Tuesday, February 10, 2015
Wednesday, November 12, 2014
Perkhemahan Pengakap 2014.
Christopher Belaun, PEK dari Tahun 5 SK Nanga Meluan
PEK siap sedia menerima arahan daripada Tuan Edwin Anak Ambik
Senaman pagi dikendalikan Tuan Esop Aanak Rabar (PK Kokurikulum)
Pengakap Meluan, Sedia Membantu
Taklimat Aktiviti oleh Kem Komanden, Tuan Taqiyuddin b Ahmad Fikri..Hehe
Perkhemahan Pengakap peringkat SK Nanga Meluan, Kapit.4 Nov hingga 6 Nov2014. Alhamdulillah, diamanahkan sebagai Kem Komanden untuk pekhemahan pada kali ini dan segalanya berjalan lancar. Masih banyak aktiviti yang boleh dimasukkan untuk menambahkan ilmu serta pengetahuan luar murid-murid di sekolah kesayanganku ini. Apapun, pengalaman pertama mengendalikan perkhemahan ini sangat menghiburkan....sengoti!

Persediaan 2015
Cuti Umum 2015
Takwim 2015
Ya, sememangnya tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi...Jadi tidak salah kiranya saya kongsikan tarikh-tarikh penting untuk tahun 2015...Semoga bermanfaat untuk hamba Allah yang berkelapangan menjenguk blog saya...
Tuesday, November 11, 2014
Keceriaan Seorang Guru
Mereka bertengkar, mereka ketawa riang, mereka menangis, mereka berlari bersama untuk meneruskan kehidupan mereka di zaman persekolahan yang sangat menggembirakan.
Majlis Perasmian Minggu Sains dan Matematik ( SMAT) SK Nanga Meluan, Kapit.=)
Friday, September 13, 2013
Dari SK Nanga Meluan , Kapit
Perhimpunan Mingguan di SK Nanga Meluan, Kapit |
Sambutan Ambang Kemerdekaan 31.Ogos 2013
Penyampaian hadiah untuk Larian Merdeka 31 Ogos 2013
Adik Michelle dari SK Nanga Meluan
Labels:
Guru...
Friday, September 6, 2013
Its All About Mentality
Assalamualaikum.Hari ini 6.09.2013, merupakan suatu tarikh yang penting bagi semua rakyat Malaysia terutamanya warga pendidik atau lebih mesra dipanggil Cikgu. Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) baru sahaja diselesaikan pada pagi tadi oleh YAB Timbalan PM, Tan Sri Muhyidin Yassin, selaku Menteri Pendidikan Malaysia. Masa depan sistem pendidikan negara kini dirancang untuk paling kurang 13 tahun akan datang.
Terdapat banyak anjakan yang bakal dilaksanakan dalam pelan ini. InsyaAllah, usaha yang baik dengan hasil pengumpulan maklumat dari segenap lapisan masyarakat yang telah dilaksanakan oleh pihak KPM bakal menjayakan program ini. Ya, selaku rakyat yang kini bergelar sebagai seorang guru baru, saya sangat berharap untuk menjadi secebis kepada orang yang terlibat dalam usaha mencemrlangkan rakyat negara ini . Namun, sedikit kegusaran timbul atas apa yang dirancang melalui pelan ini.
Matlamat dan misi yang jelas untuk melihat rakyat Malaysia menjadi sebagai rakyat yang cemerlang bukan sahaja daripada aspek akademik bahkan dari sudut sahsiah yang jauh lebih penting daripada itu. Namun, sedar ataupun tidak, pihak pelaksana(yang saya khuatiri bukan dari individu yang berlatarbelakangkan pendidikan) semakin hari seolah-olah menghumban guru-guru ke dalam suatu kesukaran yang dicipta mereka sendiri. Masakan tidak, target dan matlamatnya untuk murid-murid menggunung tinggi, namun hak guru terus dinafikan, ditarik dalam usaha mendidik murid-murid mereka supaya layak dan betul-betul menjadi manusia. Pekelililing demi pekeliling dikeluarkan seolah-olah mengugut guru supaya tidak sedikit pun menyentuh, mendenda dan menghukum murid biarpun mereka melakukan kesalahan terutamanya kesalahan disiplin.

Ibu bapa kini tidak seperti dahulu melainkan yang betul2 memahami tugas sebagai seorang guru. Suatu ketika dahulu, ibu bapa pergi ke sekolah untuk menghadiahkan rotan khas untuk merotan anak-anak mereka yang melanggar disiplin atau malakukan masalah. Kini, ibu bapa pantang dicabar dan disentuh anak-anak mereka. Peguam dan wang sudah tersedia untuk proses tindakan undang2 kepada guru-guru yang 'mendera' anak-anak mereka. Rupa-rupanya pendapat majoriti daripada masyarakat kita yang mengatakan orang zaman dahulu kolot pemikirannya nyata meleset sama sekali.....Its All About Mentality
Jadi sebagai seorang yang masih terlalu baru dalam bidang pendidikan dan masih terlalu jauh perjalanan yang perlu saya tempuhi, saya berharap agar orang yang merancang dan menggubal dasar adalah orang yang betul2 WARAS dan tidak mengira kepentingan diri sendiri dan jangka masa pendek. Sekian, UPSR 2013 akan bermula pada hari selasa-khamis minggu hadapan..Wasalam....
"Adakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat? Tidaklah kehidupan dunia melainkan kesenangan yang sedikit jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat" Surah At-Taubah ayat 38
Labels:
Guru...
UPSR SK Nanga Meluan
Semoga kalian terus berada dalam kebaikan yang berpanjangan. UPSR akan tiba pada minggu hadapan dan tekanan sedikit terasa memandangkan beberapa tugas yang dipikul iaitu Ketua Panitia Matematik, guru subjek matematik dan S/U Peperiksaan dan Penialaian. Mengajar murid Tahun 6 yang hanya jumlahnya 3 orang murid dari suatu sudut kelihatan agak mudah. Namun, apabila kita berada di dalam sistem SKM (sekolah kurang murid ) ini , ia tidaklah mudah seperti yang dijangka.3 orang itu membawa peratus kelulusan sekolah=)
Manakan tidak, keadaan sekolah yang serba kekurangan menyebabkan semangat murid untuk belajar adalah di tahap yang paling rendah. Sedang mulutku rancak melaksanakan proses pengajaran Matematik, tiba-tiba seorang murid daripada 3 orang calon UPSR tahun ini, Makeshon Danny, menyatakan keinginannya untuk berhenti sekolah dan menjadi pekerja di pelabuhan yang mengambil upah mengangkat barang yang dikenali dengan nama 'kuli batak'. Muridku juga menyatakan pendapatan ahli keluarganya yang 'lumayan' dengan kerja sedemikian.Mulanya ada rasa panas hati, tapi apabila berfikir sejenak, adakah kesukaran dan ketidakfahaman mereka dalam mata pelajaran yang diajarku menyebabkan Makeshon menyatakan sedemikian.
Ya, esok 60 hari aku melaporkan diri sebagai seorang guru di sekolah yang jauh di pedalaman ini. Diriku mempunyai suatu matlamat yang jelas biarpun sering dimomokkan dengan kebengapan murid-murid di kawasan pedalaman ini. Biarlah apa sahaja, sebaik mungkin untuk mendidik mereka supaya mereka mengenali dunia luar yang jauh lebih senang daripada apa yang mereka lihat di kawan perkampungan mereka ini. InsyaAllah..itu suatu matlamat, dan matlamatku ini hanya Allah sahaja yang mampu merealisasikannya...
UPSR (10-12 September 2013)
Saturday, August 3, 2013
Allah dan Mereka Sentiasa Ada....
Assalamualaikum w.b.r. Harapnya iman saya, dan kalian semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sudah memasuki fasa ketiga ramadhan dan Ramadhan kali ini sudah hampir melabuhkan tirainya.
Ayuh manfaatkannya . Jam menunjukkan 0251 di Bandar Sibu, Sarawak . Dan terasa sangat jelas keinginan untuk pulang ke kampung halaman dan menunggu waktu penerbangan malam ini...He3
Tahun 2013 dengan penuh coretan yang yang penuh tanda tanya terutamanya dalam bidang pekerjaan yang aku ceburi , GURU. Pada Oktober 2013, aku diberitahu oleh pihak SPP yang guru pelatih ambilan Januari 2009 akan melalui suatu fasa baru dalam pelantikan sebagai seorang guru dan proses penempatan tidak akan dijalankan seperti biasa. Hatiku mula berdegup kencang apabila ada yang mengatakan posting kemungkinan akan tertangguh sehingga Mac 2013. Takdir Allah menjadi suatu ketetapan yang tidak ada sesiapa yang boleh mengubahnya mentakdirkan bukan sehingga Mac bahkan aku untuk terus menganggur sehingga Julai 2013.
Cuma ada sesuatu yang aku perolehi sepanjang hampir 7 bulan berada di rumah tanpa sebarang pekerjaan. Ibu bapaku tidak pernah mengecewakan, seriously. Dan secara jujurnya aku tidak pernah merasa 7 bulan di rumah itu suatu tempoh yang begitu lama. Mungkin sikap neutral yang ditunjukkan oleh kedua ibu bapaku supaya aku tidak terlalu stres dengan kelewatan posting pada kali ini.Mereka sentiasa positif. Apabila diberitahu sahaja kepada ayahku yang aku mempunyai simpanan duit sedikit dan mahu dibeli seekor lembu sebagai binatang peliharaan, terus ayahku membawa pulang seekor lembu hitam putih yang dinamakan 'Tapong'. Aku berfikiran sedemikian supaya sedikit simpanan duit itu tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dan mungkin menjadi bekalan yang berguna apabila dipostingkan kelak. Setiap petang aku tidak lagi terasa kosong kerana hampir sejam diperlukan untuk menyediakan juadah rumput untuk Tapong dan lembu ayahku juga.
Ya, mereka tidak sesekali mengecewakan. Ada sahaja harapan dan tanggungjawab baru yang diajarkan dan diharapkan kepadaku. Pembayaran bil online, membantu adik Apih menyiapkan kerja sekolah, menguruskan barang-barang keperluan rumah, membantu ayahku menguruskan lembu-lembunya, hantar dan ambik adik daripada sekolah, tuisyen dan ke Chiku untuk bersama-sama menguruskan kebun kelapa sawitnya. Sejujurnya , aku berasa lebih matang dengan tempoh latihan selama 7 bulan yang culup bermakna ini. Walaupun budaya tidur petang lebih 2 jam tidak dapat diperbaiki..;)
Alhamdulillah, selain itu, sempat juga berbakti selama 6 minggu di SMK Kubang Kerian 1 sebagai guru ganti. Banyak juga pengalaman baru yang diperolehi apabila banyak perbezaan mengajar di SK dan SMK. Aku juga pernah berkhidmat bersama 2 pusat tuisyen iaitu Dinamis dan Al Amin. Pengalaman ke sana ke sini dengan motor kesayangan DBL 9681 mencari seringgit dua dan pekerjaan akan sentiasa tersemat dalam hati . Teringat pengalaman mencari pekerjaan di Jakel dan kantin sekolah.=)
Kini, 4 Ogos 2013. Sudah lebih sebulan aku meninggalkan kampung halaman kerana sudah diberikan penempatan di sekolah sebagai seorang guru pada 1 Julai 2013. Betul, yakinlah bahawa Allah itu sangat adil. Aku ditempatkan oleh KPM di SK Nanga Meluan, Kapit, Sarawak.Bukan ingin berlebihan menunjukkan kesusahan tetapi ia sememangnya suatu sekolah yang boleh dikatakan sangat jauh di pedalaman Kapit yang terdiri daripada 12 orang guru dan hanya 27 orang murid. Berkhidmat sebagai guru baru dan dibebankan dengan banyak tugas seperti S/U Peperiksaan, Guru SPBT, Ketua Panitia Math, Ketua Panitia Seni, Ketua Guru Penasihat Persatuan Matematik, Ketua Penasihat Pengakap dan guru kelas Tahun 5 membuatkan kekadang aku terfikir adakah fasa pembulian guru baru sudah bermula?!Namun, setelah sebulan berada di sekolah ini, ternyata ia bukan sebegitu. InsyaAllah, biarpun pada kali ini tiada lagi ibu dan ayahku yang sentiasa memberi sokongan daripada belakang, aku sudah mampu menghadapinya hasil latihan yang dilalui selama 7 bulan di rumah=)
Doakan saya terus gembira , dapat mengajar dengan baik dan menimba sebanyak mana ilmu pun di sekolah ini. =) Terima Kasih, Terima Kasih dan Terima Kasih untuk kedua ibu dan ayahku yang membuatkan tempoh menunggu posting ini adalah suatu tempoh yang cukup bermakna dalam proses memasuki alam pekerjaan yang sebenar. =)

FamilY
Saturday, July 27, 2013
Cikgu Juga Akhirnya....
Assalamualaikum w.b.r. Kiranya sungguh lama saya tidak mengupdate penulisan di blog saya yang sudah dihasilkan kira-kira 4 tahun yang lalu ini. Segala puji bagi Allah pada yang tidak terhingga yang memungkinkan saya berada di Sarawak pada ketika ini dan sudah bergelar seorang guru yang sah setelah melaporkan diri di sekolah pada 8 JULAI 2013 (ISNIN) di SK Nanga Meluan , Kapit, Sarawak.
Penyesuaian diri, cabaran dan keperitan?Ya, banyak yang ingin kongsikan bersama hamba Allah yang terbuka dan terbaca blog saya yang sungguh tidak aktif ini. Namun, ini baru di peringkat permulaan aku disahkan dalam penjawat awam ini. Harapnya dipermudahkan Allah dan tidak sewenang-wenangnya terlepas kelas kerana kita dibayar dengan gaji setiap minit kita diamanahkan untuk berada dalam kelas.
Doakan Cikgu Taqiyuddin tenang dan gembira di SK Nanga Meluan , KApit ini...P3 katakan..Huh, tapi yakinlah dengan suatu bisikan kasih daripada Sang Pencipta apabila hamba2 Allah bertanya di manakah Aku, katakanlah kepada mereka aku tersangat dekat, itu pesan Allah...=)

Subscribe to:
Posts (Atom)