Pages

Friday, February 18, 2011

Fikir Sebelum Buat...

Alhamdulillah, pagi hujung minggu yang sangat menenangkan diriku ini....
lantas aku ambil peluang ini untuk mengisi serba sedikit dalam blogku ini
Dan aku dapat merasakan bahawa kekerapan diriku mengisi
penulisanku dalam blogku yang amat aku sayangi ini semakin berkurang akhir-akhir ini...
Mungkin dek kesibukan yang tersangat-sangat sejak akhir ini....
Ya Allah, lapangkanlah dadaku hambaMu dalam melaksanakan amanah-amanah yang
diberikan dan tetapkanlah hatiku pada jalan kebenaran....

Pengisian semalam ialah mendengar suatu diskusi Krisis Mesir di UKM Bangi...
Suatu ulasan yang agak memberangsangkan dilontarkan untuk hadirin yang hadir.
Bagaimana jatuhnya sebuah rejim Hosni dek api kebangkitan rakyat yang tidak
dapat dibendung lagi. TAKBIR!Setelah 30 tahun diperintah dengan pemerintahan
ala-ala zaman jahiliah, timbul persoalan siapakah yang bakal menerajui kepimpinan
negara Mesir yakni negara yang tersohor dengan kelahiran para nabi, tempat bertapaknya
banyak ilmuan-ilmuan Islam sejak ratusan tahun dahulu...Aku tinggalkan persoalan itu untuk
diriku sendiri. Biarpun aku mengetahui, aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa dalam membantu saudara seislamku di sana, InsyaAllah, Allah akan mengangkat pemimpin yang berkeperibadian keperibadian habibullah, Rasulullah s.a.w...

Selesai sahaja majlis, berlari -lari anak aku menuju ke kereta untuk pulang ke Cheras...
Jam menunjukkan pukul 12.45 pagi...Terketar-ketar aku memegang stereng dek banyaknya muda-mudi yang sedang berlumba motor.Malam hujung minggu kata sahabatku...Ada di belakangnya yang membawa anak-anak gadis...
Yang aku yakini belum mempunyai hubungan yang sah iaitu NIKAH.
Dalam keriuhan bunyi, bunyi motor itu, hatiku beristigfar perlahan....
Ya Allah, jauhkanlah diriku, adik-beradikku, sahabat-sahabatku dan saudara seislamku
yang lain daripada terlibat dengan PERBUATAN BERTUNJANGKAN NAFSU ini..

Lantas, dalam kesunyian kereta kerana sahabat-sahabat yang lain sudah tidur,
teringat aku pada luahan perasaan tidak selesa adik perempuanku terhadap seorang kawannya kerana sudah pandai bermain peraasan biarpun baru di Tingkatan 3.'
Kenapa ti', aku bertanya kepadanya..
Daripada jawapannya yang ringkas,
aku tahu adikku dia sangat benci kepada apa yang telah dilakukan oleh kawannya itu.
Tidak perlulah dia huraikan, aku sendiri faham bertapa meluatnya aku dengan tingkah laku
orang-orang yang sedang bercinta ini.

Lantas aku memulakan bicaraku kepadanya. "Ti, Perjalanan Ti ini masih terlalu jauh.
Abang Cik tidak mahu sekali-kali Ti buat perkara yang sama sebagaimana kawan Ti buat tu..."
Diangguk-anggukkan kepalanya mungkin memahami apa yang aku perkatakan....
Lantas aku menyambung percakapanku, " Peluang terlalu banyak Ti untuk remaja lelaki
ini bercinta dengan remaja perempuan, tapi Ti, kebanyakannya tidak kekal lama dan jawapan apabila ditanya kenapa bercinta dengan si A atau si B,
sekadar main-main...."Aku menerangkan kepadanya lagi...
"Hati perempuan sangat lembut dan sensitif , Ti, sebab itulah ramai lelaki yang terlalu mudah untuk memperbolakannya'
Tapi seandainya difikirkan balik, hari ini mungkin golongan lelaki boleh tersenyum apabila meninggalkan seseorang perempuan itu, tetapi bagi A. Cik ini,A.Cik berasa sangat marah seandainya perkara yang sama berlaku pada adik-beradik kita dan dalam tempoh masa yang lebih panjang.kepada anak-anak.." Sebagai langkah peringatan,aku memberitahu rumusan terakhir kepada adikku, JANGAN kita lakukan kepada orang lain terlebih dahulu kerana Allah itu Maha Adil untuk membalasnya balik kepada kita.....Aku berharap agar dia memahami apa yang ingin aku perkatan kepadanya....

SELAMAT BERJUANG UNTUK ADIKKU SITI FATIMAH EL_ZAHRAA BT AHMAD FIKRI!

2 comments:

Afham said...

perkara yang telah lama dibimbangi telah menunjukkan tanda-tandanya.

nasihat dan peringatan secra berterusan amatlah penting.

Mama kato, Yie duk caro ko lesen keto dio jah. urm..

Mohamad Taqiyuddin Bin Ahmad Fikri said...

InsyaAllah...
sama2 memperingati....

hehhe...Eh, Yie bagus doh...
bnyak dah blaja buat2 kijo kat umoh...