan ialah zaman persekolahan...

Tahun 2011 ini seorang adik perempuanku akan menempuhi PMR. Pasti berada dalam keadaan bimbang, gusar, dan takut sama seperti diriku suatu ketika dulu. Tapi, alhamdulillah, setiap kali berhadapan dengan exam, sokongan tidak berbelah bahagi daripada seluruh ahli keluarga terutama ibu da ayahku. Pasti adikku juga mengharapkan dia dapat memberikan keputusan yang terbaik untuk keluarga terutamanya ibu dan ayahku. Kadang-kadang timbul rasa bersalah dalam diriku. Seharusnya, sebagai seorang abang aku perlu menggunakan semaksima mungkin masa berada di rumah untuk membantunya melakukan proses ulangkaji. Namun, dek kesibukan dan jadual yang tidak dirancang, aku gagal melakukannya. Insya-Allah, berbekalkan baki cuti yang ada ini, aku akan cuba membantunya dan memberikan tunjuk ajar sekadar yang termampu kepada adik kesayanganku itu.....=) Moga-moga Allah kurniakan kekuatan kepada adikku untuk berusaha dengan gigih biarpun dalam kepenatan untuk mengenggam sebuah kejayaan....

0 comments: