Tuesday, September 7, 2010
terima kasih Ratuku
Pantas masa berlalu dan tanpa aku sedari
tiba lagi tarikh 5 September utk tahun 2010.Hari yang
sangat istimewa buat diriku selaku anak kepada
ibuku yg telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang
ke-49 tahun ini....
Tiada kata yang dapat kuzahirkan selain merafakkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana terus
mengizinkan ibuku untuk terus bernafas dan sihat walafiat
serta terus menjaga anak-anaknya....Tanpa izinmu ya Allah,
tidak mungkin aku dapat hidup sebahagia ini pada hari ini....
Buat ibuku,
terima kasih, terima kasih, dan terima kasih
untuk segala pengorbanan, kepenatan, kesusahan, kepayahan
yang telah dilalui utk membesarkan, mengasuh, mengajar , mendidik,
dan segala jasa yg telah dilakukan utk membesarkan kami semua....
tiada hadiah yg dapat diri ini berikan melainkan cuba utk menjadi anak
yang baik biarpun masih belum tercapai, serta cuba melakukan yg
terbaik dalam pelajaran biarpun berulang kali tidak berjaya....
tetapi setiap kali kegagalan yang aku hadapi,
setiap kali itulah aku terus bangkit menghadapi
setiap cabaran dengan kata-kata semangat dan doa daripada ibuku..
aku mendoakan moga2 Allah tidak terlalu awal menjemput ibuku,
panjangkanlah umur ibuku dalam keredhaanNya,
kurniakanlah kesihatan yang baik kepada ibuku serta
tidak menguji ibuku dengan ujian yg tdak mampu dihadapi
dan ditanggungnya...
TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA MAMA!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment