Pages

Sunday, May 23, 2010

kasihi ibu dan ayah....


Teringat kekadang dengar ceramah di surau ataupun
masjid terutamanya sambutan Maulidur~Rasul,
penceramah selalu ingatkan bahawa kasih dan sayangnya
Nabi kepada umatnya sehingga ketika Nabi Muhammad S.A.W
berhadapan dengan sakit dan peritnya menghadapi mati,
mulut baginda terkumat-kamit menyebut ummatku, ummatku, ummatku...
Lihatlah, bertapa sayangnya baginda pada kita selaku umat baginda....

SAHABATKU,
namun, sedarkah kita bahawa kelakuan kita pada hari ini
mula menunjukkan yang kita bukan lagi tidak rasa kasih kepada
kekasih Allah itu, bahkan cuba mempermainkan apa yang
disuruh oleh baginda yang semestinya menjadi suruhan Allah S.W.T...
sekiranya seseorang ibu atau ayah kita itu meninggal,
tiada yang lebih membahagiakan dan menguntungkan mereka
sekiranya anak-anaknya yang masih hidup menyedut udara milik Allah
melakukan amal ibadah dan cuba melaksanakan suruhan Allah S.W.T...
TETAPI, AMARAN Allah itu jelas...!
pergaulan bebas dengan bukan muhrim, aurat terdedah sana sini,
bersentuhan secara bebas yang hnya menurut nafsu serakah
hasutan syaitan laknatullah,
akan turut menerima balasannya ialah ayah dan ibu kita yang
yang telah terbujur kaku di dalam liang lahad
dan tidak mampu berkata apa-apa....
melainkan takut utk menunggu saat malaikat
bertanya mengapakah kita selaku anak-anak mereka
melakukan kemungkaran sebegitu rupa...

Sahabatku,
Allah hanya menyekat kita
melakukan BEBERAPA perkara di dunia ini
utk menguji sejauh manakah kita selaku
hambaNya ingin mendapatkan keredhaanNya
tetapi YAKINLAH Allah menyediakan syurga yang sangat indah
sangat menenangkan, dan
sangat membahagiakan di akhirat kelak yang kekal abadi.....

NERAKA YANG MEMPERSONA< SYURGA YANG MENDERITA....~

0 comments: